Sunday, October 11, 2015

Berurut...

10.10.2015
SABTU

Pagi tu....lupakan Hari Sukan Negara.
Abang bawak aku gi Kulim. Aku dh booking kat kak imah dah...nak gi berurut ngan dia pagi tu. Angin2 bisa dh banyak berkumpul dlm badan ni rasanya. Kiranya ni kali ke-3 laa ngurut ngan kak imah. Nak pecah2kan angin kotor yg syok dh dok kat celah lemak2 aku ni. Nak bagi lemak tepu ni pun pecah2 jugak, kihkih..
Sian abang...tak dapat nak gi join acara Gusti Lengan sempena hari sukan negara ari tu. Aku nak gi drive sengsorang abang tak bagi...hehe..
Nak ngurut ngan kak imah ni...kalo dok jauh mcm aku ni...harus lah kol dulu. Sama ada dia free ke tidak ari yg kita nk gi tu. Kena booking dulu. Walaupun kak imah buat rawatan wanita ni kat umah dia aje...tapi dia ada sediakan bilik khas. Dalam bilik tu lengkap laa semua.
Walaupun cuma buat kat umah...kat area kampung...tapi dont play2...orang Sabah, Terengganu, Taiwan, serata ceruk datang situ, :) .Kiranya antarabangsa laa, gitu kan.. Kalo dh bagus...orang akan hebahkan dari mulut ke mulut. Tambah2 skang dh ada media sosial. Senang sangat laa orang nak tau.

Aku kenal kak imah ni dah lama dh. Sejak awal tahun 90an. Ketika dia ikut abang Sahak bertugas sebagai tentera kat Bentong duluuuu. Masa aku tak kawen lagi, weh. Dia jiran belakang umah mak & ayah aku kat Desa Damai duluu. Baik sangat kak imah ni. Masa tu dia cuma wat rawatan resdung jer. Guna kain lilin tu..

Bila dia pindah (aku dh kawen dok Taiping dh)...aku pun tak tau dia dh dok mana apa semua. Tapi arwah mak aku ni pulak...jenis suka terus bersilaturrahim. Dia mintak nombor telefon kak imah. Tu yg aku leh tau kak imah ni dh dok Kulim bila abang sahak dah pencen askar. Kat situ laa bisnes kak imah ni makin berkembang. Dari rawatan resdung, mengurut, ada spa, sauna...lengkap laa semua.

Semua dia urus sendiri. Takde pekerja pun. Jadi, apa2 hal...mmg kena kol dulu laa kalo nak guna khidmat kak imah ni, hehe..

Best kak imah ni...dia ngurut tak ikut pun kira berapa jam. Selagi dia tak puas hati selagi tu laa dia dok ngurut kita. Mcm aku ni...mmg standard laa 3 jam, hahahaha..
Lepas solat Zuhur baru kitorang balik Tepen semula.

Nota ALONA:-
~Sesekali...org pompuan ni badannya kena servis kat tempat2 gini, jugak... :)

No comments: