Monday, June 15, 2009

Sewaktu penghujung cuti sekolah..

Dah abes pun cuti sekolah pertengahan tahun ni. Petang semalam kitorang dah hantar along balik asrama kat Pengkalan Hulu nun. Seperti biasa..pasti tetesan airmataku mengalir laju. Camtu laa jadi ibu ni. Pikir banyak sangat..huhu..

Tengahari sebelum tu kitorang menghadiri kenduri kawen anak Makcik Jama. Ramai juga tetamu yg hadir walaupun kenduri diadakan di penghujung cuti sekolah ni. Yang kawen tu pun 2-2 cikgu gak, hehe..

Sebenarnya banyak citer nak diceritakan kat sini tapi..masa tak berapa nak cukup..jadi aku masukkan satu2 dulu.

Kat bawah ni masa karnival ERA dan Perodua. Kebetulan kitorang gi Giant Taiping..jadi jengok2 laa dulu apa ada kat situ. Hmm..berpeluang gak laa kitorang nengok konsep mpv Perodua yg bakal dikeluarkan November ni. Sebelum ni tengok kat internet aje, hehe..

Kitorang gak sempat join games yg disediakan oleh Perodua. Tengok laa aksi2 kat gambar tu. Semua tu bukan apa..kot-kot laa ada rezeki nak menang VIVA dlm cabutan bertuah tu nanti, hehe..
Banyak gak borang yg kitorang dapat, isikan dan masukkan dlm kotak tu. Tapi orang lain tentu lagi banyak dari kitorang, hehe..Tapi mende ni sume rezeki kan.
Cuma masa cabutan bertuah utk penyampai ERA hantar balik umah tu..kitorang tak pegi pun. Konsert malam tu pun kitorang tak layan, hehe..Bersesak-sesak ni kalo boleh kitorang nak elakkan. Ndak2 time mcm2 penyakit dah keluar tv ni kan, kehkehkeh..

Hmm..ni laa keta Viva yg diorang dok usung ke 11 lokasi karnival. Harap2 orang Taiping laa leh dpt keta ni. Sape lagi..kitorang laa, ekekekek..
Hmm..pernah laa beberapa kali nampak skuad perodua ERA masuk Taiping ni tapi kitorang tak kejar pun pasal kalo aku kejar pun..aku tak tau nak jawab apa, hehe..
Aku kira ni kejar mengejar ERA ni..utk orang muda2 aje laa, yek!

"Alaa..myvi atuk ngan ayahngah lagi best..,"kata angah ngan bangganya.


-----------------------------TAG TENTANG DIRI SENDIRI-----------------------------
Ni aku jawab tag Ibu Umairah - nurumairahqarirah.blogspot.com ari tu..

S: Berapakah umur anda?
J: Lagi 4 bulan lebih nak menginjak ke usia 34 tahun. Leh jawapan cenggitu? hehe..

S: Anda berasal?
J: Di rumah aki dan uwan kat Kg. Lebu, Bentong, Pahang DM.

S: Berapa adik-beradik? Anda yang ke? Nyatakan berapa orang lelaki dan berapa orang perempuan?
J: Adik-beradik cuma 2 orang aje. Aku yg sulung. Adik pulak lelaki. Beza umur kitorang 5 tahun.

S: Akhir bersekolah anda dimana?
J: Kalo baca betul2 soklan ni..jawapan dia lain laa. Tapi tengok kengkawan blogger yg pernah jawab tag ni..ramai yg jawab sekolah last diorang. Jadi aku ikut laa cam diorang gak. Mgkn itu laa jawapan yg dimahukan oleh pencipta tag ni.
Sek. Men. Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bentong, Pahang.

S: Bila terakhir anda memotong rambut?
J: Potong ngan gunting sama kan? hehe..Ntah tak ingat laa. Pasal rambut aku ni lambat pjg kalo dah kena gunting. Tu yg tak suka nak pi gunting rambut.

S: Shampoo apa yang anda guna sekarang?
J: Herbal Essencias. Minyak kelapa orkid..hehe..

S: Anda gemar menjahit? Kalau tidak,nyatakan sebab?
Suka nak tahu menjahit tapi tak pi belajar pun, hehe..
Tapi sebenarnya..langsir2 kat umah ni aku laa yg jahit sendiri tapi orang kata 'jahit bodo' aje..hehe. Mesin jahit pun jenis takde kaki tuh! Jenama Toyota..

S: Bila berada di rumah adakah anda suka menghiasi diri?
J: Ntah, rasanya aku selalu sempoi aje.

S: Apakah kerja rumah yang anda paling malas nak buat?
J: Buat keje yg sama berulang2 kali dalam satu hari..maklumlah, aku ni kan memang surirumah sepenuh masa.

S: Soalan yang terakhir,bagi 5 perkara kenangan manis yang tak dapat dilupakan sampai bila2?
J: Sebenarnya banyak kenangan manis aku tapi yg aku nk senaraikan kat bawah ni adalah kenangan manis yg aku masih rasa sampai skang.

1) Dilahirkan sebagai anak ayah dan emak, juga mempunyai seorang adik yg sgt baik.


2) Berkahwin walaupun jodoh aku datang awal laa jugak..ketika usia menghampiri 20 tahun.


3) Merasai pengalaman mengandungkan, melahirkan dan membesarkan 3 orang anak ngan tangan sendiri.


4) Leh menyelam dan mengapungkan diri dlm air sket2 walopun tak reti berenang pun, hehe. Sampai skang tak improve2..Tapi sebenarnya mmg impian aku nak pandai berenang. Jeles aje tengok org lain reti berenang.


5) Melihat anak sulung berjaya dlm UPSR dan meloloskan dirinya ke MRSM. Semoga dia menjadi contoh kepada adik2nya.


S: Siapakah anda nak TAG?
J: Kengkawan blogger yg seronok nak buat tag ni..dialu-alukan.

Kepada ibu umairah (AS-nurumairahqarirah.blogspot.com) terima kasih sebab sudi bagi akak tag ni. Akak buat ngan seikhlas hati.
Terima kasih jugak sebab kasi AWARD.

Pss; award tu akak dah amek. Nanti akak terus simpan elok2 kat sebelah tu, ye..

2 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

=)

atty's said...

mana tau kan leh menang ke..dpt viva..wish u gudluck..amin