Wednesday, August 24, 2011

Ini ceritaku bkn ceritamu...

Berbuka puasa
Alhamdulillah..dh 24 hari dlm bulan Ramadhan 1432H ni kitorang sekeluarga mencipta rekod sampai hari ni tak berbuka puasa di luar lagi. Masih belom pecah rekod. Masih berbuka puasa kat rumah sendiri. Bg kitorang sekeluarga lebih suka berbuka puasa kat rumah lagi. Wlpn tanpa lauk pauk yg meriah asalkan ada buah tembikai sudah best sgt dh, hahaha. (selalu kena gi Econsave cari buah tembikai pasal yg jual kat pasar Ramadan tu RM2 sekilo. Mahaiii kalo nk beli sebijik. Kitorang sekeluarga ni mana cukup beli sekilo dua. Mesti beli sebijik tembikai tu. Sebijik tu pun dua hari je dh boleh abes. Mana taknya...sahur pun kitorang pulun tembikai, hehe)

Lagipun...kat umah aje takyah ler nk pakai tudung, baju lawa ke hapa. Memadai ngan t-shirt berkain batik, berpelekat..dh selesa sgt dh. Kalo makan kat luar..jenoh ler ko tgk aku..aku tgk ko waktu nk berbuka pose tu, huhu..(tu pengalaman kitorang laa waktu berbuka pose kat gerai ataupun restoran biasa. Kat tempat2 eksklusif belom penah lagi laa, hihi)

Mcm tahun lepas..ada sekali berbuka pose kat luar sbb hantar along balik hostel...waktu berbuka pose sewaktu dlm perjalanan kitorang balik ke rumah.
**Berbuka pose ngan roti dan air kotak kat dlm kereta terlebih dulu, pastu baru singgah kat Restoran Tom Yam carik nasik, hehehe.

SHELL
Dah lama aku nk try isi minyak shell kat kancil tp tak berkesempatan sbb kat Kamunting ni stesen SHELL cuma satu aje. Kalo nk isi tu kira jauh jgk lah kalo nk dibandingkan ngan stesen CALTEX & Petronas.
Tp minggu lepas, dpt jgk laa aku taruk kancil ngan petrol dari SHELL. Aku mmg tau ramai yg kata SHELL ni minyaknya bagus. Tp aku suka isi kat CALTEX sbb mudah dan minyaknya pun menjimatkan lah jgk jika nk dibandingkan ngan Petronas.
Tu nk citer pengalaman guna minyak Shell ni. Mmg terasa laa perbezaannya. Pemanduan tu rasa smooth aje enjinnya. Abg pun setuju. Jd, lepas2 tu aku rasa mcm rugi lak nk isi petrol kat stesen lain...hehe. Ada kesempatan lepas amek Angah tu..kena la melalui jalan Kamunting semata-mata nk isi petrol kat Shell walaupun ikut Taman Lake View lagi senang nk sampai umah, hehe.
*hari tu..abg pun gi isi motor EX5 nya ngan SHELL. Sanggup pusing2 kerana nk isi minyak Shell tu, huhu. Motor pun sama..smooth jer enjin bila bwk...
**Abg kata..Alza pun nk taruk SHELL masa nk balik Bentong nanti, hehe..
***Tapi tak tau ler sampai bila sanggup melayan sbb umah kitorang ni lebih hampir ngan Caltex dan Petronas, heheh.
.

4 comments:

Rinna said...

Betul laa..tuh berbuka pose kat umah lebih selesa..dan santai jerk..kan.. :)

attyfir said...

aty ada dah sekali bukak kat luar , masa meneman kan anak2 sopink..

tp buka kat luar ni leceh..nanti nak solat lagi..kalo kat umah ..selesa skit.

eynda said...

Betul berbuka kat rumah lagi selesa... :-)

Anonymous said...

hahaha..saya pon blm ada berbuka kat luar. beli makanan dari luar tu adalah!..mmg selalu.

Sya memula dulu pakai Petronas..dah lama pakai, try pakai shell. Mmg jimat. Tapi enjin kereta jd kurang baik. Bila tutup suis enjin kereta..dia ada bunyik lagi, mcm 'terbatuk2' gitu.

Bila rujuk kat abg saya yg mmg pomen enjin kereta ni..dia kata molekul dlm myk tu tak sama. Tu yg terbatuk2. Klu dibiarkan nnt enjin rosak. Dia suruh saya pakai balik Petronas..

tapi klu kereta akak boleh terima takde batuk2..ok lah kot!