Monday, October 6, 2014

Majlis Graduasi Angah

03.10.2014
JUMAAT

Pagi tu kul 7.30 aku dh memecut ngan sang kancil ke Lenggong.
Abang tak gi sebab tengahari nanti nak kena pi amek akiss lak kat Transkrian.

Aku sampai sana...dewan masih lom penoh. Byk lagi tempat kosong.
Mgkn sebab majlis tu tak dibuat sekali ngan majlis graduasi form 3 macam along kat Pengkalan Hulu dulu....penoh sepenoh2nya dewan. Kusi pun susun rapat2. Sampaikan ada disediakan khemah kat luar utk ahli keluarga yg dtg lebih muatan ni, huhu...

Majlis angah ni...susunan kerusi pun lapang sket. Dan takde kerusi khas utk ibubapa yg anaknya dalam golongan paling cemerlang mcm yg Taiping buat tahun lepas. Aku pun masih leh dpt dok kerusi di antara barisan awal di depan.
Aku tercari2 mana ler angah ni. Tp tak sangka lak rupa2nya dia dok sebaris ngan aku tp dia di sebelah sana laa..bahagian pelajar2 yg bakal graduasi nanti.
Alhamdulillah, walaupun angah bukan penerima di kelas pertama seperti along tahun lepas...tetapi peningkatan angah mmg membanggakan kami. Angah dpt TPNG 3.31 dan kedudukan ke-51 dari 140 lebih pelajar form 5 di situ.

Bila aku datang sorang ni...susah jgk nak tangkap gambo, huhu. Selalunya bila ada abang...abang lebih cekap cari sudut terbaik utk ambil gambo ni. Maklum ler...nampak jer majlis mcm ni tp ibubapa tidak dibenarkan amek gambo melebihi dari kawasan yg dibenarkan.
Ok...sampai giliran angah naik pentas..
Ni jer yg terbaik leh aku amek gambo, hehe. Lgpun aku cuma bawak Sony Nex aje...
Takpe..nanti dorang akan dapat gambar yg telah dirakamkan oleh official photografer..
Kat sini pun ada persembahan iringan gamelan.
Dan ada jgk persembahan band dari pelajar2 form 4.. Angah kata baru tahun ni kelab ni ditubuhkan.
Nampak tak angah??
Para SENAT mengambil gambar dulu sebelum majlis berakhir.
Dah selesai...aku terus gamit angah utk bergambar di pentas, hehe..
Semua utk kenangan angah jugak nanti.
Anak MARA..
Ok, bila abang takde skali kena ler aku selfie ngan SONY NEX...
Lepas2 tu leh bawak angah balik utk berhari raya AidilAdha.
Tahniah angah. Ibu & abah sentiasa mendoakan yg terbaik utk angah juga along dan akiss di dunia dan akhirat..
Usaha dan terus berusaha utk dapat apa yg angah impikan.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...

1 comment:

attyfir said...

Tahniah Angah, semoga terus berjaya dunia akhirat.amen