Tuesday, March 10, 2015

1 Malaysia Fitness Centre

10.03.2015
SELASA

Skang ni gym rakyat di rakan muda Kamunting dah tiada...konsep gym tu dh takde.
Dorang dh jadikan pusat kecergasan. Ada fitness, strength dan weight sket..
Dah dinamakan 1 Malaysia Fitness Centre. Projek perintis dari Jabatan Perdana Menteri di bawah KBS. Katanya bakal dijadikan contoh pada projek yg sama kat tempat2 lain.

Dari 16.02.2015 sampai lah nak perasmian....pihak rakan muda bagi masuk free aje. Lepas2 perasmian akan dikenakan bayaran. Tapi tak tau ler berapa tu. Harapnya jangan ler boh lebih dari RM3...sebab ni kan di bawah projek kerajaan. Kalo RM4 ke atas...dh sama level mcm gym2 lain yg ada kat sekitar Kamunting dan Taiping ni dh. Red Gym pun RM5 aje sekali walk-in. Barang2 dorang lagi banyak...best2 pulak tu. Gym Syakirah pun sekali masuk cuma RM4...

Pengalaman dh 6-7 tahun gi gym rakyat kat rakan muda ni....aku ngan abang adalah antara yg masih setia kat situ. Dan golongan yg setia datang kat gym rakyat ni adalah golongan mereka yg membina badan. Jenis2 cari fitness ni datang dan pergi aje. Dah jemu...takde dah pun dorang datang. Macam aku ni...mmg lebih kepada main treadmill tp aku leh jadi setia kat gym rakyat pun sebab abang dok pi. Kalo idak...aku pun mcm yg lelain...dh tak pegi dah sebab mesin2 kardio banyak sangat rosaknya...huhu.

Ada laa sekali dua aku gi sini 1 malaysia fitness centre ni. Jom tengok apa yg ada kat situ.
Di luar...lorong nak masuk centre...
ni sebelah kanannya.. Lukisan mcm ni nampak mcm gym sangat kan?? tapi takde pun mesin2 tu. Ada ler 2-3 aje.
Mereka2 yg terlibat dalam pengurusan sukan ni kena harus tau..apa keperluan utk orang yg main weight ni. Dorang perlukan cermin. Bila main besi...dorang kena tengok cermin. Dorang bukan saja2 tengok cermin mcm orang perempuan nak melawa tengok cermin. Jangan anak tirikan bahagian weight ni. Asal ada jer. Diharap akan datang...dorang tambah lagi mesin2nya. Dan tempatkan kat satu tempat khas. Ini letak kat sudut2 tu...kesian. Tertumpu kat situ aje. Sedangkan bahagian kardio seluas-luasnya kat ruang gym rakyat yg asal dulu. Nampak tak adil sedangkan dalam erti kata sebenar fitness....weight juga adalah sebahagiannya selain kardio dan strength..
Ni jer laa...kecik jer sudutnya.
Ni lak..dari pemerhatian aku...ramai yg tak reti nak guna peralatannya.
Kat sini lawa pulak dorang lukis dindingnya..
...aku mmg suka laa kat sini..
Ruang kardio...luaskan.
Sepatutnya kat sini....dorang bahagikan dengan dua bahagian. Kardio dan weight. Cermin yg mmg dh ada tu utk orang main besi. Kardio kat sini nak tengok cermin besar2 tu wat apa?? huhu..

Kat sini jugak...sudah diwujudkan studio utk senamrobik dan zumba. Cermin utk dorang depan belakang. Tak tau laa apa fungsi cermin belakang tu, huhu.
Ni...ruang bulat tu dh diapgred lawa macam ni..
Bagi aku...mmg bagus laa projek ni tapi tu laa...seperti yg aku dh bagi pendapat kat atas tadi.
Diharap...pegawai sukan yg menguruskan pusat ni dapat memanjangkan cadangan keperluan2 ini utk penambahbaikan peralatan.

Nota ALONA:-
~Masih percuma...

No comments: