Monday, July 6, 2009

Jumpa kawan lama...

Pagi tadi sebelum aku online ni..aku sempat buat tempoyak, hehe. Duyan tu aku dpt free dari sorang peniaga duyan kat tepi jalan Baling-PH sepanjang perjalanan nak ke PH. Ada laa 3-4 bijik. Tp byk gak isinya..

Kan aku dah kata..pi lawat Along kali ni nak makan 'duyan kampung' ngan dia. Tapi kitorang takde laa bawak duyan dari kampung..hehe. Beli aje duyan kat tepi2 jln tu, tengah murah skang. Makan terus kat situ aje, senang. Kalo buah tak elok..leh tukar lain. Camtu la keadaan kitorang semalam. Dah kopek sebijik..isi tawar..Peniaga (bangsa siam m'sia) tu kopek duyan lain lak, hehe.
Cuba kalo kitorang bawak balik duyan tu..mesti takde waranty kan? ngeh2..

Sempat gak beli rambutan ngan manggis kat situ. Makan anak-beranak. Seronok betul. Cuma bila dah seronok cenggini..tak sedar laa gambar tak amek walau satu snap pun. Dah masuk keta..baru tingat, kehkehkeh..

Masa kitorang nak balik tu..sempat laa peniaga duyan ni kasi 3-4bj duyan 'punggung' dah terbukak sket. Dia kata leh buat tempoyak. Besar2 gak duyan tu. Aku ni apa lagi..senyum aje laa. Maklum laa..aku leh buat stok tempoyak!!

Disebabkan berenti singgah pekena duyan..kitorang masuk maktab hantar along pun dah lebih sket dari 'masa izin' kul 6 petang, hehe. Along kena tegur gak laa ngan pak guard, huhu. Tapi kat meja pak guard tu ada lagi 2-3 kad pelajar, menandakan diorang pun tak balik 'outing' lagi. Ok laa tu kan? hehe..

Cenggitu laa agaknya tiap kali aku tunggu along turun dari hostel dia..ngeh2.

Ok, kisah dari mula;
Sebenarnya nak ikutkan plan kitorang naik van hari ni. Dari Kamunting ke Pengkalan Hulu amek along..kendian gi terus ke Sg. Petani nak hantar Yui daftar UiTM 'sem' baru. Tapi tak jadi pulak pasal van abah nak guna. Keta ekod abah masuk sepital speselis Ah Hwa, hehe.
Jadinya, kitorang pi sendiri ngan keta. Yui pulak balik SP ngan teksi.

Sabtu tu, lepas amek along..terus aje kitorang ke bandar SP. Wah!! banyak betul perubahan, ye. Lain betul dah.
Mmg aku ada beberapa kali gi SP baru2 ni tapi kitorang tak sampai area sini pun. Kalo sampai area bandar pun..setakat kat area Taman Ria aje. Waktu tu kitorang mmg laa masuk SP tapi gi tempat lain termasuk laa gi Tanjung Dawai, Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Tu pun sebab ikut hantar Yui ke UiTM, hehe.

Ni antara bangunan lama kat SP. HSBC yg guna bangunan ni. Cantik gak..

Ni gambar lepas teman along makan nasik kat KTM, SP..
Amek gambar ni guna hp aje.

Ni lanskap kat luar CS, SP..
Leh ke wat sebijik cenggini kat umah aku? wakaka..sedarlah dari mimpimu, Fazlina, ekekek..


Masa dah nak sampai SP..baru aku tingat ada sorang kawan aku sama VOKAY dulu dok dan keje kat sini. Aku pun mesej dia ajak jumpa. Dia no hal aje..

Janji kat Mc D, CS. Kat mana lagi laa aku ni nak jumpa kawan? Asek2 Mc D aje. Dah anak2 aku takmo dok lepak2 kat restoran mamak nak wat camne. Padahal..kat luar CS tu ada Restoran nasik kandar Naseem..hmm. Nasib laa pulak ada meja kosong elok2 aje untuk kitorang dan space sekali untuk kawan aku ngan suami serta maid dia.

MC D ni..time 12-3 petang..memang fullhouse! Org ramai nak berebutkan harga murah Mc Value Meal tu. Lepas 3 petang..lengang beb!

Hmm..tengok laa gambar2 kat atas tu..aksi2 di meja mcD.
Along ke SP tetap ngan kameja batik maktab nye..hmm, disiplin abes!

Ni lak anak kawan aku tu. Kiut aje dia..baik pun baik.
Hii...malu laa kat Akiss..hehe.

Amek gambar tu satu kemestian. Kali ni kitorang bawak 'Pakcik Olympus' aje..

Hmm, baru semua pandang 'pakcik Olympus'..

Dah abes bergambar..sambung berborak balik.

Uish, tengok tu!! Beborak sampai tak ingat jam dah..

Ape ke benda laa topik yg kitorang syok berborak ni yek..??

