Tuesday, October 21, 2014

Bertugas di SP

18.10.2014
SABTU

Hari tu dari umah............dalam kul 9 pagi kitorang dh gerak ke Sg. Petani.
Walaupun peta dh ada dan gps pun digunakan...tp risau jgk nanti tersangkut kat hiway...lambat lak sampai ke majlisnya. OP kena sampai awal. Cuma kitorang takde laa risau sangat sbb rombongan pengantin perempuan pun pagi tu dari Taiping jugak geraknya. Nak mekap...siap...semuanya kat Taiping tu, hehe..

Kitorang sampai awal ni senang. Byk moment leh kitorang amek.
Dah laa posing dlm bilik utk 2-2 umah takde. Kat Taiping takde...kat SP pun takde. Jadinya, gambar2 moment ni perlu utk kitorang wat spare.
Alhamdulillah...sampai awal. Tuan umah ada buat majlis tahlil masa tu. Dapat kitorang gambo momen majlis tu, kan?? :)
Tuan umah pun tak sangka kitorang senang jer nak jumpa umah dia, hahaha..
InsyaAllah, kitorang mmg biasa jadi pembaca peta ni, hihi..

Kul 2 petang...hari dh ujan. Mmg risau laa ngan sesi outdoor ni.
Walaupun majlis kat umah pengantin lelaki tu tak abes lagi...tapi tgk ujan tu mmg takde tanda nak berhenti langsung. 
Akhirnya...kul 5 petang...kitorang redah jgk laa. Mujur laa kali ni 2-2 pengantin ni spotingnya banyak sket dari minggu lepas.
Kitorang shooting outdoor kat jeti Semeling tu jer....Walaupun ada yg berbumbung namun berbasah tu sudah tentulah. Tapi itu saja pilihan. Mujur pengantin pun tak banyak karenah....asal gambo dorang lawa itu adalah berbaloi.
Abes sesi outdoor dh dekat kul 7 petang. Hujan masih lebat. Memandangkan kitorang pun ada bawak spare baju utk bermalam...maka kitorang pun cari laa hotel atau motel bajet utk bermalam. Leh membersihkan diri..rehat2. Dah laa kepala kena hujan masa sesi outdoor tadi.

Malam tu...keluar jap nak cari makan. Mula2 gi kat Amanjaya Mall. Dekat jer ngan motel penginapan kitorang tu. Kebetulan lak ada festival kerja kawen kat situ. Leh laa tengok2 orang utara punya pakej OP ni...
Dh kena pakai tudung utk esok...sbb tudung siang td tu dh basah kena ujan. Bawak tu aje laa pun spare, hehe..
Dh naik kat food court dorang....takde yg menarik langsung. Byk menu2 yg dibuat senarai takde lak ari tu. Mgkn laa orang ramai kot ari tu. Kitorang gi situ pun dh dekat kul 9 malam.

Terus ler gi cari medan selera kat Taman Ria tu pulak..
Main redah jer ikut gps dalam kepala ni. Alhamdulilllah, senang jer nak jumpa.
Ujan masih lagi lebat....tapi kitorang masih mampu nak gi cari kedai yg best sket, hehe..
Ada satu kedai tu...western pun ada....masakan panas biasa pun ada. Menarik sket nampak kerusi mejanya. Tapi aku terlupa lak nama kedai tu nak bagitau kat sini, hehe. Masakan pun sedap...oder siap pun tak lama nak tunggu walaupun kat gerai dia ramai pelanggan.
Oder sate ayam & daging dari gerai lain...sedap jgk. 60sen satu cucuk...
Lepas makan terus balik bilik motel. Badan ni perlukan rehat. Siang tadi dh kerah tenaga wat keje. Malam tu tido lena jer laa kitorang tiga beranak ni..

Esok tu..kul 10 lebih dah check out bilik.
Nak jumpa kawan lama aku...penah jadi jiran dan satu sekolah rendah. Berpisah sbb dia pindah ke SP ikut keluarga dia masa kitorang darjah 5. 
Ni laa motelnya.
Memang bajet...RM70 semalam. Tp keadaan bilik bersih, bilik air bersih, ada tv walaupun siaran biasa. Rasanya ni milik orang Islam ni...

Pagi tu kitorang ingat nak bersarapan pagi jer kat medan selera Taman Ria tu jgk...tp takde gerai yg bukak utk sarapan pagi kat situ. Aku dh nampak gerai nasik campur. Lauk pun sedap2 weii...terutama sambal kelempong ngan sambal tumis garing tu...phew!! Mmg citarasa aku tul....
Dulu dh penah dh makan tengahari kat sini...lama dh laa. Masa tu Yui masih belajar kat UiTM Merbok lagi. Datang sini ngan van...ada abah, mak...kak nor bagai...
Ni pinggan aku. Walaupun tengok gambar jer...masih leh terbayang kesedapan masakannya, nyum!!!
Along muka dh kenyang, hehe.. Belakang tu ler deretan lauk pauknya yg menyelerakan..
Akhirnya...rezeki aku setelah dh jumpa Hafizah dulu kat Lenggong....kini dpt lak jumpa Samrah Karimah kat SP. Dia dh menetap kat sini selepas somi dia dh pencen tentera.
Berjumpa dan bergambar kat sini aje sbb kitorang nak gi tempat lain lak lepas ni.
Bergambar ngan Samrah dan suaminya...Aku mmg over sikit, kehkeh..
InsyaAllah, ada rezeki lagi leh jumpa lama2 sket.
Kitorang nak gi Gunung Jerai lak. Alang2 dh sampai ke SP ni...tiada ruginya kalo lajak sket ke Gurun, hehe.
Tapi sebelum ke Gurun...kitorang ke Semeling dulu. Aku nak beli lokan fresh2 kat situ. RM2 jer sekilo. Jadi beli 7kg. Nak bagi mak dan kak nor jugak.

**ada jgk kontek Piluih, anak sedara yg belajar kat UiTM Merbok tu....nak ajak dia gi makan2. Tp tak leh join sbb dia ada test hari Ahad tu..

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, Allah beri rezeki.

No comments: