Friday, June 12, 2009

ATV offroad trail di Taiping

Pagi tadi kitorang bawak along ngan angah pi gunting rambut kat kedai Leong. Lepas tu..pi makan2 jap kat gerai di kaki Bukit Larut. On the way nak ke sana..berhampiran ngan Kamalodge..baru dibuka sebuah pusat aktiviti ATV (All Terrain Vehicle) atau dalam bahasa Melayu nya kenderaan semua permukaan..hehe..(memandaiii aje aku ni).
Apalagi..kitorang pun singgah laa. Abang memang teruja sangat laa nak mencuba camne rasa bawak mende tu. Selalunya tengok kat tv aje. Tak sangka pulak cepat jugak laa mende ni sampai ke Taiping ni..hehe.

Menurut 'tuan kedai'..aktiviti ATV offroad trail ni yg pertama seumpamanya kat M'sia. Yang dah wujud sebelum ni kat tempat2 lain tu..aktiviti ATV biasa2 aje, ekekek..

Pakej A; ronda 5x laps dekat2 situ aje RM30. Tapi sebab skang dlm rangka promosi..ia telah diberi diskaun 50%.

Pakej B; RM100 utk aktiviti ATV off road 1 1/2 jam. Aktiviti ni mesti berkumpulan minimun 4 orang dan laluannya lebih sukar. Ia menuju ke side camp kat ngan Burmesse Pool. Melalui denai, sungai, dusun..huhu.
Kat situ..peserta leh mandi sungai lak, tempat eksklusif..tak campur ngan pengunjung2 biasa yg pi berkelah kat situ..hmm. Tak teruja ke?

Meh aku tolong iklan..free aje ni, aku tak dpt apa2 untung pun. Kalo sesape yg berminat nak mencoba..tipon Aimie 016 3732737 utk maklumat lanjut dan booking.
Abang kata..bawak ATV ni kena ada daya tangan yg kuat, hehe..

Tengok laa aksi abang ni. Aku tak naik pun lagi. Nanti2 laa, hehe. Anak2 aku semua merasa laa jadi passenger abah diorang ni, ekekek. Alahh...abang pun naik yg auto punya aje. Nanti2 laa..belajar yg manual punya. Mesti lagi best!

----------------------------------------MAKAN-MAKAN-------------------------------------

Ohh..yg ni kisah malam tadi. Kitorang pi makan kat PizzaHut. Bawak keratan kupon yg TM kasi sekali ngan bil dia tu, hehe. Beli piza supreme besar RM28.99 dan cuma tambah RM1 utk piza crunchy. Jadi..kitorang cuma berbelanja makan piza 2 hidangan + air mirinda orange se 'jag'..tak sampai pun RM40. Pasal kupon TM tu dah menyelamatkan sket poket abang..hehe.

Makan2 kat Pizza Hut ni sempena besday angah sebenarnya tapi nak ikutkan..bulan ni kerap jugak kitorang makan kat luar, hmm. Tu kira sekali laa ngan makan kenduri dan acara makan2 masa keluarga aku dari Bentong datang sini..hehe..

Nak ikutkan..dulu aku tak suka betul ngan piza. Anak2 aku pun. Oder satu hidangan piza pun susahnyer nak abesss.
Tapi tak tau laa..sejak bila ntah..aku pun tak perasan. Anak2 aku dah suka makan piza. Malam tadi..jap aje dah licinnnnn.
Tapi kitorang makan piza tetap style melayu laa. Cicah ngan sos cili, wakaka.
Terutama anak2 aku ni..makan keropok nak sos, makan french fries nak sos..makan cucoq udang pun nak sos..hmm..
Tu laa pasal sos cili kat umah aku cepattt bebeno abesnya.
Omputeh..makan burger pun tak taruk sos cili.

3 comments:

etomyam said...

waaa....macam best jer...boleh layan aktiviti ni...nanti kalau gi taiping mau carik lah....best

attyfir said...

besh layan aktiiviti nie..kalo fir dpt naik nie mesti sukak..

NizA said...

kekeke..umah sy pun kak cpt gak abis...sos cili life yg botol besar tuh sbln jek kot...ntah ape ntah kiteorg mkn pun x tau...damia lagilah...siap ratah gitu jek sos tuh...