Thursday, October 8, 2015

Layan Polis Evo laa pulak..

07.10.2015
RABU

Hari tu aku puasa. Abang pun makan sekali laa waktu berbuka tu. Makan pun macam biasa laa ingat plan nak tengok wayang tak jadi malam tu. Rupa2nya jadi. Bingkas ler mandi, solat dan keluar kul 8.10 malam ke MBO Taiping Sentral. Nasib ler skang ni waktu Maghrib pun awal, kan..

Tayangan utk malam tinggal kul 8.40 malam dan 11.10 malam aje. Takmo ler tengok malam2 sangat. Tambah2 Anis ngan Ain sekolah esoknya, kan. Tiket MBO pun murah pada setiap hari Rabu.
Mula2...mmg rasa malas jer nak gi tengok filem ni. Sebab aku ni tak suka sangat nak layan citer ganas2 samseng2 ni. Tapi sebab review kawan2 yg dh gi tengok semua kata "best"..."tak sangka best"...jadi...kitorang pun terasa laa jugak nak tengok apa yg best sangat tu.

Gi MBO...Yui pelawa naik kete dia. Tima kasih, yui :). Sela terus dari umah dorang ke sana.
Sampai sana kul 8.20. Ramai jugak yg datang nak layan filem ni walaupun dh mula tayang minggu lepas lagi. Mungkin dorang pun cam aku jugak...bila kawan2 kata best...baru nak gi tengok.
Kitorang dapat seat dah 3 & 4 dari bawah tapi masih selesa nak tengok skrin tu. Kiranya mmg nampak besar laa hidung si Zizan tu, kihkih. Seat belah2 atas tu ditutup sebab rosak, kata staff kaunter masa kitorang nak pilih seat tu, mm. Ganas rupa2nya penonton yg suka dok belah2 atas tu, ye.....ish..ish..ish.

Seperti biasa bergambar kat poster.
Cepat2 jer amek gambar kat situ sebab panggung no 1 tu dh boleh masuk. Kalo leh...iklan filem2 coming soon pun kitorang nak tengok, hahaha..

Kiranya...ni filem aksi Malaysia yg pertama aku gi layan kat panggung. Jalan citer dia sempoi aje. Tak berbelit2. Penjahat2nya pun...takde laa guna perkataan dan ayat2 samseng tak hengat tu. Sebab aku mmg tak suka ngan penggunaan ayat2 gitu.
Tapi aksi lakonan dorang semua mantap...terutama yg jadi jahat tu. Mmg nampak jahat sungguh. Aku dok kat seat tu...terasa seat aku tu macam 6D lak...akibat feel aku tengok dorang berlakon tu...hebat lah, kihkih.

Keseluruhan citer ni...mmg best lah.
Berbaloi lah tengok...durasi 2 jam lebih, weiii!!!
Korang yg ada perasaan macam aku...rasa takmo tengok filem ni. Cer gi tengok kat panggung sementara dorang tengah mainkan lagi ni. Dari mula sampai abes.....tak membosankan. Dalam serius...tetap ada yg kita rasa nak ketawa. Mmg terhibur.
Dari 5 bintang....aku bagi 5 bintang berkilauan, ye...hehe..

Lilin ari tu...dh pendek. Guna sampai abes, ye. Stanby lilin baru.
Abes movie...terus balik umah.
Bukak tv dulu...layan baca wassap yg aku off masa kat panggung tadi jap...ingat lepas abes baca tu nak gi solat Isyak laa...tetiba blackout lagi kat kawasan Kamunting ni, adoii. Baru aje aku wat entry pasal ni semalam. Naper kerap sangat skang ni takde letrik kat area sini, hahhh??
Tak jadi laa nak sambung keje malam tu, mm..
Masuk tido awal...mata terkelip2 tak leh tido. Tangan dok berkipas. Lemak banyak cenggini laa...panas aje badannya, hehe. Abang dh lena mimpi apa ntah. Tetiba dengar kipas mula nak pusing. Alhamdulillah. Tengok jam hp kul 1.50 pagi dah. Mmm...dekat 3 jam jugak takde letrik ni tadi. Lepas tu baru leh lena.

Nota ALONA:-
~Dah booking nak mengurut. Byk sangat angin rasanya dalam badan ni, huhu...

4 comments:

Ummu Athiyah Ismail said...

Ramai yg kata citer polis evo ni..plan nak tgk gak nanti:)

Nad MamaZN said...

zakwan pun ajak tgk citer ni jugak. sbb ada hero cicakman katanya.. tp sbb zaed kecik lg berpikir byk kali gak nak bawak masuk

Rinna said...

Baru gak layan citer nie hari Ahad lepas.. mmg best kan..
kelakar pun ada gak.. mmg tak rugi sapa yg gi tgk kat wayang.. :)

mamawana said...

Asslm

Anak saya dah dua kali pi panggung satu di Pavillion KL, satu di IOI City Putrajaya Polis Evo punya pasal. Semua tiket sold out.
Balik nganga ajerlah.