Wednesday, November 25, 2009

Ia mmg sedappppp...

Bunga pokok kunyit...
Dua kuntum bunga pokok kunyit dlm gambar tu aku beli pagi tadi kat depan kedai proses ayam tu. Isteri tokey kedai repair moto tu yg bukak meja jual. Ada serai, kerisik, bunga kantan, kunyit, daun kunyit, lengkuas, kelapa parut..Maklum ler Jumaat ni kan nak sambut AidilAdha. Ramai ler yg dh mula beli ayam kat tempat proses ayam tu. Jadi, dia amek kesempatan bukak meja meniaga mende2 ni.

Aku nampak aje kuntum bunga pokok kunyit ni...apalagi, beli ler 2 kuntum. Sekuntum 50posen. Hmm...berselera ler aku makan nasik ni karang. Adeii...

Uii...sedap tak terkata bila dibuat ulam. Makan pulak ngan nasik panas...pergh!!! Disiat selai demi selai..uiii....sedap tak terkata.
Khasiatnya sgt bagus utk org pempuan..


Aku mula makan ulam ni masa mak mentua aku memperkenalkan kat aku. Mula2 aku siat selai kelopak dia..baunya...hmmm, sgt menarik. Bau daun kunyit ler..hehe..
Aku try makan ngan nasik...pergh!! tak cukup sekuntum beb!!
Bunga ni selalu keluar masa pokok2 kunyit dah tua rasanya.


BUAH KASAI
Gambo ni aku amek dari FP kak MadihaA. Aku dh mintak izin dia dulu tau. Sebelum aku tgk gambo ni kat FP dia...aku dh lupa terus tentang buah ni. Syukur ler kak Madihaa ada wat entry kat FP dia pasal buah kasai yg diamek di kampung suami dia kat Raub ni. Jadi, terus aku tingat balik tentang kewujudan buah utan ni. Dah lama betul tak jumpa apatah lagi nak merasa...
Uii...buah ni susah nak dpt woo. Spesis buah utan ni. Tekak aku ni mmg dh sejak kecik dibiasakan dgn makan buah2 utan cenggini. Tp buah kasai ni mmg susah nak jumpa di pasaran. Kalo buah salak, buah kelubi tu...byk ler. Sebab dh popular dijadikan jeruk. Buah berangan pun sama ler dah popular. Tambah2 kalo kat Genting Sempah tu...ada aje cina2 bukak payung jual buah berangan.
Isi buah kasai ni...sedap. Ari tu aku tanya ayah tak jumpa ke buah kasai bila ayah masuk utan. Ayah cakap...buah kasai kat Bentong dh langsai...hehe..sebab pokok buah kasai dah takde. Kalo ada pun susah nak jumpa. Kat laman2 umah org pun...dorang dh tak simpan pokok buah kasai ni..sebab pokok dia bagak. Pastu, buah dia tak dikomersilkan pulak tu. Sama ler nasib ngan buah keranji.

8 comments:

makdara terdiva said...

akak..dua2 benda tu sy penah mkn..
yg bunga tu mmg sedap buat ulam..skrg susah nk dpt..uhuk uhuk..akak pos kat cni bole??bole la..bole la..bole la eh??(smbl lentok2kan pale..) :)

yg buah kasai tu..die msm2 ckit..mmg kat utan je bole dpt..

ikiqzana said...

bunga pokok kunyit gan buah kasai mmg x pernah dengar... maklum la ddk kt kl..

tapi buah gan sayur kpg mmg berhasiat.

zura@iwan said...

x penah mkn lg la ulam kunyit tuh..

POSH76 said...

nice info...tak pernah tngk langsung kedua2nyer.....mana nak carik yer...sy mmg kaki ULAM....hehe

sis yang bunga kunyit tu apa rahsia nyer...hehe

wantie said...

Ya allah kak Alona.. dah lama kita dok cari buah kasai tuh.. dah berliur nengok ni.

Masa kecik dulu buah kasai ni la kegemaran . Sib baik tak ngandung kak oi.. kalau tak jenuh la asben nak masuk utan cari....

wantie said...

Dulu kan.. kat Sik, Kedah banyak buah kasai ni.

Bunga kunyit tu, cek suka gak. tapi susah sangat nak dapat. pokok kunyit kat bakang umah mak pun tak mau berbunga ler...

Rinna said...

1st taim tgk bunga daun kunyit ngan buah kasai tuh.. tak penah makan langsung.. Tq for the info.. lain kali kalau jumpa harus cuba makan.. :)

cik EPAL said...

tak pernah tengok...pestime ;)