Tuesday, October 13, 2015

Jumpa akiss jap...

11.10.2015
AHAD

Dah janji...ari ni mmg nak jumpa akiss dan bawak dia outing. Tapi mmg plan tak lama pun. Saja nak jumpa dia dan bawak dia keluar jap dari persekitaran asrama tengok2 luar. Pastu, dia leh sambung berehat kat hostel.

Tak ke mana pun. Gi Mydin aje.
Mydin ni satu jer laa...takde kedai buku yg sewa kedai kat sini. Paling tidak Hasani ke, kan. Kalo tidak...tentu syok.

Dah nak turun..
Lepak jap kat sini...ada persembahan nasyid dari grup remaja yg sempoi jer.. Sempena Awal Muharram tak lama lagi.
Berselpi jugak..
Lepas tu...gi pekena teh tarik dan roti nan cis kat food court.
Sembang2 sket ngan akiss sebelum hantar dia balik asrama..
The only princess...
Bergambar ngan abah dia...sambil abah pun promosi jagung rangup.
Sayanggg anak ibu..
Peluk cium utk akiss masyam...
Sebelum balik...biasalah peluk cium dulu. Pesan itu ini gitu gini...mmg perkara biasa. Bacakan doa di telinga kanannya.

Terus balik Taiping...terus ke umah mak. Nak bawak keluar van tu jalan2. Kitorang ke Giant pulak, hehe. Leh mak cari barang2 keperluan.
Mak tengok anaknya tengah guna mesin urut RM1...hihi..
Sebelum balik tu...sempat lagi singgah kat stesen keretapi Kamunting.
Nak tengok keadaan kat situ mcm mana. Cadangnya nanti nak naik tren komuter gi Penang...sesaja jer suka2, hehe..

Itu aje lah citernya..
Aktiviti ujung minggu kitorang.


Nota ALONA:-
~Doa ibu dan abah sentiasa utk anak2 yg tersayang...

1 comment:

ibuayu said...

anak dara alona yg manis....hehe...