Friday, October 16, 2015

Naik feri & jalan kaki ke Padang Kota

14.10.2015
RABU

Sejam perjalanan...akhirnya sampai ler kitorang kat stesen KTM Butterworth.
Dulu dh penah sampai stesen ni...tapi cuma singgah aje dalam perjalanan gi dan balik dari Hadyai. Kali ni kena turun utk gi terminal feri pulak.

Jenoh jugak ye nak menapak ke terminal feri tu. Naik tangga berapa punya tinggi. Pastu nak turun pulak tinggi yg sama. Kemudian menapak menonggek nak mendaki ke terminal feri bahagian penumpang tanpa kenderaan kat tingkat atas.

Bayaran penumpang tanpa kenderaan utk menaiki feri ni adalah RM1.20 seorang dewasa dan RM0.60 utk kanak2. Bayaran cuma untuk masuk pulau aje. Masa balik ke tanah besar / bagan semula...tiada bayaran dikenakan. Cara bayaran guna duit syiling sahaja. Kalo ada duit cukup...leh terus masuk pagar otomatik dan boh duit syiling tu. Kalo tak cukup duit syiling...dorang ada kat kaunter menyediakan duit tukar. Syiling yg baru 20sen dan 50sen tak leh digunakan kat mesin tu, ye. Kena tukar jugak.
**Info atas ni kalo ada yg tak tau lagi laa, ye...hehe.. 

Kena tunggu jap...feri tak sampai lagi. Penumpang mcm kitorang ni ramai jugak hari tu.
Tunggu sambil makan biskut...alas perut. Dari umah masing2 tak bersarapan pagi lagi. Nak kena keluar awal...kan, hehe..
Tak lama pun tunggu. Tak lama tu sampai laa feri. Bila dibenarkan masuk...beramai2 ler masuk ke feri dan duduk di bahagian depan. Cepat sket turunnya nanti, kihkih..
Dah dalam feri...
Adik anis...
Dah sampai terminal feri kat pulau...kitorang pun mulakan langkah berjalan kaki sehingga ke Padang Kota. Nak naik bas...dokek sangat. Bila berjalan...terasa jugak jauhnya, hahahhaa. Nasib ler pagi lagi. Kiranya exercise laa, tu..
Bergambar kat menara jam di roundabout
Akhirnya sampai kat food court di Padang Kota.
Memang hajat tu nak ke sini aje pun lepas dh naik komuter tu, hehe. Nak isi perut. Nasik campur pun dh tersedia dah. Terus brunch laa...
Dorang makan nasik campur. Aku ngan abang tunggu oder nasik set bawal goreng.
Nin dia.....nyum. Sedap..
Kitorang lepak lama jugak laa kat sini. Dah selesai makan nasik...oder lak air coconut shake mamak dan mee sotong. Kak nor lak oder pasemboq..
Kongsi2 aje...baru lepas makan nasik, kan.
Dah selesai makan...konon2 kitorang nak berjalan2 jer kat area taman permainan tu. Tetiba nampak lak bas double decker hop on hop off lalu depan tu. Wah...menarik ni. Tapi terlepas bas yg tu. Jadi, kitorang amek keputusan spontan...utk rasa pengalaman naik bas dua tingkat takde bumbung tu ronda2 Penang. Tunggu bas seterusnya pulak.  
Bergambar tepi laut..
Bergambar kat buai...yg main buaian tu adik aje. Yg lain menenggek utk bergambar aje, ye.
Masih menunggu bas. Tulis kat situ 20 minit aje. Tapi macam lebih dari tu. Mungkin 30 - 35 minit, huhu..
Sambung....

Nota ALONA:-
~Menyeronokkan......

1 comment:

mamawana said...

Salam Maal Hijrah

Best kan ronda ronda. Mwana baru merasa naik feri gi Langkawi Jumaat semalam. Best giler...ronda2