Wednesday, October 22, 2014

Ke Gunung Jerai...

19.10.2014
AHAD

Lepas dh beli lokan kat Semeling...terus jer masuk hiway nak ke Gurun. Guna gps jgk laa kan nak ke Gunung Jerai ni, hehe. Mmg tak tau jalan pun kalo sesaje nak gi terjah. Senang guna gps ni...tak membuang masa utk sesat. 

Sampai kat kaki gunung...snap2 gambo dulu kat papan tandanya, hehe.
Tanya kat orang bawah tu...kete leh bawak sampai atas....iaitu sampai ke Regency Resort tu. 
Maaf....dh takde model lain, hehe..
Tak macam ke Bukit Larut...cuma jip yg dibenarkan saja menggunakan jalan pendakiannya. Tapi nak naik ke Gunung Jerai...kita leh jer memandu kenderaan sendiri walaupun kancil...moto sekali pun. Lebih menarik, kan!!

Jalan nak ke Gunung Jerai pun...leh tahan bengkang bengkoknya. Mcm ular kena palu. Tengok peta gps gugel maps pun korang akan tau camne. Kalo yg jenis tak tahan ngan jalan mcm tu...pening dan leh muntah...takyah ler naik kot melainkan korang dh kentalkan hati tu, hehe.
Yg memandu pun kena yakin laa masa mendaki tu sbb korner tajam mmg banyak. Situasi tu mmg ada laa jgk mcm kat jalan Bukit Larut tu. Cuma jalan kat sini lebih luas sket dari Bukit Larut.
Ada jgk beberapa pondok utk para jogger atau rider mountain bike berehat serta berteduh dari hujan disediakan di beberapa point. Macam kat Bukit Larut jgk...hehe..

Pada yg tak yakin nak memandu masa mendaki tu leh jer sewa kereta atau van yg dipandu oleh mereka yg mengambil perkhidmatan cenggini kat kaki gunung tu ngan RM60 pi naik dan bwk turun ke bawah semula. Tapi bagi aku....lebih seronok jika naik ngan kenderaan sendiri...sbb kita leh berhenti di Muzium Perhutanan, leh pi ke arah Telaga Tok Sheikh dan leh berlama2 sket kat area Regency Resort yg menyediakan pemandangan mengkagumkan dan menarik. Sape2 yg ada duit lebih2 tu...leh ler terus menginap kat situ. Bangunan resortnya nampak cantik. Ada swimming pool, taman permainan kanak2 jgk, ada surau yg nampak dh macam masjid dah siap berkubah bangunannya.....

Jadi, dengan Alza standard kitorang tu....kitorang mendaki ke Gunung Jerai.
Memandu kat mana2 pun kena berhati2, kan...apatah lagi mendaki gunung dgn jalan yg sempit dari jalan biasa tu, hehe. Mmg banyak jgk ler kenderaan turun naik ke kawasan pelancongan ni.

Sampai kat Muzium Perhutanan...kitorang singgah.
Dah alang2 sampai, kan. Rugi kalo tak explore apa yg disediakan.
Kat situ ada tandas disediakan. Ada jgk pakcik jual minuman dan burger berdekatan tempat parking.
Masuk muzium free aje.
Gambar dari dalam muzium...nampak tempat parking kereta. Ada pondok berehat jgk kat situ.
Along tulis nama kat buku log.
Pastu, kitorang teruskan perjalanan pendakian lagi.
Berapa kali layan selekoh mendaki....tak lama tu sampai kat sini pulak..di simpang 3.
Kitorang terus gi telaga tok sheikh tu dulu...jalan kat situ lagi sempit dan perlu lebih berhati2. Tp bila dh sampai...rasa tenang aje. Kitorang sebenarnya nak jgk naik lagi ke bbrp lokasi yg dinyatakan kat papan tanda ke kiri tu lagi tp tengok kabus tebal...dan ada gelap2 sket mcm nak ujan. Tak jadi laa. InsyaAllah lain kali leh gi situ. Tapi kat situ (area telaga) ada jgk ler kitorang melalui satu pengalaman menarik.

