Thursday, March 26, 2015

Ke HatYai dengan keretapi - 2

20.03.2015
JUMAAT

Alhamdulillah...bagus hotel Hi-Season ni sebab kitorang leh check-in awal.
Kitorang ditempatkan di satu tingkat. Bilik along angah dengan bilik mak abah betul bersebelahan. Bilik kitorang yg triple ni jugak dapat bersebelahan laa ngan bilik Sela Anas. Bilik kak nor yop dengan bilik piluih ngan yui aje yg berselang sebuah, hehe..
Ni bangunan Hi-Season...gambar sumber dari En.Google. Tak sempat nak snap gambar sendiri, hehe..
Tumpang bilik along dan angah kejap sebab bilik kitorang yg tak siap kemas lagi.
Yang lain semua dh leh masuk bilik. Takpe...kitorang leh tumpang bilik anak2 ni dulu.
Along ngan angah ni bilik katil double.

Dah siap kemas...kitorang pun leh ler masuk bilik kitorang pulak.
Mmg best biliknya. Lantai kayu parket. Air-cond ok. TV flat skrin, mini peti sejuk, tandas bersih betul bersih. Ada shampoo dan mandian, berus gigi ada 3 siap ngan tiub ubat gigi comel, dan lelain yg sepatutnya ada dlm bilik air hotel. Tuala bersih, ada air mineral, gelas....cuma............................cuma takde pemanas air utk buat air. Kena turun gi lobby utk amek air panas tapi takde disediakan flask. Mmg hotel kat Thailand ni rasanya takde sediakan kettle jug atau seangkatan dengannya di dalam bilik. Ikut pengalaman aku masa gi Hatyai dan Krabi 2013 dulu laa. Tapi sekurang2nya...hotel HatYai Greenview dulu ada jgk sediakan flask air kat lobi dan bawak masuk dalam bilik. Tapi kat Hi-Season ni...kita kena sediakan bekas sendiri dan amek air panas kat lobi tu. Mujur ler mak bawak bekas air besar...hehe. Leh ler amek air kat bawah dan buat air kopi goncang kat dalam bilik mak....minum ramai2, hahahaha..

Tapi itu bukan masalah besar sangat laa pun bagi kitorang yg takde anak kecik hisap susu botol ni, kan..hehe.
Ni bilik kitorang...triple... Dh berbaring baru tingat nak snap gambar, hehe..
Biliknya luas jgk. Takde laa sempit atau keluasan yang ngam2.
Lengkap ngan almari dan ada tempat sidai tuala..

InsyaAllah, kalo rezeki ke HatYai lagi dengan berkenderaan sendiri...kitorang akan menginap kat sini. Walaupun jauh sket dari pusat tumpuan tapi tidur leh lena sebab bukan berada di jalan yg sebok dan bising ngan kehidupan tengah malamnya.

Ini pengalaman kitorang sendiri, ye...Sebab kitorang ni cari hotel bajet aje...tapi bajet2 pun nak jgk laa yg berbaloi ngan harganya.

Harga yg kitorang dapat masa booking Hi Season Hotel sebulan sebelum gi sini dulu melalui agoda.com....sekali cukai perkhidmatan & cukai hotel dorang, ye. Bilik triple RM85. Bilik double RM75. Kat sini takde sediakan extra bed.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah..

1 comment:

arysha_fayyadh said...

Assalam sis alona,
eh3
tola tu deme tak buat bentuk gajah yer he3