RABU
Hari ni cuti Awal Muharram.
Kat Mekah...ayah akan ke Madinah hari ini. Alhamdulillah, sama seperti Ma'al Hijrah hari ini. Dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Cuma ayah dan jemaah haji yg lain...mereka cuma berhijrah ke Madinah dalam musim haji sebelum pulang ke Malaysia nanti.
Yg aku ngan abang pulak....cari pengalaman baru. Menaiki komuter dari stesen Kamunting ke Butterworth. Kancil tinggal kat umah Sela. Lepas tu jalan kaki jer ke stesen KTM Kamunting tu, hehe. Exercise dh pagi2 ngan berjalan kaki, kemudian mendaki anak tangga yg tinggi....turun tangga utk ke kaunter tiket. Memang membikin jantung berdegup kencang, hehe.
Tambang komuter ke Butterworth RM7.10 utk dewasa. Separuh harga utk kanak2 dan separuh harga jugak utk warga emas yg berusia 60 tahun ke atas dengan menunjukkan kad pengenalan. Bermakna...dalam rombongan kitorang berlapan ni...Anis ngan yop dapat harga murah, hehe..
**Leh KLIK SINI utk lihat jadual perjalanan pergi dan balik ke setiap destinasi laluan serta harga tambangnya...
Lepas dh beli tiket...pagar tak dibuka lagi..kitorang pun berselpie ler beramai2, kihkih..
Bila dh dibenarkan naik tren...(permulaan komuter mmg dari stesen ini)...kitorang pun naik lif. Utk tujuan ini....ada lif disediakan ye.
Dah sampai seberang sana...selpie lagi, hahaha. Aktiviti ni penoh ngan acara selpie.
Bergambar kat signboard.. |
Dengan tren...sori anis tak nampak muka anis, hehe.. |
Beramai2 di muka pintu tren.. |
Keretapi biasa Taiping - KL dah penah, Taiping - Hadyai dh penah, ETS pun dh penah (sampai Ipoh jer. Yg sampai Padang Besar ni...lom lagi, hehe)...dan kali ni komuter lak. Hari tu...gi Hadyai ngan keretapi waktu malam. Balik pun waktu malam. Tak nampak tasik Bukit Merah bila lalu situ. Kali ni naik komuter...siang2. Mesti leh nampak tasik, kan....
Dalam tren...mula2 perjalanan tu sambil tengok luar tingkap sambil bergambar, haha. Gambar leh jadi banyak ni bukan apa...sebab aku kutip dari henpon Sela dan henpon Kak Nor..
Lepas tu sambil sembang2...sambil tengok luar tingkap.
Satu naik tren ni...kita leh nampak pemandangan yg tak akan dapat bila kita naik kereta. Lalu tengah2 kebun nenas, lalu tengah2 tasik.
Selpi ngan abang masa lalu kat area Pondok Tanjung.. |
Abang rakam video..lalu kat tengah2 tasik Bukit Merah.. |
Selpie masa lalu kat tengah2 sawah area Alor Pongsu.. |
Nota ALONA:-
~Entry ni mmg banyak gambar syok sendiri tapi setiap gambar ada latar belakang yg menyebabkan nak selpie tu. Jadi kategorinya bukan gambar perasan ye, hahahhaa..
3 comments:
Stesen keretapi Kamunting kat belah mana?
Stesen keretapi kamunting dekat dengan flyover berhampiran econsave kamunting... :)
Nak tanya apa beza komuter ngan ETS? Huhu masih confuse ����
Post a Comment