Wednesday, March 25, 2015

Ke HatYai dengan keretapi - 1

20.03.2015
JUMAAT

Alhamdulillah...akhirnya segala perancangan berjalan dgn sebaiknya.
Hari Khamis malam Jumaat tu...baru berkesempatan nak packing baju dalam beg. Hal kucing pun...semua malam tu..sbb siang tu dh sebok ke hal lain. Anak2 jer aku dh soh siap sedia packing pakaian dorang masuk dalam beg pack masing2 siang tu.

Pagi...jam 1 lebih kitorang dah siap mandi...siap sedia semua....berkumpul kat umah mak. Dah plan mcm tu utk memudahkan urusan.
Jam baru kul 2.10 pagi...mak kata abah dh siap jer terus keluar, hehe. Jadual keretapi Senandung Langkawi sampai ke Taiping ni kul 3.30 pagi. Tapi disebabkan dh keluar awal sangat ni...kitorang pun gi laa lepak2 dulu mengeteh kat gerai depan KTM tu.

Jam dah dekat kul 3 pagi...baru turunkan beg, kunci pintu kereta segala....tunggu kat tempat menunggu. Van, kereta Anas dan kereta Yop parking kat dalam kawasan KTM tu aje.

Waktu tu...dh mula ramai yg sampai. Dorang pun nak naik tren yg sama. Mgkn destinasi lain2..
Abang sebok merakam ngan video cam nya..
Suasana menunggu....semua teruja tu..
Bila dh boleh masuk dalam balai berlepas...keterujaan makin terasa, haha..
Bukan tak penah naik keretapi tapi kali ni berombongan beramai2 gini...keluar negara pulak tu, kihkih.
Bergambar adalah kebiasaan...
Kedudukan gerabak utk Senandung Langkawi...
Kitorang naik L7.....
Tu dia punya belakang. Kitorang kena masuk ikut pintu gerabak L6 sebab gerabak L7 tu dh takde lantai stesen dh punya laa hujung, huhu. Letih jgk kena jalan laju, hahahaha..
Lega dah dapat seat masing2..
Seat ni kitorang yg mula2 beli sebulan sebelumnya. 15 seat kesemuanya..
Untuk tren ke HatYai ni...cuma ada 2 gerabak jer yg ke sana.
Permulaan dari KL...Senandung Langkawi ni banyak laa gerabaknya. Mcm dalam gambarajah kat atas tu. Tapi dari banyak2 tu...cuma L7 & L8 aje yg akan meneruskan perjalanan ke stesen keretapi HatYai. L7 utk seat mcm kitorang dok tu. L8 lak utk katil 2 tingkat. Kalo dari KL...Tg. Malim...haa...elok laa amek tiket yg berkatil tu, ye. Leh tido luruskan tulang.
Mcm kitorang ni...tak jauh sangat dh. Cuma tempoh perjalanan jadi lama sebab berhenti dalam 30-40 minit kat Butterworth tukar kepala keretapi. (Butterworth ni stesen dia bukan dalam laluan ye...mcm kena masuk simpang lain pulak. Tu bila keretapi nak teruskan perjalanan semula kena tukar kepala keretapi tu ke belakang yg kemudiannya akan jadi belah depan pulak. Maka, perjalanan kitorang kemudian tu...kedudukan seat kitorang dah jadi mengundur, hehe).
Maksudnya...dalam perjalanan ke utara tu..kita akan tempuh 2x stesen Bukit Mertajam. Sila lihat peta di bawah, hehe..
Kredit dari muhdhito.me
Lagi sekali...ia akan berhenti lama kat Padang Besar. Satu.................sudah tentu lah kerana pemeriksaan dan cop imigresen Malaysia dan Thailand. Turun situ....tak yah bawak beg semua ye. Cuma bawak henbeg dan beg yg ada barang berharga serta sudah tentulah passport kita.

Lagi satu...ia akan menjadi lama dalam 45 minit hingga sejam lebih sebab kepala keretapi akan bertukar lagi. Kali ni akan bertukar kepada kepala keretapi Siam. Tapi gerabak masih KTM punya..L7 & L8 tu. Tempoh 45 - sejam lebih tu bergantung pada kelancaran penukaran loko keretapi tersebut.
Kita yg dah siap cop imigresen ni...boleh laa gi tingkat atas tu dulu...ada kantin utk sarapan pagi. Harga kat situ dh mula mahal sket ye..

Ok..sambung semula citer OTW dalam tren di awal pagi ni.
Yang kelakarnya...ada di antara kitorang ni...ingatkan perjalanan ni pada hari Sabtu 21hb tu. Ye lah kan..ada yg kira awal pagi ni masih lagi hari (tarikh) sebelumnya. Ada yg tak bersiap beg lagi. Sebenarnya perjalanan 20hb pagi tu...masuk jer jam 12.01 malam...dh kira tarikh baru dah laa...kihkih..
Masing2 dh mula tido...lambat lagi nak sampai.
Aku lambat jgk baru dapat lelap mata. Rasanya dh sampai stesen Nibong Tebal baru aku rasa ngantuk.
Masa dh sampai Butterworth tu...aku perasan gitu2 aje laa. Tetap layan mata jugak.

Tunggu gak masa lalu kat tengah2 tasik Bukit Merah tu...tapi mana laa nak nampak dalam kegelapan awal pagi tu, kan...hahaha.

Dalam keretapi ni...tiap gerabak ada tandas. Berbeza ngan ETS.
Pastu ada 2 jenis lak tu...tandas cangkung belah kiri...tandas duduk belah kanan.
Kantin dorang pun dh apgred dh servisnya. Makanan pun ok lah tapi mahal jgk laa. Nasi goreng, mee goreng, bihun goreng RM5.50 satu bekas. Air panas...pun ada.
Surau lak...ada disediakan kat koc kelas pertama. Mmg kena jalan banyak gerabak jgk laa baru jumpa, huhu.
Waktu ni dah mula memasuki Kedah..
Ni tengah berhenti kat stesen Alor Setar..
Ni lak...dah kat bahagian pemeriksaan imigresen Siam. Tunggu yg grup passport tak abes giliran lagi, hehe..
Dah selesai...naik atas dulu. Sarapan pagi.
Cuma hari tu loko keretapi dari Siam tu ada masalah sket. Jadi...kitorang kena tunggu lebih dari sejam utk memulakan semula perjalanan ke HatYai dari Padang Besar. 
Sementara tunggu gerabak kitorang ni nak bergerak...mmg kat situ adalah staff KTM & keretapi siam akan buat urusan pengurup wang...nak tukar RM ke BAHT. Ada jgk yg jual simkad siam...jajan siam. Ada jgk yg sediakan urusan booking bilik penginapan dan van...Senang sungguh aih!!!.

Aku pun tak tukar lagi RM ke BAHT. Yg lain semua dh tukar kat Taiping lagi, huhu. Jadi, kitorang tukar laa ngan makcik staff tu. Aku jgk beli simkad siam. Senang nak online cari maklumat, gps semua nanti kat HatYai. Kat dalam gerabak tu jgk..kitorang booking van 14 seat utk tour Songkhla / HatYai.

Bosan jgk nunggu bila loko keretapi dorang tu ada problem sket.
Macam2 ler adegan terjadi, haha.. Kenangan betul.
Mujur ler dok nunggu dalam gerabak tu...ada air-cond.
Bila dah gerak jer...lega sungguh aih.
Bergambar ngan Ain...
Pemandangan mcm kat Malaysia jgk laa. Ada rumah, ada kebun getah.
Tapi rel keretapi siam mmg tak berapa cantek laa. Sangat bersyukur sebab rel kita sebelum apgred jadi double lane ni....pun masih terpelihara lagi kalo nak dibandingkan ngan rel dorang tu. Apatah lagi bila rel keretapi dh dinaik taraf sebegini hebat ni, kan...
Terasa tergoyang2 kiri kanan perjalanan ketika memasuki negara dorang ni. Cuma takde laa membimbangkan. Masih ok...bagi mereka yg biasa naik keretapi. 

Alhamdulillah...aku dah sampai HatYai buat kali ke-2. Tapi kali ni ngan tren pulak.
Bila sampai HatYai...kitorang pun turun beramai2 ngan tak sabarnya nak check in dulu..Ada yg nak mandi rehat2 luruskan tulang belakang dulu sebelum turun gi makan tengahari dan memulakan penjelajahan di beberapa tempat menarik yg dah dipilih berdasarkan masa dan bajet, hahaha..
Ni aje lah stesen keretapi Hatyai..
Mmg nampak daif laa.
Suasana macam stesen keretapi Bukit Merah sebelum dirobohkan duluuu, hmm.
Cuma bangunan utk beli tiket dan pejabat2 berkaitan tu ok laa sket.

Naik 2 buah tuk2 utk ke hotel.
Mmg tau...jauh sket dari tengah2 bandar. 4km dari stesen keretapi.
Tapi aku pilih hotel tu sebab biliknya bersih, selesa dan murah..
Utk bilik triple...booking kat Agoda leh dapat RM85 sekali cukai dorang.
Utk bilik double...RM75 sekali cukai.
Berbanding ngan harga yg diberi oleh agen dalam keretapi tadi...dia bagi hotel pink kat tengah2 bandar, lokasi mmg cun...belakang Garden Plaza aje..tapi aku dh tengok dh hotel tu dalam agoda...dh tengok komen2 dorang...eeiii...tak sesuai utk famili, ok!! Biliknya mmg tak berapa molek...ada perkhidmatan 'ayam' pulak tu. Mmg tak berbaloi. Cuma lokasi jer yg menarik. Kat Pink Hotel tu agen bagi harga 700 baht, mmm....kalo tukar duit RM yg tengah jatuh masa tu...RM70 lebih jgk laa.
Tu...kejauhan nampak mercu tanda bangunan stesen keretapi dorang..
Tu...bangunan yg tinggi tu..Garden Plaza laa tu. Lorong ni laa lokasi pink hotel tu..
Sebab naik tren...kena laa bergerak ke mana2 ngan tuk2..
Sampai hotel...Alhamdulillah...leh check in awal.
Kat situ...booking 6 bilik.
Bilik double x 4...utk abah ngan mak, kak nor dan yop, yui dan adiknya piluih, juga along & angah.
Bilik triple x 2...utk kitorang & akiss, sela & anas serta anak2..

Keadaan bilik sangat2 puas hati. Berbaloi sangat dgn apa yg kami bayar. Alhamdulillah, semua puas hati. Lega aku...sebab aku yg pilih dan tolong booking (dh bayar siap2 masa booking sebab guna debit kad, hehe. Maklum ler...kita takde kredit kad)..
InsyaAllah...kalo ada rezeki lagi ke sana..nak gi ngan kereta sendiri aje lagi. Leh booking kat hotel yg sama. Tempat parking nya pun nampak selamat...Cuma jauh sket ler dari tengah2 pusat bandar tu..tak leh nak menapak aje dari hotel ke situ. Mesti berkenderaan jgk.

Nota ALONA:-
~Nama hotel tu...Hi Season

4 comments:

nad said...

akak book kt agoda guna debit card? bleh ek? bukan guna kredit card je ek? ajorkan.. nak jugak tgk keadaan biliknya tu..
saya ni negara org tak penah sampai lagi..xtau la bila huhu..

arysha_fayyadh said...

Assalam sis alona,
iols dari thn lepaih teringin nak naek ketapi gi hatyai
tak da rezei laik
sob3
next entry please he3

ayuzz80 said...

assalammualaikum kak.. sy tumpang baca.. bestlah.. nak kopipess blog akk utk rujukan nak jln2 naik ketapi..

ALoNa CintamaniszLite said...

Ayuzz..
Skang ni dh takde keretapi KTM biasa utk terus ke Hadyai. Kena naik ETS sampai Pdg Besar. Dan dari sana naik keretapi syarikat dari Thailand utk ke Hadyai. ETS ke Pdg Besar banyak...tp dari Pdg Besar ke Hadyai akak pun tak tau jadual trip nya mcm mana. Dalam sehari ada brp kali... :)