Hari ni aku nak simpan kat sini saki baki cerita minggu lepas..hehe. Tapi disebabkan takde gambar berkaitan..aku pun taruk laa beberapa gambar yg berlokasikan tempat2 bersejarah kat Taiping ni. Siap edit HDR lagi tau, ngeh2. Editing kali ni dibuat oleh abang..Dah sonok edit HDR lak..
Lokasi penggambaran; Stesen Keretapi Taiping..
Citer 1:-
Malam balik dari Pengkalan Hulu tu..kitorang singgah makan kat sebuah restoran tomyam di Selama, Perak. Makan lagi?? Jawapan; biasa lah..
Kitorang oder sup ayam ngan nasik kosong. Anak2 pulak..nasik goreng kampung. Mmg ramai customer datang lepas2 kitorang dah oder tu. Dalam hati..masakan kat sini sedap laa kot. Yelah, mmg kitorang xnah singgah pun kat sini. Baru 1st time..
Sup ayam diorang mmg pergh! sedap..cuma nasik goreng kampung dia kureng laa sket. Tapi takde laa tak sedap langsung, huhu.
Restoran tu dipasang ngan lampu malap2 aje. Aku tgk belah dapur pun lebih kurang gak laa..erk! Keadaan sekitar restoran tu mmg bersih tapi sesekali angin menerjah lobang idung..terbau gak laa najis meow.
Citer yg nak aku citerkan sangat kat sini bukan pasal perkara2 kat atas tu..hehe. Aku nak citer pasal tandas restoran tu. Bagi aku..kebersihan tandas dan juga struktur tandas adalah sangat penting dlm perniagaan makanan. Sape yg setuju, sila angkat tangan..hehe.
Lepas2 dah kenyang tu..tiba2 rasa nak buang air lak. Perjalanan nak sampai ke umah adalah dlm 40 minit lagi. Tak tertanggung nak menahan ngan masa cenggitu. Maklum laa..cuaca baru lepas abes ujan.
Akiss pun nak buang air sama. Jadi, kitorang 2 beranak pun pergilah sama2. Tandas tu terletak kat belah luar restoran..kawasan belakang pulak tu!
Lokasi penggambaran; luar perkarangan Muzium Perak, Taiping.
Sambung citer balik; Bila kitorang gi situ..alamak! terpikir 2-3 kali nak masuk ke tak..nak masuk ke tak??? Stesen Petronas dan Shell dah lepas laa pulak kot nak mencari tandas diorang, hehe. Takmo lambat sampai umah..last2 aku ngan akiss amek keputusan masuk gak.
Keadaan tandasnya..AMAT MENGERIKAN!! betul..tak tipu. Kalo aku nak snap gambar sebagai bukti pun..nanti tak pasal2 nampak 'antu' interprem dlm gambar, ngeh2.
Aku tak kisah tandas 'kampung style' asalkan ia bersih tetapi struktur tandas tu biarlah terjamin dan elok. Lampu yg disediakan pulak..lampu malap2 aje. Pintu tandas nak kunci selak pun susah. Akis masuk..kena aku lak pegang dari luar. Aduii..
Ada 2 tandas dlm bilik tu, bertangga. Lantai marmarnya..alamak, berkarat beb! Aku pun tak sampai hati nak masuk tandas lagi satu. Takut apa2 jadi pulak kat Akiss. Yelah, dia kan budak lagi. Kot ternampak 'apa2'..lemah semangat budak tu. Sape yg susah..dari terjadi, baik laa elak.
Lokasi penggambaran; dalam Muzium Perak, Taiping.
Sambung citer lagi;
Aku tengok2 gak kat atas tepi2 dinding yg tak abes sampai ke bumbung tandas tu..kot2 ada pulak 'cik puan' mengintai..ngee. Tapi takde laa pun. Bila dah selesai..kitorang pun keluar laa. Time tu abang pun tengah membayar bil.
Cepat aje akiss ngan aku bukak citer..hehe. Lain kali, susah laa kitorang nak singgah tempat cenggini lagi. Terpikir gak..camne diorang masak kat dapur ngan mengharap satu lampu kalimantang aje. Nampak malap aje. Merisiko kan En. Cicak dan sang serangga2 berterbangan masuk ke dlm rencah masakan, eeii..
Aku maleh laa nak sebut nama restoran tu kat sini. Tak baik menjejaskan rezeki org. Lagipun masakannya sedap jugak. Tapi tokey restoran tu kena prihatin. Kuar modal sket buat tandas elok2. Bukan semua pelanggannya dekat ngan umah. Yg travel cam kitorang..mesti ada masa cari tandas punya.
psst; naseb bek aku tak amek gambar tandas tu. Kalo idak, mesti abang sebok nak edit HDR..ngeh2..
Citer 2:
Bila tengok gambar kat atas ni..sume pasti tau lokasinya kat Tesco, kan? Dah aku dok Taiping..Tesco ni lokasinya kat Taiping la, hehe.
Kitorang kuar Ahad malam Senin ari tu. Mula2 pi amek gambar kat D'Memory. Pastu, makan set roti nan ngan ayam tandoori kat A.Rahman. Anak2 makan nasik goreng ayam. Ari tu belikan Piluih..angah gadoh baunya sgt sedap. Tu kali ni oder menu yg sama. Haa..tandas kat restoran mamak ni, ok..hehe.
Pastu..dah jam 9.40 mlm, kitorang ke Tesco lak. Siang tu dah gi tapi mak aii! parking Tesco dan Tpg Sentral punya laa penoh. Ramai kuar shopping pasal masih 'bulan terang' dan ramai gak yg pi layan Transformer dan Ice Age kat TS tu agaknya
Kitorang kuar dari kawasan tu dan balik umah terus. Maleh nak bersesak2.
Jam 5 lebih..abang pi dewan apek, main badminton. Aku lak ingat nak pi men netbol..akiss ngan angah dah siap nak ngikut tapi puas cari kunci keta tak jumpa2. Merata2 melilau mata ni mencari. Abes aku kerah angah ngan akiss pun tolong cari sama. Ada kunci spare pun tak guna pasal bateri remote alarm dah nak kena tukar baru, hehe.
Last2 aku tingat balik kali terakhir kunci tu dilihat. Ye..lepas2 balik tak jadi gi Tesco tu..abang terus masuk ke umah kak nor. Balik umah..siap2 nak pi badminton. Mesti kunci tu dlm poket suar abang. Hmm..aku mesej abang tanya tul ke tak. Jawapan; "camne pulak kunci ni ada dlm poket abg?"..hehe..
Jadi aku pun kensel laa pi training netbol. Ajak angah ngan akiss cuci longkang kat luar umah, hehe.
10 comments:
kak...cntik la gmbr2 akak edit tu...tmbh2 pakai dslr kan..tingin nk pakai..huhu
owhhh..muzium tepeng..teringat masa pi ritu..mmg best!!
~ huh! sy mmg x suka g toilet kt kedai mkn..dh tau! sah2 x bersihnyer...:D
~ Rajin yer akak edit...guna apa software?
muzium tepeng je xmasuk lagi..lain sume dh kot..ekee:D
cantek la gambar2 tu..
bleh buat poskad la kak
nostalgia betul....tingin nak p zoo tepeng..nama jer prg perok....hehe
Zura; hang ni selalu jd 1st komentor..dasat laa, hehe. TQ..
Gie; masa hang gi muzium ari tu..korang takleh masuk abes lagi kan pasal tengah renovate belah dlm tu. Kalo masuk dlm..lagi best.
Suziey; Nak masuk muzium..tunggu sampai pengubahsuaian tu siap dulu. Rugi masuk skang ni..walopun masuk free..hehe.
Syana; tu keje cik abg akak laa tu. Sebenarnya, kitorang ni baru berjinak2 ngan HDR ni.
Posh; biasalah..muzium ni selalunya rombongan budak2 sekolah yg terpaksa masuk, hehe..
Korang sume..kalo dtg Tpg ni..pi sekali Kompleks Kota Ngah Ibrahim..masuk situ terasa betul kemelayuan kita. Semangat design bangunan lama tu..
Tu akak laa..tak tau laa korang, ngeh2.
kak @lona ni suke travel ek...bestnya idup hehehehehe
Haha.. gambar menarik kena pulak pandai mengedit... lagi cantik ler.
Perak belum sempat nak menjelajah lagi, sekadar lalu sahaja.
salam...CINTAMANISZ Lite,
tips extra yg paling sempoi..hehehe..tq 2x
bestla blog ni..saya sangat kagum..memberi inpirasi utk orang ramai pi melawat Taiping ni..
kak...dah lama as tak jejak zoo taiping lastly pegi pada 1997......
nant ada kesempatan nak bawa umairah lak
Post a Comment