Monday, February 6, 2012

Sepetang di Menara Condong, Teluk Intan

05 Februari 2012
Ahad

Hari tu adalah hari Maulidurrasul..
Sebenarnya, plan nk cuti2 merehatkan minda kat tempat lain tp kena ubah plan bila tempat penginapan utk diinap oleh ahli keluarga yg ramai serta boleh memasak kat situ dh fully booked. Mmg ngaku ler yg kitorang ni buat2 tak peka ngan perubahan rakyat Malaysia skang ni yg lebih suka bercuti makan angin bila ada cuti2 panjang, hehe..Bkn tak tau, tp sj nk coba nasib, hahaha.. Namun nasib tak menyebelahi pun. Tu yg leh ke Teluk Intan tu.

Ke menara condong ni aku ler yg punya pasal, hehe. Nk sgt tgk menara condong ni. Bkn pe, leh anak2 aku pun tgk mcm mana rupanya menara condong yg beberapa buah jer pun ada kat dunia ni.

Kat Teluk Intan ni mcm takde apa yg menarik sgt utk sektor pelancongan selain menara condong ni. Tp mmg tak sepatutnya la kalo org Teluk Intan sendiri kata bkn ada apa pun menara condong tu!! ish..ish..(bkn semuanya, ye...hanya segelintir jer ni, ngee)
Sepatutnya dorang kena berbangga tau!! Bkn byk bangunan mcm ni ada kat dlm dunia ni. Yg paling terkenal adalah menara PISA.
Dikatakan pula, menara yg pd awalnya adalah sebuah tangki air di Teluk Intan ni adalah yg kedua condong setelah menara condong PISA. Tak bangga ke kat Malaysia pun ada menara condong yg sehingga skang tidak rebah ke bumi & kita berpeluang utk melihat sendiri??
Mengikut sejarah...ia sebenarnya adalah sebuah bangunan yg tegak tetapi menjadi condong setelah banjir besar yg berlaku kat situ sehingga menenggelamkan bangunan yg berat dgn tangki air tu. Kecondongannya telah menjadikan ia sebuah bangunan yg unik. 
Kita tak payah nk gi ke luar negara utk melihat menara condong, kan...tp kalo org perleceh2 bila org nk tgk bangunan ni, ntah laa!!!!

Kalo nk tau...tapak menara ni sebenarnya adalah sebuah terusan yg telah ditimbus. Tu yg leh memberi kesan kemendapan bangunan sehingga menyenget apabila banjir terjadi di kawasan tersebut.

Jd, sukahati kitorang ler nk gi sini, kan, huhu. Ni ler pertama kali aku sampai ke Teluk Intan dan melihat persekitaran jalan yg kitorang lalui. Jauh jgk rupa2nya. Dari Ipoh pun satu jam lebih. Kalo dari Taiping?? ish..ish..
Lepas ni..tak tau ler bila pulak nk sampai ke sini??

Aku jd model abg & ada jgk aku sendiri yg mintak nk jadi model, huhu.. Tp sebenarnya aku yg beriya2 nk bawak kamera tu konon2 aku ler yg nak shoot nanti, haha.
Petang tu..ramai jgk yg dtg melawat menara ni. Kebanyakannya berbaju kurung menandakan dorang ni baru lepas makan kenduri, hehe. Betoii...ramai singgah situ mmg datang dari majlis perkahwinan. Jd, dorang pun mengambil kesempatan terus melawat menara senget ni, hihi.
Tahan menara jgn bagi condong lagi, hihi..
Tak mcm kitorang...yg sememangnya datang sini semata2 utk tgk menara ni. Bkn jgk faktor imej ponti yg dikatakan baru2 ni...sebenarnya aku mmg tak tau menahu pun psl imej tu. Masa on the way...abg yg dok citer. Laa!!!

