Monday, October 5, 2015

Tabik spring ngan Zahariz..

DENGAN BASIKAL AKU MENJELAJAH...Zahariz Khuzaimah 

Aku dh penah tertengok rancangan ni dulu.. Masa tu dah musim ke-2 rupa2nya. Tu pun dh terlepas beberapa episod. Mujur musim ke-2 ni ada di dalam youtube. Leh ler layan semua. Leh laa cari kat youtube ye...complete semua episod utk musim ke-2 bermula ngan episod pertama, KLIK DI SINI. Best sangat!!!

Baru2 ni tertengok pulak musim yg pertama punya. Ulangan jugak tapi aku tak pernah tengok lagi. Jadi, tengok betul2 dengan penoh perhatian. Musim pertama ni mmg best sangat sangat sangat. Terutama dia merakamkan berjuta bintang di langit...dan ke bumi artic melihat cahaya aurora borealis yg sangat2 cantik, Subhanallah. Macam tengok dalam filem scientific planet2 tu. Zahariz beruntung sebab dapat tengok yg real punya. Wahhh, betapa bertuahnya dia.....
Aku sangat tabik spring ngan Zahariz ni. Dia sangat sabar, kuat semangat, ketahanan mental & fizikal menghadapi pelbagai rintangan. Bukak tutup simpan khemah, kayuh beskal ngan mcm2 rintangan, barang2 penoh kiri kanan depan belakang beskalnya....dapat pulak merakamkan sendiri pengalaman menarik utk dikongsi ngan penonton. Semua dia buat sorang2 tanpa ada krew lain pun. Alhamdulillah, dia sentiasa dilindungi Allah.

Sangat bertuah menjadi Zahariz kerana telah pergi meneroka bumi Allah ini tetapi...utk menjadi seperti dia...kita perlu berkorban banyak perkara yg sebelum ini menjadi rutin hidup. Tetapi Zahariz adalah Zahariz. Dia sangat suka dan minat dengan apa yg dilakukannya. Berbaloi lah dgn apa yg dia dapat.



Boleh tengok episod last ketika beliau di bumi artic melihat cahaya aurora tu.. KLIK DI SINI...atau pun klik jer youtube di atas. Sama jer link nye..hehe..
*sebenarnya...aku mmg tertunggu2 episod last utk musim pertama ini. Alhamdulillah, akhirnya TV AL-Hijrah menayangkan jugak sebelum mula musim baru iaitu musim ke-3 program ini tak lama jer lagi khabarnya di channel yg sama, InsyaAllah.
**Anak2 pun suka tengok..tu yg bertambah seronok leh citer anak-beranak mende2 ilmu gini, kan ;) .

Nota ALONA:-
~Terima kasih Zahariz kerana berkongsi pengalaman anda melalui visual yg sangat cantik, menarik dan memberi kesan mendalam kepada hambaNya...tentang kuasa Dia Maha Pencipta Sekian Alam.

No comments: