Monday, May 2, 2011

Singgah sebentar di Muzium Perak

Di mana ye Muzium Perak?
Hmm..terkadang..orang Perak sendiri tak tau kat mana lokasinya Muzium Perak ni. Malah yg menyedihkan..org Taiping sendiri tak tau kat mana bila disebut penuh Muzium Perak. Dorang cuma tau..yg tersergam depan penjara Taiping itu adalah muzium sj.
(Taiping ada satu lagi muzium yg popular iaitu Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim)

23 April 2011
Sabtu

Hari tu..Angah dan Akiss skolah utk ganti cuti Deepavali yg lambat lg nk menjelma tu, hehe.
Selesai hantar Angah dan OTW terus nk gi amek Akiss (balik sekolah) pulak...aku ngan abang pun singgah ler menggunakan masa sebaiknya kat Muzium Perak ni (OTW aje dari SMKE tu ke TMGS primary, hehe) sementara tunggu jam kul 1 petang waktu Akiss abes waktu persekolahan ari tu.

Ni ler tersergam indah bangunan yg dijaga sebaiknya oleh pihak muzium. Mcm2 ada kat luar tu, tugu, kepala keretapi lama, kapal terbang kecik dll. Tp tak sempat ler nak amek gambo semua memandangkan waktu yg sgt terhad dan cuma menggunakan kamera hp abg aje..kehkeh.
Sebenarnya, luar perkarangan muzium ni selalu dijadikan lokasi fotografi utk perkahwinan, hehe..
Tu laa..menarik tak menariknya Muzium Perak ni, kan. MARILAH BERKUNJUNG KE MUZIUM PERAK..hehe..

Muzium Perak ni adalah muzium pertama kat Malaysia, ye adik2..hehe..
Meh ler gi muzium ni. Masuk free aje tau!!

Kitorang sengaja masuk muzium hari tu sbbnyer..lepas dorang dh renovate kat area dlm muzium tu..tak penah berkesempatan nk tgk perubahannyer lagi.

Sekali pandang..mcm betui je budak2 tu tgk pandang aku, kehkeh..

Ni ler antara pengisian baru yg ada terpamer di dlm muzium tersebut.

Naik kat tingkat atas..kena tanggal kasut. Ada rak kasut yg mencukupi kat tepi tangga tu. Dan ada jugak pak pengawal yg menjaga di depan tangga tu, hehe. Mgkn nk memastikan pengunjung tak naik atas ngan berkasut dan sekaligus dia menjaga kasut2 tersebut, kehkeh..

Ini antara yg terdapat kat tingkat atas. Dan terdapat juga pameran2 menarik yg lain. Nak tau..gi ler sendiri melawat, hehe. Tp mcm biasa laa..jarang betui orang yg suka ke muzium kalo sesaje laa nk jalan2 masuk kat dlm dan tgk pameran2 tersebut.
Yg meramaikan pun adalah pengunjung yg datang berombongan..antara destinasi 'terpaksa'..hehe..
Jgn laa suatu hari nanti....muzium ini terus sepiiii dan terpinggir dari kunjungan org ramai. Muzium adalah tempat penyimpanan brg2 khazanah dan informasi2 tentang sejarah asal usul bangsa, budaya dan pelbagai yg tak penah kita jumpai atau ketahui pun sebelum2 ni.

Tgk...rekaan unik tangga kayu yg masih terpelihara di dalam muzium ni. Senibina muzium ni juga adalah sebahagian daripada subjek pameran di muzium tersebut.

Info;
Tak semestinya bila dgr Muzium Perak...lokasinya mesti terletak di ibu negeri, ye..
Muzium Perak terletak di Taiping..hehe..

9 comments:

Gieyana said...

ritu ms gi Tepeng da masuk gak muzium nie..tp tak leh tgk kesemuanya psl under renovation..

Unknown said...

tringin nak kesana...

Unknown said...

kalau singgah perak wajib pi ni

Suziey Ahmad said...

klu balik tepeng slalu lalu tp xpnh masuk..haahahaha:D cantik la gbr kt tangga tu:p

Kamsiah yusoff said...

salam pernah sekali kesini...masa opis hubby buat family day kat lost world,tambun...otw singgah kat muzium ni

Anonymous said...

biasa org luar yg rajin masuk muzium2 ni kan kak? tp bila dah masuk tu perasan mcm kita hidup di zaman dulukala la pulak...

ahahahah!!

Anonymous said...

saya pun baru tau..haha!

Rinna said...

Saya nie namanyaa kawin ngan owang perak..tapi tak penah lagi sampai ke muzium perak..hehehe..

cikbedahlaser said...

aritu x smpat nk singgah.. dpt g yg kt mana tu.. lupe dah.. hehehe