Along masammm, hehe..
Kat sini MPTI ada buat ala2 dataran utk pengunjung bebas bergambar atau melihat keunikan bangunan menara senget tersebut.
Bg aku...di ruang dataran memanjang dan luas tu lah lebih terserlah kesengetan menara ni dari sudut2 lain.
Ngan angah masammm!!! hihi..
Aku ngan suami tercayang...timakasih sebab sudi nk bawak aku jenjalan tgk menara ni, hehe. Sebenarnya, abg pun tak penah sampai tang menara ni. Kalo ke Teluk Intan tu abg penah laa datang tp utk bertugas. Jd, tak berpeluang nk ke menara ni pun.
Buat pose ala2 pengantin baru, di luar pintu boleh?? Anak yg jd fotografer, kahkah..
Kat ngan menara ni terdapat ler Kompleks Menara Condong..ntah apa ler ada kat dlm. Mgkn mcm arked aje ler. Yui ngan Akiss jer yg masuk situ cari tandas, hahaha..
Bergambar ngan Akiss & Yui yg baru balik dari tandas, hehe...
Akiss dan kakak Yui...
Ni budak2 ni baru balik dari kenduri kawen kawan dorang gayanya. Amek kesempatan singgah sini jgk ler.
Opps...sape2 yg gi sini mgkn akan terjumpa apek ni meronda ngan beskal dia lepas tu dia ckp, "selamat sejahtera cikgu (pandai dia amek hati, panggil cikgu ni nampak mulia laa sket, hehe). Mintak sikit makan...mee rebus ke (demand woo!!), roti canai ke, teh ke...". Kekadang dia panggil kita cikgu, kang terjumpa lagi dia panggil kita sifu...ish..ish. Tu pun ada yg bg dia singgit dua & dh cukup nk beli roti canai serta minum teh tp dia round pi mintak kat orang lain pulak.
Kalo sehari dia leh dpt berapa RM kalo semua bg dia RM1?? Rasanya bkn dia boleh beli mee rebus aje, mgkn dia boleh bayar loan umah tiap2 bulan, huhu.. Kat kitorang ni 3-4x dia mintak. Bila kita buat tak layan...dia akan ngekorrr aje. Sape yg tak tahan tu...dia akan hulurlah jugak RM1 dua. Tp kang dia dh pusing2 mintak kat org lain...dia akan gi lg kat org tu..aduii. Aku rasa...MPTI pun tak boleh nk kawal dh aktiviti apek yg mengganggu pelancong mcm kitorang ni nk bersenang2 amek gambar kat menara tu, huhu. Pandai2 korang ler, eh!!
Gambar ni pulak adalah dari sudut lain iaitu berdepan ngan kompleks bersebelahan. Tp takde ler nampak menara ni senget mcm ni sgt, hihi..
Fuhh..tiup..tiup..
Akiss ni ada kelas tuisyen pg tu...sampai kul 12.30 tengahari. Amek jer dia terus kitorang bertolak ke Ipoh terlebih dulu utk singgah kat Pengkalan.
Dua gambar di atas ni adalah pembalikan imej di cermin kaca bangunan kompleks..

Aduhaii...budak ni pun satu kisah. Tgh kitorang sebok2 citer psl apa menara ni leh jd senget dan condong tetiba dia nyampuk!! Kalo dia nyampuk mengatakan tentang fakta yg benar tak mengapa. Tp dia bgtau kitorang perkara yg salah...

Menurut budak ni, sebenarnya menara ni mmg dibina menyenget, kahkah. Kelakar betol.
Nak tau tak, atas alasan apa tau dia kata bangunan tu mmg dibina senget?? Dia soh kitorang tgk cara batu bata yg jadi pemegang bangunan menara ni kat belah bawah tu disusun. Dia kata...yg belah sana batu-batanya mgkn dlm 16 biji...yg kat sebelah sini batu bata tu lebih kurang ada 20 lebih disusun tinggi.. Aduii, camne tu?? Ada ke dia kira mcm tu?? Dia tak tau sejarah ke?? Mesti itu adalah pendapat dari pemikiran relevan dia sendiri, pendapat peribadi yg dia rasakan betul dan org lain perlu tahu pendapat dia tu. Aduhaii!!!
Aku mcm rasa budak ni sj dok kat kitorang tu lelama sbb dia nk tunggu kitorang citer psl menara tu!! Pastu, dia tunggu nk menyampuk utk menyatakan pendirian dia psl apa menara tu senget!!! kehkeh....

