Tuesday, June 30, 2009

Kesesakan masa??

Hmm..kisah kesibukan aku mmg lebih dari kwn2 yg bekerjaya. Sebab tu laa aku mmg selalu tak dpt nak melawat blog kengkawan semua dlm satu sesi online aku aje. Mesti aku kena online pg jap..petang jap. Tu pun..kot!

PERIHAL ANAK2 SEKOLAH
Start minggu lepas..SK King Edward vii (2) telah memulakan kelas tambahan utk Tahun 6 selepas waktu persekolahan Isnin-Khamis. Jadinya, waktu balik..angah tak dpt nak naik bas. Aku laa yg kena kuar pi amek. Tak jauh juga..dlm 6km dari umah. Tapi kalo tengah panas2 terik cenggini..adoii, peluh masuk mata..aku mula nak penin! hehe..Kes peluh masin sangat laa tu, kot! hehe..

Rabu..cam biasa..diorang ada 'ko-ko'. Akiss koko dari lepas abes sekolah sampai jam 2.30 petang. Aku gak kena gi amek pasal Akiss tak sempat nak naik bas dah jam cenggitu.
Angah..sepatutnya aku kena hantar pulak dia koko jam 3.15 petang tapi Alhamdulillah, dimansuhkan start minggu lepas atas alasan diorang balik lambat disebabkan kelas tambahan intensif dan insentif guru2 sekolah.

Sabtu ari tu..angah ngan akiss kena sekolah ganti sempena Aidilfitri. Aku ngan abang pagi2 dah sebok ngan plan keje nak kena selesaikan utk sepanjang hari tu.
Kul 10.30 pagi kitorang ke SK (P) Treachers Methodist..amek buku laporan peperiksaan. Byk sekolah yg wat sesi cenggini termasuk Sekolah Klian Pauh dan Sek. Hua Lian.
Sesak jalan kat situ. Mujur sekolah Angah dah wat bulan lepas dah!
Kitorang mmg dah tau keputusan peksa Akiss. Cuma kena gi gak laa amek buku laporan tu. Dah sekolah soh cenggitu, hehe.
Alhamdulillah laa, semua A kecuali Bahasa Arab dpt B. Dpt laa no. 4..takpe laa. Aku ni anak2 dpt nombor berapa tak penting sgt. Yg penting dia mesti score A. Kalo dpt nombor yg leh dpt hadiah tu..kira bonus utk dia sendiri laa, ngeh2.

Masa sesi jumpa guru kelas tu gak..abang dah settle kan bayaran yuran sekolah yg telah ditangguhkan pada awal tahun ari tu. Lepas2 tu..akis dah leh ikut kitorang balik walopun waktu persekolahan tak abes lagi. Bagus!

LENO
Sementara nunggu angah abes kelas..kitorang sempat gi stokis Leno kat Jln Berek. Aku ngambek barang oder yg dah sampai.

RESTORAN MASA
Pastu pi area Jln Lumba Kuda semula..nak amek angah. Jam dah kul 12.00 tengahari. Terus kitorang g MASA nak makan tengahari. Aku tak masak laa ari tu..keje banyak nak kena settle ni, hehe.

D'Memory Foto Digital
Lepas dah kenyang..terus gi kedai gambar ni. Nak amek gambar kawen Saiful. Kitorang dah hantar cuci 200kpg + 2 kpg 8R tu mlm tadinya. Dah dpt..terus aje susun dlm album kat kedai gambar tu gak, senang. Amek masa 2 jam gak laa menyusun elok2 semua gambar tu.
Sempat gak laa angah foto shoot utk gambar pasport. Cikgu nak utk exam.

Singgah kedai Nisah..dia kata dia nak tengok dulu gambar2 tu. Pasalnya..kedai dia yg punya baju pengantin dan mekapkan Atikah. Dia nak pilih utk cuci dan frame kat kedai TIRAI KASIH dia. Tapi, Nisah takde laa pulak. Yg ada staf2 dia aje.
Jadi kitorang terus gi umah mak..mak pun kata nak tengok. Tapi, mak pulak takde pasal gi Pdg Rengas ngan abah naik van. Pastu kitorang terus balik umah, wat laa apa yg sepatutnya..

Petang tu bumi Expo dibasahi hujan..Alhamdulillah.