Dh keluar dari situ...baru laa berhenti bergambar kat sini...iaitu kat simpang 3 tadi...
Mgkn bunga ni jadi inspirasi butik perkahwinan buat bunga tangan fesen skang, hehe..
Ok...dari situ...naik sket jer..dh sampai The Regency Jerai Hill Resort.
Mmg cantek laa. Sakan ler nak bergambar pun, huhu..
Masuk dalam sket...ada tempat parkir disediakan. Harapnya sampai bila2 laa dorang benarkan orang awam bkn tetamu yg check-in menyewa kat resort tu untuk masuk tengok2, bergambar...Macam kitorang ni, kan.
Ni kat atas lantai peninjau, hahaha..aku yg mandai2 bagi nama. Leh nampak laut kat sebelah sini. Tengok pemandangan kat sini tingat kat stesen kabel car kat Langkawi. Cuma kat sana lebih tinggi laa dari sini.
Masih atas lantai lapang ni jgk...Belakang tu ada swimming pool utk tetamu resort. Dekat2 situ ada playground jgk.
Tu antara tempat penginapan di resort ni. Cantek dan menarik sgt...
Bergambar aje kat mana2....
Kalo kat belah sini lak...leh nampak sawah padi, laut, jambatan dan pulau.
Nanti aku wat entry ada gambo kitoarng kat atas jambatan tu, hehe.
Dh turun bawah...usaha gi mencari kat mana terletaknya lokasi yg ada jambatan menghubungkan ke sebuah pulau kecil tu. Nanti citer pasal tu.

Kat atas ni mmg sejuk dh.
Cuaca yg tadi nampak mcm nak hujan ngan kabus tebal masa kat telaga tok sheikh...kat sini cerah.

Somi aku ni seorang yg suka explore tempat.
Diajaknya gi keluar ikut pintu pagar kecik dari kawasan resort ni utk tengok apa benda Tangga Kenari 1000 Tahun ni. Yg kitorang ni ingat tangga ni dh berusia 1000 tahun, hahaha.. Rupa2nya lain citer dan al-kisahnya.
Bergambar tanda dh penah sampai sini..
Kat luar pagar aje..
Kawasan ni berpagar. Leh ler nak lalu kat laluan bertangga sebelah luarnya.
Dalam tu dorang masih dlm proses membina Taman Botani utk 300 spesis orkid rupa2nya.
Tapi kat dlm tu...kawasannya mmg cantik sangat. Kalo pengantin dpt gi outdoor sini, pergh!!!
Ni laa antara kawasan kat dalam pagar tu...aku julurkan lens kamera dlm pagar utk dapat amek gambo ni, hehe. Guna Sony NEX aje. DSLR dh lama tak bawak keluar cuti2 ni. Utk keje aje baru bawak keluar dslr.
Kemudian...naik kete...gi kat pintu masuk resort semula. Parking jer kat tepi2 tu semata2 nak bergambo kat sini, hihi.. Kebetulan pulak pokok2 bunga tepi tu kena cantas. Alahaiiii, sayangnya bunga kembang tu terbiar gitu. Aku pun amek ler utk jadi prop bergambar, hehe..
Ok, ni pengantin otai....
Anak pengantin otai tu dh umur 18 tahun dh, :)
Dh selesai...kitorang pun turun bawah semula. Misi mencari lokasi kawasan yg ada jambatan menghubung ke sebuah pulau kecik tu pulak..
Ni...jalan untuk kenderaan berulang alik ke Gunung Jerai...
Mmg banyak selekoh gini. Sekali pandang mcm kat Bukit Larut jgk...tp kat sini kita leh memandu kenderaan sendiri. Kat Bukit Larut kena naik jip yg disediakan sj.
Dh sampai bawah...rasa tekak haus ler pulak. Singgah sini minum2 tp bila nampak lauk bersusun tu...tingin jgk nak makan nasik sket, hehe. Padahal perut dh makan nasik jgk pagi tadi. Lauk sini ok laa...masih dlm kategori sedap. Tp bagi aku sedap lagi lauk-pauk kat medan selera Taman Ria pagi tadi, hahaha..
Saja nak JJCM jgk..
Sebenarnya, depan sket tu...ada satu gerai yg menyediakan coconut shake, laksa, sup dan popiah apa ntah...lupa dh aku. Takpe laa...lain kali kalo ada rezeki datang sini lagi...leh gi situ lak. Tu kalo takmo makan berat2 sgt mcm nasik campur ni, laa..........kan.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah, diberi rezeki utk melihat2 keindahan alam ciptaanNya..

2 comments:

Anonymous said...

dh rupe mak eh bukan2 rupa Puteri Gunung ledang hehehe

Unknown said...

Mcm mna nak sewa van tu ye?