SABTU
Citer awal pagi 24hb...aku dh citer kat entry sebelum ni, hehe.
Ni kira citer waktu siang sampai malamnya pulak.
Tengahari tu...mama dibantu ngan ayah masak apa yg ada kat umah ayah tu. Ada ler sayur ngan petai yg aku bawak dari umah aku semalam. Aku sempat ler keluar jap ke kedai beli apa2 yg perlu.
Dah selesai makan...ada yg kol nak datang umah menziarahi ayah. Kalut ler jugak kemas2 bahagian depan tu. Maklum ler...kitorang 5 beranak tido kat ruang tamu tu. Mmg suka tido situ, hihi..
Ayah ngan mama tengah masukkan perfume ke dalam kantung yg disediakan khas utk perfume. Mmg dapat free bila beli perfume banyak2.. |
Dua beranak ni sempat lagi berposing ngan jubah dari arab, hihi.. |
Sejam kat kedai dobi...kemudian ke kedai spek mata untuk repair spek mata angah tu. Masuk lak Thong Fatt Lido...cari barang yg ayah pesan. Takde!!! OTW balik umah ayah...singgah kedai 1 Malaysia pulak nak cari barang tu.
Sampai umah...Fadel, Dayah dan Deia dah sampai. Deia dah tido dalam buai dah lepas badan segar dah mandi petang, hehe. Orang yg datang ziarah ayah tadi pun dah balik dah. Owh...masih ada lagi sorang kawan ayah masa tu kat umah.
Berborak2 ngan ayah... |
Alhamdulillah, kenyang.. |
Malam tu aku pun dh mula kemas2 sket barang sebab pagi esok nak balik awal. Nak kena hantar akiss balik asrama, wehhh. Maktab akiss belajar ni leceh sket ler bila mintak elok2 nak bawak anak balik awal ke...nak mintak balik lewat sehari ke. Aku mintak bukan waktu sebelum dorang exam. Dorang dah abes exam dah pun, mm. Mesej ketua warden...ketua warden kata pelajar program migty kena mintak kebenaran kat pengetua, mmm. Pening kepala aku memikirkan camne laa nak amek jugak akiss balik minggu ni dalam masa yg sama leh bawak dia gi terus jemput atuk dia kat KLIA. Program Migty dorang ni...hari Jumaat petang pun masih ada program berjalan, aduhaiii. Dah laa program yg sebelum ni tiap2 tahun diadakan cuma 2 minggu...tetiba tahun ni jadi sebulan lebih. Apa laa sebab nak kacau jugak petang2 Jumaat tu bila program yg selalunya cuma 2 minggu dah ditambah sehingga sebulan lebih??.
Jenoh cari plan C selepas plan A dh tak jadi.
Plan B, cikgu lak dalam mesej yg dia balas kat aku tu....mcm tak bagi jer pelajar balik awal ponteng program petang tu. Pikir punya pikir...aku dapat ler plan C. Tapi mmg melibatkan abang ler. Nasib ler somi sangat memahami & akhirnya plan C yg kitorang gunakan ketika nak amek akiss kul 5 petang kat asrama dia Jumaat ari tu.
Nak mintak balik awal (tengahari selepas kul 12 hari Jumaat) pun payahhhhh sangat. Inikan nak mintak balik lewat sehari (Isnin), huh!!!! Aku ni sebenarnya...bukan laa ibubapa yg banyak songeh sangat bila hantar anak belajar kat asrama ni. Banyak program dorang aku bagi sokongan moral dan menghadirkan diri sekiranya perlu penglibatan ibubapa. Sebelum2 ni tak pernah pun anak2 aku balik ke rumah (pulang bermalam) dengan menghantar surat khas ketika bukan waktu pulang bermalam yg tersedia dalam taqwim maktab. Tak pernah langsung. Baik along masa kat Pengkalan Hulu, mahupun Along dah bertukar ke Taiping, mahupun Angah ketika 2 tahun di Lenggong....ataupun Akiss sepanjang 3 tahun kat sini.
Pernah hari tu...katanya ramai pelajar yg balik lewat sehari dua selepas cuti raya puasa dah abes ari tu (raya tahun ni)....takde pulak pihak maktab amek tindakan. Ngan cikgu pun ada yg tak masuk ngajar masih bercuti raya. Lain kali seragam kan laa cuti khas perayaan tu utk kesemua maktab. Kan dah melalut ke contoh yg cenggini, mm..
Mintak kebenaran elok2 tak bagi. Bila ada yg buat hal mcm tu...tak diambil tindakan, heran kan?? Nampak mcm strict sangat. Aku ni tak suka ajar anak wat camtu. Ajar anak2 tu jadi insan yg baik & jujur, ye.
Akiss dan adik kupu2 nya... |
Tuan Haji.. |
Along pun amek aura.. |
Mmg selepas Subuh dah kena bersiap2 nak balik ke Taiping.
**Meminta dgn sesuatu yg benar adalah lebih berkat...semoga kami mendapat keberkatan itu. Amin Ya Allah.
*Mujur lah sempat ngam2 sampai KLIA malam tu....
Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, berkat doa....kesulitan itu diberikan penyelesaian.Syukur Ya Allah.
No comments:
Post a Comment