SABTU
Kitorang memulakan perjalanan dari Taiping ke Jeti Kuala Besut, Terengganu jam 3 pagi, hahaha..
Paginya...kan?? Aku malam tu mmg tak tido ler sbb mata ni dh biasa tido lambat, susah nak tido awal. Tambah2 otak ni dh tau esoknya nak gi cuti2, kan..hehe.. Abang lak tido awal sbb nak memandu. Anak2 aku tido kul 12 malam...ada yg kul 1 pagi baru nak tido, adoii. Susah jer nak kejut dorang kul 2 pagi tu...tambah2 si Akiss, mmm.. Eloknya dorang tu jd cam aku ni...takyah tido. Nanti dorang leh tido dalam kete.
Sebenarnya kitorang selalu ada pengalaman macam ni. Travel awal pagi. Dulu ke Hadyai/Krabi...kul 3.30 pagi kuar dari umah. Ke Langkawi...kul 5 pagi pun penah. Nak kejar feri awal, hahaha..
Ni barang2 stok makanan kat chalet nanti ler konon2nya, hehe.. |
Alhamdulillah, perjalanan berjalan dgn lancar. Petrol pun dh isi semalam. Angin tayar pun dh check semalam. Perjalanan ikut Grik laa, kan. Kabus...mak aiii...tebal. Mmg mengganggu pemandangan di hadapan. Mmg kena hati2 betul. Ngan ujan pun ada mengiringi di beberapa kawasan masa dlm perjalanan gelap2 tu. Sejuk tok sah cakap laa.. Sejuk lagi bukak tingkap dari pasang ekon, huhu.
Perjalanan sedang2 tu mmg mencabar tul. Aku ni walaupun tak tido dari pagi semalam tapi tetap gagahkan mata ni berjaga. Temankan abang memandu. Risau tul bila folo lori treller dan juga yg datang dari arah bertentangan. Jalan mmg gelap abes. Tambah2 kat situ ada kawasan gajah liar melintas, kot babi hutan pun sebok nak melintas. Sama2 ler bukak mata ni dok perati depan jalan tu.
Dari Grik tu kita akan mendaki jalan berbukit dan banyak selekoh. Satu arah mendaki...dan arah dari depan pulak menurun...giler laju dorang. Pernah satu ketika...kitorang kena folo satu bas mini dari sebuah Jabatan kerajaan ni...Ya Allah Ya Tuhanku, bas tu ke tepi ke tengah ke tepi ketengah jalan. Risaunya tengok. Risau kitorang kat belakang ni lagi...risau ngan penumpang yg syok tido kat dlm bas yg sedang bergerak tu lagi. Tak perasan langsung bas tu sedang bergerak tak stabil. Pemandu dia mengantuk ke?? adoiii.. Bila dpt peluang memotong...terus jer abang pecut memotong dan anas folo kat belakang kitorang jgk. Mujur ler esok2 tu xde dengar apa2 kejadian tak diingini berlaku kat situ, Alhamdulillah.
Dalam pada tu...sempat jgk singgah kat Hentian Rehat Titiwangsa. Dari Taiping ke situ makan 3 jam jgk.
Gigil kitorang yg keluar kat situ. Mcm kt Cameron Highlands tengah2 malam, macam kat Janda Baik malam2...sejukkk amat. Air paip pun leh buat kebas, hahaha...
Ok, sepanjang perjalanan mmg aku tak tido. Dasat tul mata aku masa tu.
Sampai kat Besut...tambah petrol siap2 utk perjalanan nak balik nanti.
Nak isi petrol dh... |
Untuk parking tu...Remy soh bawak jer kereta sampai kat ngan jeti. Nanti ada orang tempat parking akan tunjukkan tempat parking yg selamat dan kunci owner yg simpan sendiri. Tak perlu bagi budak penjaga parking pegang atas alasannya senang nak alih bila ada kereta lain nak keluar.
Bila dh parking kat tempat yg mamat tu tunjukkan nanti...dorang akan bawak pemandu/owner kereta ngan motor dorang sampai ke Jeti semula.
Kitorang yg lain dengan segala beg dan barang mmg dh diturunkan awal laa sebelum abang dan anas masing2 folo mamat motor tadi bawak ke tempat parking, hehe..
Harga parking RM7 sehari. Jadi utk 3 hari RM21. Tp sbb sebab ada 2 bijik kereta...dorang kasi diskaun RM2 dan cuma bayar RM40 utk 2 buah kereta.
Lepas tu kitorang leh laa nak cari sarapan.
Tp kat sini...korang kena pandai2 laa cari kedai, ye. Nanti kena pakok/sembelih ngan peniaga. Mcm kitorang ni...tak leh nak memilih sangat sbb ramai ngan beg yg berbundut2. Ada abah ngan mak sekali. Tak leh ler nak cari satu2 kedai, kan. Jadi, yg paling hampir ngan tempat beg lepak sementara tunggu Remy tu...kedai tu laa yg kitorang gi redah utk sarapan, hehe..
Abah.... |
Along ngan akiss.. |
Mak tengah kol kak idah bgtau dh sampai kat Jeti Kuala Besut. |
Anak teruna kitorang, :) |
Ok...abang dh sampai....tunggu Remy datang ngan bot lajunya.. Selfie ngan RD990 action cam. |
Masa ni Sela ngan Anas pi cari spek mata hitam utk adik Anis, hehe. |
Jeti dari kejauhan... |
RM5 dewasa...kanak2 RM3.
Err...yg paling Anas dan Sela seronok bila Remy tengok Anis...dia kata utk pakej anis takyah bayar, wow!!! Manyak untung woo, huhu. Mgkn Remy tgk anis ni kecik aje wlpn dh umur 7 tahun, huhu. Maka dorang dh selamat RM240 utk pakej kanak2 utk Anis ni, :)...
Akiss..sebok jer pakai topi Ain. |
Atas bot selfie guna action cam RD990..Air laut tengah bergelora...mmg dasat ler hentakan bot tu. Tp takpe...masih terkawal. |
Semakin teruja rasanya ni tengok pantai yg jernih betul airnya. Leh nampak batu karang, nampak gamat masa bot tengah perlahan kat persisir pantai tu sebab tak mau batu karang tu rosak, kan..
Tengah tunggu abah turun...tp kat tengah2 panas tu masih sempat dok bersembang.. |
Kat sini...sampai2 dh leh check-in walaupun jam belum kul 12 lagi. Masa dh serah kunci chalet semua...Remy bagitau kul 1 petang nanti leh pi cafe utk makan tengahari yg dh tersedia dalam pakej, hehe. Ok...kitorang leh relaks2 luruskan tulang dulu, cas henpon semua. Letih woo. Tambah2 aku ni..langsung tak tido dari semalam...dasat tak dasat.
Tapi sbb chalet tu kipas aje. Terasa laa bahang, kan. Tak leh nak tido jgk, huhu. Abg ok jer aku tengok lelapnya. Letih memandu, kan.
Namun, Alhamdulillah sepanjang kitorang dok situ 3h2m...dalam kul 10 malam hari pertama tu hujan turun lebat. Sejuk ler suasana kat situ...walaupun bilik guna kipas pun dh terasa ok sgt dh. Masa malam ke-2 tu...lagi awal hujan turun. Sebelum makan malam pukul 8 pun ujan dh turun ngan lebat. Mmg syok tul tido malam tu ngan perut yg kekenyangan, phew!!.
Ok...seminggu sebelum nak ke Pulau Perhentian ni aku ada gi website Accuweather utk lihat ramalan kajicuaca kat pulau tu. Alhamdulillah...bila gi sana...betul apa yg dorang buat diramalkan...iaitu:
-13/09 : Pagi, petang cuaca cerah dan mendung. Malam tu ujan.
-14/09 : Pagi, petang cuaca cerah dan mendung. Malam tu ujan siap ribut petir sekali.
-15/09 : Pagi cuaca cerah. Petang dan malam ujan. (yg petang dan malam ni aku tak tau laa ye sbb kitorang dh naik bot gerak ke jeti waktu pagi, hehe).
Alhamdulillah. Percutian ni dipermudahkan semuanya. Walaupun amek chalet kipas tp lena semuanya tido sbb dek sejuk ujan tu. Kalo tak ujan...jenoh jgk weh.
Jadi, kalo korang risau pasal ni...elok ler booking chalet yg ada penghawa dingin. Atau lebih best lagi...gi booking chalet lain seperti...Awana Perhentian tu. Tak pun kat Flora Bay, Bayu Dive Lodge ke. Kitorang ni cuti2 bajet aje.
InsyaAllah, nanti ada lebih bajet nanti leh ulang lagi tapi gi area lain pulak laa kat Pulau Perhentian Besar tu...terutama kat area Taman Laut dorang. Leh jgk deal ngan Remy sbb Remy akan cuba deal harga terbaik utk kita. Kat Pulau Perhentian Besar tu semua bahagian pun ada keistimewaannya tersendiri. Nak gi satu2 bahagian dalam pulau yg sama tu bkn leh jalan kaki...kena naik bot atau berkayak, huhu.
Nota ALONA:-
~Best....
5 comments:
Bestnyaa.. tak pernah sampai lagi Pulau Perhentian nie.. :)
bestnya bestnya....lama tak pegi sana.......
Best sungguh la... akak org Tganu pun tak pernah jejak lagi Pulau Perhentian... tumpang tengok gambar sini jelah nampaknya... lom ada bajet nampaknya walaupun percutian bajet.. hehehe...
bestnya..wishlist akak tahun depan memang nak ke pulau2....tapi yang berbajet murah lah....tq alona..info yg berguna
dah lama nak pegi perhentian ni.. tapi tak sampai2... hihihhi
Post a Comment