Pada 30/05 hari tu..kitorang ke Padang Rengas menghadiri kenduri kawen Linda..anak paklong Tahir ngan maklong Bedah.
Sesampai aje kat sana..dh nampak keta Ziti dan Ella terparkir berhampiran masjid. Kitorang pun mengambil keputusan untuk memakir kereta kat situ aje. Alah! menapak sket aje, hehe.


Tgk tu! memula malu2 nak bergambar dekat2. Mengada-ngada paklong ni..malu2 laa konon! ekekek!



Ni laa cucu paklong ngan maklong yg terbaru. Tengah dalam hari lagi ni. Tapi mak dia pun tak ketinggalan bergaya ngan baju kaler tema, OREN! hehe..

Tapi sapa yg menggayakan baju ni utk kamera aku ni, yek?

Si Fuad ni laa bapa kepada baby kat atas tu. Nama baby tu Aina Nazirah..


Nampak tak abang kat belakang tu? Memerhatikan aku laa tu, hehe.
Kebetulan pulak abang pakai t-shirt kaler OREN, ngikut tema kenduri, hehe..

Psst; shawls tu aku beli dari iris-collections.blogspot.com..hehe
Oleh sebab pengantin lelaki dari Penang tak sampai2 lagi walaupun jam dah kul 2 petang..kitorang pun meminta diri. Memang niat di hati nak tunggu Linda naik pelamin tapi apakan daya..kitorang dah menerima walimatul urus dari Jabir dan isterinya (kawan sekerja abang) di Simpang..jadi haruslah kitorang menghadirinya.
Gambar pengantin dan ibubapa pengantin di Simpang ni telah dipaparkan di entry sebelum2 ni..iaitu yg memakai baju sedondon bertemakan BIRU Laut tu..

On the way balik dari kenduri di Simpang..kitorang lalu ikut jalan Air Putih. Jadi terpaksalah melalui jalan yg terganggu lalulintasnya disebabkan projek MMC Gamuda; rel berkembar dari Ipoh ke Pdg Besar..


6 comments:
Selamat pengantin Baru buat Paklong!
Aie..yg pengantin baru tu bukan paklong..hehe. Anak paklong.
Paklong tu pengantin lama @ pengantin veteren. Byk ilmu rumahtangga tu, hehe.
pok long kemain lagi smart hensem..malu2 pulak amik gambo ngan maam....hehe
romantik la pengantin veteran tu.. kalah pengantin baru.. huhu
owh siap buat iklan selendang eh.. :D
bagusla.. kenduri tu bg ramai2 br besh.. meriah!
amboi kakak kita siap posing lagi cantik akak pakai shawls tu
Post a Comment