Pertemuan kitorang tu bersurai nak dekat kul 4 petang gak laa. Along dah moncong pasal tadi kitorang tak jadi nak tengok ICE AGE 3 kat GSC.
Aleh-aleh..ibu yg dok sembang lama2. Bukan apa..ICE AGE tiket kul 2 ptg dah abes. GSC pun ada 3 aje kat situ. Tayangan selanjutnya kul 3.30 petang lak. Mmg tak sempat laa pun. Nak balik ke Pengkalan Hulu makan masa sejam lebih gak.

Lepas singgah kat petronas SP..aku amek alih stering. Abang titon sebelah. Dah letih, katanya. Aku pun memandu laa ngan berhemahnya. Tapi perjalanan balik ni..kenderaan melalui Kuala Ketil ni dah mula sesak. Tambah2 time ujan2 pulak tu. Adoih, ngan lori bawak tersangat perlahannya..(jalan kaki lagi laju). Keta tunggu giliran nak memotong punyalah panjang. Pulak tu..jalan kat situ punyalah payah nak jumpa line putus2, hmm. Sepanjang2 tu double line aje! Time aku dah ada chance memotong..apa lagi..jgn lepaskan peluang! ngeh2..

Nak ikutkan kalo ujan cenggitu..double line jln lurus tu leh aje kalo aku nak memotong pasal 'traffik' selalunya alah hujan, (hehe)..tapi aku ni pemandu berhemah. Lagipun aku ni sayang duit. Kot laa nasib tak baik..ada la pulak 'traffik' jaga cari saman time ujan cenggitu..adoi!
Jadinya, aku pun iiikut laa bontot lori sampai dah jumpa line putus..(seperti yg dah belajar dlm teori memandu 13 tahun dulu, hehe).
Aku tengok keta2 lain pun berhemah cam aku gak. Semua tak memotong lori time double line. Jumpa line putus..baru diorang wat keje memotong (tanpa menggunakan sebarang peralatan tajam tu, hehe). Tu yg buat aku lagi suspens kot2 situ mmg kawasan feveret 'traffik', kn? Aku mana lah tau..aku bkn org situ.

Sampai bandar Baling, kitorang sempat singgah beli biskut2 dan coklat utk stok along kt hostel. Pastu singgah lak pekena duyan kat tepi jalan Baling-PH (seperti yg dah diceritakan kat atas).
Lepas tu..baru laa hantar along ke hostel..
On the way nak balik tu..kitorang singgah bandar Baling lg. Nak beli kain langsir kat situ. Utk 3 pintu bilik aje pun.

Sampai umah dah jam 10.30 malam..

nota;
Takde rezeki aku nak jumpa Zura dari ceritayanzur.blogspot.com kat Baling hari tu. InsyaAllah, ada rezeki...lain kali laa tu.

Hmm..ni aku letak elok2 award yg Rinna rinnamanja.blogspot.com bagi. TQ Rinna, tq..Haiqal Firdaus..

8 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

ya la kak....x sempat kite bjumpa...timing x kena ek...kekeke..
~owhh bkelah doyan ek kt Baling...

Eta LaZiM said...

waaa... anak DEPA Genius.. masuk MRSM lagi... TAHNIAH!!

Suke ek Doyan? Kat umah ni kureng sikit...

ibu_umairah said...

akak..nanti send email kat as!!!!ok

Gieyana said...

wahhh..mesti sedap bila bkelah duyan kan...
~ Iklan sat...Nureen tue kt photo jer nmpak photogenik...kalau x luar tue besa2 jer..:D

ALoNa CintamaniszLite said...

Zura;
Tak pe..kalo ada jodoh nak jumpa..tak ke mana, hehe..
Akak semalam pun tak sempat nak singgah pesta buku kat dewan tun abdul razak (betul ke?) kat bandar tu hehe..

MamaQaypo;
Lorr..kureng duyan?? alahai, ruginya. Tu kalo ada kengkawan bagi lebih2 tu..past2 laa kitorang, hehe.

Hmm..takde laa smpai ke tahap genius. Boleh laa. Lagi pun rezeki Along dpt masuk situ dan yg penting dia pun berminat.
Tiap2 anak ada kelebihannya. Adik2 dia kurang sket dlm akademik tapi diorang ada kelebihan tang lain lak..hehe.

Ibu Umairah; nanti akak kasi add emel yek..

TQ SEMUA COZ SUDI TINGGALKAN KOMEN.

ALoNa CintamaniszLite said...

Gie; ha'ah..mmg best kelah2 duyan kat pondok org lain ni..hehe.

anaklaut said...

salam..


beshnya makan nasi ngan tompoyak ni..murahnya rezeki ada orang bagi durian..

ada lebih tempoyak tu hulur la kat anaklaut sama.:))

tq sudi singgah anaklaut

Suziey Ahmad said...

seb bek xdpt jmpe zura..xdela sy jeles..ekekke:D sy pn nk sgt jmpe si zura nih..cewah...msti kemabng zura tetiba rs glamor org nk jmpe ..ehheh:p
waa jmpe kwn lama mengimbas memori ke..hehe:p