Mujur ler kitorang ni pun tak senget mcm menara tu nak gi ngira lak batu-bata kat bawah menara condong tu, kohkoh!!!

Gambar kat bawah ni lak pandangan menara dari sudut jam besar. Menara ni jugak dikenali ngan menara jam besar. Penah terpilih utk dijadikan setem pd koleksi khas menara2 jam besar di Malaysia. Aku ada koleksi setem tu, mm..
Kitorang rehat situ nk hilangkan dahaga sebenarnya..tp dh alang2 terus makan ler. Balik umah dh letih nk masak bagai, huhu. Tp menara tu takde ler menyeget sgt mcm dlm gambar ni sebenarnya, hehe. Abg tu yg pegang kamera menyenget, hihi..
Abg sedang menikmati lai chi kang sambil memandang keunikan menara condong di hadapan, hehe..iyo sangat laa tu??
Sebenarnya menara ni leh masuk utk dilawat tetapi hari tu hari cuti katanya...jd takleh ler nk masuk sebab pengurusan menara ni diurus oleh MPTI sendiri, kata budak senget kat atas tu lg, hehe..
Ntah ler, aku pun tak tau kebenarannya psl kalo gugel imej menara ni....ada ler 2-3 keping gambar orang dari dlm menara. Yg lain semuanya gambar kat luar aje. Apa lak kata orang yg tau psl hal ni?? Betui ke org ramai dibenarkan naik menara ni??

Ada wifi kat sekitar menara ni, hehe..
Hari tu mmg kalut ler jgk. Kat Teluk Intan tu pun cuma 3 jam jer. Tu pun tak sampai 3 jam kot. Kitorang ni sebenarnya nk gi Kompleks Pasir Salak bawak anak2 tgk sejarah JWW Birch mati dibunuh oleh Datuk Maharajalela...dah alang2 sampai ke area situ tp nk wat camne...mmg spoil betol!!! mm...
Tu ntah bila ler nk sampai ke area situ lagi, ntah ler ye?? Ada rezeki sampai ler kat Kompleks Pasir Salak tu pulak suatu hari nanti.

Balik tu kitorang ikut Kampar laa pulak. Baru tu ler aku tengok tempat yg bernama Langkap, Mambang Di Awan dan beberapa ler nama2 tempat lain seperti Chikus, Chenderong Balai. Singgah Degong jap makan lepat labu. Sedap rupa2nya lepat labu ni, mm..

Kampar ke Ipoh tu penah ler aku lalu ikut jalan tu...Kan ke ianya merupakan jalan tanpa tol kalo menghala ke Kolumpo tu, hehe..
Kalo awal lagi..leh gak nk nyinggah2 Gua Tempurung. Bbrp tahun dulu dh penah gi sekali....nk gak tgk camne keadaan area perkarangannya skang.Makin best ke?? Tp masa tak mengizinkan. Lain kali lah.

Dh hantar kak nor & yeop amek van kat ngan Tesco Pengkalan tu...kitorang pun balik ler asing2. Kul 9 malam gak ler sampainya..

Tamat kisah ini..timakasih.

Nota Alona:
-Dh namanya gi tgk menara condong...gambar2nya pun mmg kat menara tu aje ler, hehe..

5 comments:

ibuayu said...

ibuayu pun pernah ke menara condong ni..memang best seronok posing je...

atty's said...

aty pnh g skali,masa kecik dulu,bila tgk entry alona ni,kobar2 nk g sana

mamawana said...

comelnyer foto2 anak beranak nih.

http://nurqasehbiz.blogspot.com/2012/02/selamat-tinggal-kota-raya.html

wantie said...

Tu la kan. ada org yg pandai ubah fakta sampai leh buat org lain percaya.

Hubby T selalu ckp yg omputih tu suka dok reka reka fakta mengikut pendapat dorang. cthnya ttg dinesor, ttg bulan le bagainya. pas tu org len dok percaya tak hengat.

firuz said...

kak, ujung tahun leh dtg lagi :D