Friday, November 21, 2014

Dah tukar ALTEL

Baru hari Selasa 18/11 ritu aku gi kedai yg boleh tukarkan nombor Hotlink Maxis ke nombor ALTEL. Sebelum ni punya laa payah nak cari kedai yg leh buatkan mende ni. Kedai bundle depan Maybank Kamunting tu pun tak leh nak wat jgk dgn alasan simkad ALTEL yg khas utk penukaran nombor ni dorang takde stok. Dulu abang buat kat situ laa..

Aku bkn apa tukar ni...fed-up ngan perkhidmatan maxis sejak kebelakangan ni. Dekat hiway K.Kangsar nak ke Lenggong pun ada kawasan yg takde liputan utk kol dan sms. Kalo terus ke Grik, Tasik Banding...ke Tanah Merah tu lagi lah hilang 'bar' yg menunjukkan power liputan perkhidmatan telco dorang tu, huhu..

Kalau citer pasal langgan pas internet tu....lagi hampeh. Kat dalam bandar Kuala Kangsar pun tak leh nak dapat....mana tak hangin. Mmg selalu jer langgan pas internet ni...belen MB masih banyak disebabkan banyak sangat kawasan tak leh nak dpt. Kalo kat umah aku dok guna wifi streamyx umah aku ni laa....laju. Tapi bila kilat ke apa kena tutup dan cabut plug...aku on laa semula pas langganan internet ni....hampeh jgk. Dia pun takde line. Gerammm jer. Sedangkan internet ALTEL abang tu ok jer berjalan...

Tak tau laa sebab apa...sebab simkad hotlink aku ni zaman tok kadok punya ke.
Jenis cip saiz besar lagi tu, hahahaha..

Dan aku pun tukarkan nombor akiss jgk kepada ALTEL. Sebabnya...takyah nak topap RM30 utk kegunaan sebulan. Anak aku tu bkn guna kredit banyak sangat bila dok asrama. Asek nak kena topap aje semata2 nak bagi line hidup. Dh laa tak leh nak buat 90 hari dgn bayaran RM8 tu sebab simkad dia mmg takleh nak buat gitu sebab simkad dia leh dapat internet free. Internet free pun nak wat apa...sbb dia dok kat asrama mana boleh bawak hp android, huhu....
Jadi, aku pun tukarkan nombor akiss pun kepada ALTEL. Lebih penting...line ALTEL ni tak ramai yg pakai kat asrama dia tu. Peratusan nak kena curi SHARE topap tu adalah tipis, huhu. Tambah2 pulak....pengalaman dh penah kena curi SHARE topap tu dh akiss rasa. Perkhidmatan pelanggan kaunter dorang pun tak nak kerjasama bagitau pelanggan dia yg setia ni nombor apa yg curi topap tu....nak lindung sangat nombor si pencuri topap (melalui perkhidmatan SHARE topap tu, kan...) makanya....kitorang yg dulu mmg setia sangat ni terguris laa sgt hati kan. Nampak sangat laa pelanggan yg teraniaya ni tidak dilindungi tetapi pelanggan yg menganiaya tu pulak dorang sorok-sorokkan...

Ok...kedai ALTEL kat Taiping atau Kamunting yg boleh buat perkhidmatan ni adalah Anjung Iqra' di belakang stesen bas Kamunting tu. Dengan bayaran RM15 satu nombor, dan perlukan salinan fotostat i/c nama kepada tuan simkad nombor yg kita nak tukar tu...
*(mcm kes aku ni...nombor aku dan nombor akiss menggunakan nama aku)...
**Pasal fotostat ic tu tak perlu risau sbb kat kedai tu pun dorang leh tolong fotostat kan tanpa bayaran sbb dh bayar RM15 tu, kan...hehe..

Ikutkan pengalaman abang dulu...2 minggu lebih jgk baru Maxis lepaskan kepada ALTEL. Tapi tak sangka betul...kes aku ni...beberapa hari jer selesai (dalam 3-4 hari jer). Tak sempat nak abeskan kredit hotlink tu, kuikui.. Mesti dorang tengok kredit hotlink aku tu ada RM10 lebih...cepat2 jer dorang luluskan sebab nak bagi kitorang rugi tak dapat nak guna baki kredit tu, kan...huhu.

Pagi tadi dh dpt mesej dari Maxis....tau laa aku yg dorang dh perkenankan aku tukar nombor lama tu kepada ALTEL pulak. Maka, aku pun kena ler keluarkan simkad lama tu dan tukarkan dgn simkad ALTEL yg telah pun diberi masa permohonan penukaran line kat kedai Anjung Iqra tu..
Tapi ada jgk ler perasaan sedih tu bila baca mesej ni, huhu..
Disebabkan ada 2 simkad nak tukar...kena ler aku tulis nama aku ngan nama akiss kat kad tu tak bagi tertukar pulak. Sebab nombor PUK kan lain2..
Ni simkad hotlink aku. Simkad ALTEL dh ada kat dlm hp aku ler, kan...hehe..
Simkad ni....adik aku yg beli. Mahal ni masa dia beli dulu..satu pek simkad ni RM60 lebih rasanya. Skang ni RM8.80 aje, huhu. Mmg lama betul dh simkad ni. Rasanya masa ni dia masih belajar diploma kat UiTM Shah Alam lagi.
Simkad lama ni tumpang bergambar atas kad simkad ALTEL ye...hehe..
Cip simkad lama ni besar saiznya tu...nampak dak?? Kalo masuk dlm hp yg guna simkad kecik tu...mmg tak leh nak potong.
**Simkad DIGI aku tu pun cipnya bersaiz besar, huhu..

Alhamdulillah, dengan nombor yg masih sama.....kini perkhidmatannya dari syarikat yg lain. Dalam simkad baru Altel ni ada RM5...maknanya nanti aku kena topap ler utk guna seharian.

Nota ALONA:-
~Maaf sekiranya tak faham entry ni sebab ayat mmg tunggang terbalik. Nak cepat punya pasal, hihi.

No comments: