Friday, March 13, 2015

Perjumpaan Hari Akademik Akiss..

13.03.2015
JUMAAT

Pagi tu...kul 8 lebih...aku ditemani along dan angah menuju ke maktab akiss ngan sang kancil.
Sampai sana...sarapan roti canai sorang sekeping dulu. Baru ke maktab akiss dan buat pendaftaran kehadiran ibubapa atau penjaga kat luar dewan.

Masuk2 dewan...mmg dh ramaii. Maklum laa..perjumpaan ibubapa penjaga ni utk tingkatan 2, 3 dan 5.
Tapi....nak jumpa sorang2 cikgu pun...aduhaii...

Cikgu2 dh sedia di meja masing2. Cikgu sains, math di satu bahagian. Cikgu BM, BI di satu bahagian. PAI di satu bahagian...camtu gak laa ngan subjek lain.
Ibubapa pelajar leh gi jumpa sapa2 aje dulu. Tapi tu laa...semuanya jenoh nak tunggu, huhu. Masa dari jam 9 pagi sampai jam 12 tengahari. Tapi jam dah 11.30 pun aku cuma dapat jumpa 2 orang cikgu aje...camne???

Ok. Mula2 jumpa ustaz akiss. Dia pun bagitau laa itu ini gitu gini dan cara2 utk score markah KBAT.
Nunggu giliran mmg lama. Sesi perjumpaan seseorang pelajar pun...dalam 10 minit & lebih. Yg nunggu ramai lagi kat belakang ni.
Mmg laa...kalo ibubapa datang jauh2 takat nak jumpa sorang2 cikgu subjek seminit dua...baik tak payah, kan. Tapi tu laa...sistem mcm ni tak berapa bagus laa. Tambah sakit hati bila kita yg dah tunggu giliran lama ni...tetiba ada yg baru datang tetiba potong giliran. Lepas ibubapa dan pelajar yg dh abes jumpa cikgu tu bangun dari kerusi....uiiiiiiiiiiii...tetiba diorang yg datang dari mana....dok kat situ. Mau tak sakit hati kitorang2 yg sabar nunggu giliran ni sejak dari tadi!!!!!!!
Ok....sorang buat gitu...sabar laa lagi. Tapi kalo dh 2-3 orang kemudian pun buat macam tu?????????? Ni baru giliran cikgu yg ke-2 ni......subjek akiss belajar ada berapa?????? Uii....kalo cenggini...jam 5 petang pun tak tentu abes, tau!!!!

Last2...aku cuma jumpa 2 orang aje cikgu. Tengok luar dewan....dh ramai ibubapa yg bawak anak keluar balik umah dah. Nampak benar dorang pun dh malas nak jumpa semua cikgu subjek. Frust tengok sistem perjumpaan ni tak kemas.

Ngam2 kul 12 tengahari..aku pun keluar dari kawasan sekolah bawak akiss balik umah. Kereta kat kawasan parking pun banyak dh susut dari suasana aku sampai tadi. Dorang lagi awal keluar. Pak Guard tak tahan pun, huhu.

Mujur laa perjumpaan ni takde borang yg perlu ditandatangani oleh cikgu2 subjek. Kalo idak...jenoh weii nak bagi penoh. Dan sudah tentu lagi banyak kes potong giliran ni!!!!!

Bawah ni gambar2 kat situ...hari tu.
Sempat bergambar lagi tu sambil2 tunggu giliran..
Dah betul dh...duduk ikut barisan. Bila orang depan ke depan...kita akan ke depan seterusnya. Macam beratur jugak. Tapi tetiba ada yg datang dari mana tetiba terus duduk jumpa cikgu padahal giliran orang lain tu....tu yg buat kitorang jadi geram. Cikgu tu ada jgk tegur...bagitau giliran ibubapa pelajar lain terlebih dulu....tapi berapa kali laa cikgu tu nak tegur, kan. Dah mak pak pelajar tu jenis tak reti sabar...tak reti bahasa dan tak secerdik anak dia yg belajar kat situ, huhu...
Wefie..
Ni la cikgu yg ada menegur ibubapa yg tetiba datang dok kat situ tanpa menunggu giliran. Tapi ibubapa yg kena tegur tu...diorang tetap potong giliran kitorang yg lain ni jgk.... Tak cerdik mcm anak dia, kan??? huhu...
Pentas dewan.
Sementara tunggu along teman akiss amek keje sekolah kat kelas...aku sempat amek gambar angah kat sini, hehe..
Balik tu...along lak drive..
Makan tengahari ritu...aku beli bungkus aje kat Kari Corner.
Tak sempat nak masak dah weh...kul 12 tengahari dari Transkrian...sampai umah jam 1.05 petang. Sempat semua makan nasik bungkus dulu sebelum gi solat Jumaat..

Nota ALONA:-
~Tengah pikir cara lain utk perjumpaan akademik pelajar ni. Nak bagi usul kat miting muafakat nanti, hahahaha..

1 comment:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam sis alona,
kaaaaaaaaaaaaann3
iols pun jenih memang tak boleh tahan part2 orang soka dok potong barisan ni tau3