Lokasi gambar; Pantai Kerachut, Tmn Negara Penang.
Yg bangunan 4 beradik tu kat Penang.

Kul 5.45 petang, Nisah mai umah tgk2 gambar utk dipilih dan dicuci semula. Dia nak frame kan utk kedai dia.
Jam dah 6.30 petang. Kitorang gi umah mak semula. Ohh..mak ngan abah ada tetamu.
Malam tu kitorang dah tak kuar memana. Dok umah tengok2 abang wat kerja2 suntingan video utk menyiapkan dvd pengantin pulak. Utk tugas ni..aku cuma assistant aje..hehe.

MONTAJ
Ahad tu kitorang dah pilih2 gambar2 lama Saiful dan Atikah utk dijadikan montaj. Malam tadi..abang dah selesai siapkan montaj.

SILAU
Petang semalam..kitorang gi umah makcik utk mintak nama2 jiran2 yg menjadi tulang belakang dia utk majlis ari tu. Kitorang nak bg kredit. Rupa2nya makcik pun silau nya teruk gak. Aku ingat aku je cenggitu. Aku ni ada gak rabun tapi takde laa sampai memerlukan spek mata. Leh nampak jelas lagi. Tapi kalo silau tu..aku mmg surrender laa.

Psst; gambar di atas cuma nak bagi entry ni ada gambar aje. Aku maleh betul nak amek gambar time kepala tgh byk pikir ni. Kalo nak ikutkan..Sabtu ari tu ada karnival belia kat Kompleks Rakan Muda, Ahad pulak ada pameran keta yg dicat, menarik dan tertarik utk pandangan mata ni....tapi aku tak berkesempatan nak gi..sebok + letih tahap ultraman lawan raksaksa, huh!

I/C ANGAH
Pg semalam..aku gi amek kad pengenalan angah. Dah siap. Hmm..skang i/c angah ngan along..aku yg simpankan. Risau gak kalo bebudak yg simpan ni. Kot hilang..RM50 woo! nak wat balik.
Aku gi kedai buku...fotostat kaler i/c tu dan di 'laminasi'kan. Nampak laa cam ori, hehe. Yg tu aje aku bagi diorang pegang.

Bila tgk dah 2 org anak aku ada kad pengenalan ni..hmm, semakin datang suatu perasaan yg sukar digambarkan.

ROADTAX
Pagi tadi, lepas pi pasar dan amek abang kat Taiping Headwork..kitorang melilau cari agen insurans yg amek cover note utk motor umur 19thn. Punya laa susah. Akhirnya, kat agensi Suria Padu gak yg settle. Pejabat pos pun tak mau..apa kes ntah tahun ni susah sgt nak renew insurans moto lama. Tahun lepas takde apa pun.

Gi lak JPJ Taiping kat Jalan Kg. Dew tu..(rasa jauh tul!)..sebab nak kena tukar geran baru. Geran asal dh penuh cop renew roadtax.

10 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

cantek nuh pantai keranchut tu...tingin nk gi lak..

Unknown said...

sibuk bebenor...hehe...tapi mesti mau skodeng blog kengkawan...kalu tak rindu sesangat...

Eta LaZiM said...

Bila anak dah dpt IC, terasa dah VETERAN dah MaMaQayPo nih... heheheheh

Gieyana said...

perghhh..byk benor keja2 aka walaupon dk kat umah yer...Taman Negara tue mmg cantik yer..kena p tembak sedas dua nie nnt...:D

sue-ab said...

huh bizi betull......ngalahkan aku nih...

Fara_Adura said...

Sebok memanjang aje akak neh ek.. hehe. Memang..tambah kalo anak da mula sek.. banyak pengorbanan ibu neh..:)

Psst akak..anak akak yang mrsm ph tuh tak tgk ke blog ibunye neh.. keke

attyfir said...

bz bebenor ha.tp duduk umah mmg lagi bz..

TokNabe said...

Bersusun jadual dia.... walaupun bz tapi nengok blog tu kira satu terapi jugak!.

Unknown said...

mak aiii, bz tahap gaban ni..

tp lebih baik bz dgn mcm2 aktiviti & kerja yg perlu dilangsaikan.. drp bz tak tentu hala... heheh

anaklaut said...

CINTAMANISZ Lite,

betul dan tepat sekali, sekolah rendah masih belum sampai ke tahap tu..

tq singgah anaklaut