RABU
Turun di Gurney Drive. Saja laa masuk sini dulu...cuci2 mata. Dah lama tak ke sini. Ye lah...tempat orang2 banyak duit leh ler gi sini. Dulu kitorang gi sini sebab nak cari kedai GNC aje. Skang GNC kan dh ada kat AEON Taiping...
Saja jer buang masa amek gambar ni, hehe.. |
Gi food court...nak minum2 aje. Hmm...food court kat sini pun dah sama mcm food court kat Paragon. Tokey cina....pekerja depannya orang Melayu. Tak gamak tekak ni nak beli. Jadi, minum aje lah. Tu pun sebenarnya sama jugak. Pekerja bahagian serve mmg Melayu. Yg tukang amek duit masa bayar...cina. Dorang mmg tak offer langsung ke...kiosk di food court tu kat bangsa Melayu utk meniaga? Bukan nak rasis tapi soal halal haram tu. Contoh utama...kita tak tau dorang amek bekalan ayam kat sape. Disembelih ke...tidak. Bila was2...kita tak leh makan.
Oder air pun yg biasa2 aje. Takde yg pelik2... |
Beramai2 nak ke bas stop utk naik bas city tour pulak. |
Dalam bosan2 menunggu tu...akhirnya nampak kepala bas tu dari jauh...lega aih. Risau tul bila tengok jam. City tour ni ntah berapa jam pulak atas bas. Bila nak sampai ke jeti. Bermacam2 dalam kepala aku ni memikir.
Naik bas kali ni...pesen lama sket. Kecik jer ruang terbuka kat tingkat atas. Terasa mcm atas lori pun ada, kihkih...
Bas ni laluannya mula2 ke Kebun Bunga. Dah petang2 gini...mendung2. Tapi lom ujan. Kitorang masih leh dok luar lagi.
Kat area kebun bunga.. |
Kat depan pintu masuk Bukit Bendera... |
Mcm ni ler kerusi di luar bumbung atas bas tu. Mcm dalam kandang pun ada, kahhhh... |
Elok sampai hentian Terminal Jeti...cepat2 aje kitorang turun. Dan sempat ler singgah beli jeruk dan kudap2 kat gerai2 dalam laluan nak ke terminal tu. Elok tengah menonggek mendaki terminal...feri pun sampai. Lega lah. Sempat nak kejar tren komuter jam 6.20 petang.
Selamat tinggal...nanti kitorang datang sini lagi tapi ngan kenderaan sendiri laa, ye..hehe.. |
Alhamdulillah....cuti Awal Muharram ni...lengkap pengembaraan kitorang ngan 3 kenderaan awam. Komuter, feri dan bas dua tingkat ronda Penang. Walaupun ia biasa saja iaitu laluan rel, laluan air, laluan darat. Tapi kiranya macam pengalaman baru jugak lah. Sebab menaiki 3-3 kenderaan awam ni melalui pengalaman lain pulak. Ala2 pelancong luar negara, gitu....kan, kihkih.
Nota ALONA:-
~Along, angah & Akiss....nanti ibu abah bawak korang naik bas double decker takde bumbung ni kat Melaka, ye. InsyaAllah, ada rezeki nanti. Doakan.
No comments:
Post a Comment