Saturday, October 17, 2015

Naik bas Penang hop on hop off..

14.10.2015
RABU

Setelah dah naik jemu rasanya menunggu, akhirnya bas dua tingkat pun sampai laa. Bila naik...dh tentu lah naik kat atas, kan. Nak merasa yg takde bumbung tu, hehe.

Tambang yg dikenakan adalah RM19 utk seorang dewasa, RM12 utk warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak bawah 12 tahun. Tiket tu utk tempoh sah laku 24 jam dari masa kita bayar tambang tu.
Antara lokasi hentian bas Penang hop on hop off...
Kitorang naik dari hentian no 14 iaitu di Padang Kota @ Fort Cornwallis. Bas ni ada 2 haluan perjalanan. Satu City route...lagi satu Beach route
Hepi memasing...ngan aktiviti takde dalam plan trip komuter ni, kihkih..
Kitorang dh naik bas city route tapi nak ronda2 ke Beach route. Jadi, kitorang perlu turun kat hentian interchange no 01 (Gurney Drive) tu. Dan tunggu bas utk beach route pulak. Ni yg leceh sket. Nak tunggu ni mmg akan makan masa jugak laa. Dalam setengah jam camtu. Kalo bernasib baik...mungkin akan lebih awal dari tu.
Bergambar ngan bas yg kitorang naik dari Padang Kota tadi. .
Bas ni berenti lama jugak kat sini nunggu penumpang. Maklum ler...Gurney Drive ni ramai jugak pelancong luar, kan. Selalu dorang ler yg minat naik bas gini. Ada laa dalam 10 minit kot bas ni nunggu kat sini.

Bila nampak bas beach route dh sampai...seronoknya, hahahaha. Naik bas ni...tunjuk tiket jer sebab dh bayar kat bas sebelum ni, kan. Kali ni kitorang naik tingkat atas tapi dok kat belah dalam. Nak amek ekon jap. Kat luar panas, weh. Tengah hari buta, tu....kihkih. Lagipun, kat tengah2 bandar...makan asap kenderaan jer, mm.
Gi kat ruang tak berbumbung tu..nak bergambar selpi, hehe..
Masa dah sampai area betul2 laluan tepi pantai...baru kitorang dok luar. Baru feel...amek angin laut dari atas bas jer, kan...(walaupun masih jerebu). Dah tak kisah dh tu......hahaha..

Sepanjang ke Batu Feringghi tu...banyak jer tempat2 spot sekiranya nak turun. Nak berhenti main air laut ke, nak gi makan laksa tepi laut ke...leh jer. Nanti naik ler bas lain pulak. Kitorang tak boleh nak buat camtu...sebab kitorang nanti nak balik ke Kamunting ngan komuter kul 6.20 petang. Risau nanti tak sempat. Jenoh nak tunggu trip komuter jam 9 malam pulak, adoiii.
Rumah juta2 tu...
Selpie ngan background pantai dan laut.. Nampak mcm kat tepi pagar aje, kihkih..
Selpie...jangan tak selpie..
Jalan ke Batu Feringghi kan sempit. Bila kat selekoh tu...ish..ish..dekatnya bila berselisih. Kita dok kat atas tengok bas mcm nak langgar jer depan kereta dari arah bertentangan tu...hehe. Bila berselisih ngan lori atau sesama bas lagi ler, dh mcm nak bergesel jer. Tapi perasaan jer kot, kan. Sebabnya bila dok atas ni...kat luar lak...efek dia mcm tengok 3D, kahhhhhh...

Sampai kat satu kawasan tu...ujan lobek. Kitorang yg kat luar masuk dalam ler. Dah masuk dalam..mata mcm ngantuk pulak kena ekon, hehe..

Bas ni akan sampai ke hujung Teluk Bahang..kalo ada yang nak turun sini..leh laa turun. Tapi kitorang tak turun pun...rasa mcm tak cukup masa jer nak ronda2 bergambar kat area situ. Nanti nak kena tunggu bas lain pulak lagi, adoii..
Ada homestay kat sini nama Kesian Homestay..Apa sebab tokey nya boh nama tu...leh ler telefon tanya kat dia sendiri, ye, hehe.  Sape suka gi jungle trekking kat area Taman Negara kat situ...leh ler try nginap situ. Byk laluan yg jungle trekking yg best kat Taman Negara ni.
Dah pusing kat area situ....bas akan bawak kita ke laluan Taman Rama2 dan hentian terakhir di situ adalah di Taman Rimba. Kat situ berhenti mmg lama. Nak beli air, beli jajan, buang air, nak gi solat pun sempat. Tapi apa2hal...tanya atau bagitau kat driver atau krew bas tu dulu. Sekurang2nya...kita tak tertinggal barang sekiranya bas tu pergi tanpa menunggu kita. Kita pun boleh naik bas seterusnya yg akan ke situ jugak nanti.

Kemudian, bas ini akan pusing semula ke laluan Batu Feringghi dan seterusnya ke Gurney Drive hentian no 1 tadi. Kitorang pun turun situ utk merasa pulak naik bas City Route.. Ke mana dorang bawak kitorang nanti agaknya, :) ....

Nota ALONA:-
~Citer di atas hanya berdasarkan pengalaman penulis blog....terima kasih..

No comments: