Tuesday, October 28, 2014

Cuti ke Pulau Perhentian - 5

14.09.2014
AHAD

Dh abes snorkeling ni...adik bot tu hantar kat jeti tu aje. Adoii, kena menapak jauh sket ler nak ke chalet kitorang dok tu. Dah ler tongah panaih, huhu.

Sempat soh dorang ni bergambar kat signboard resort Arwana ni, hehe. Kalau menginap kat sini dh tentu lah ada lebih keselesaan. Tp kitorang tak menginap kat sini. Dh nama cuti2 bajet ciput, kan..hew..hew..
Sela, Ain, abang, angah dan along..
Terus makan jer bila sampai cafe....
Lauk-pauk kitorang terus disediakan bila kitorang dh dok kat meja yg dikhaskan. Panas2 lagi. Ni yg senang bila amek pakej sekali makan. Cukup masa...gi jer makan. Tak yah oder dan tunggu2 oder siap.
Lauk hari tu sedap jgk laa...tiap2 kali makan mmg sedap2 belaka, weh. Tapi takde nya dh nak snap satu2 gambo lauk, haha. Terus rasa nak makan jer.

Sempat lagi dorang ni bergambar kat depan chalet baru ni.
Ain dan Akiss..
Ni laa unit chalet yg kitorang bermalam. Sebelah tu unit mak dan abah. Bilik kitorang cuma muat utk katil queen + single + 1 extra matress. Jadi, sorang dari kitorang kena tido kat bilik mak dan abah sbb bilik tu ada 3 katil single. Unit chalet Sela selang beberapa buah.
Dh balik chalet tu...bersihkan diri...merehatkan diri. Sedap tul tido bila letih2 balik snorkeling ni, hahaha. Perut pun dh kenyang, kan..

Petang tu...kitorang gi jalan2 lagi kat pantai. Mcm biasa laa...petang2 air surut sangat. Jadi, kitorang jalan kaki ke arah Arwana. Masuk dlm tengok2 resort orang, kehkeh. Ada swimming pool...aku yg soh adik aniss pi mandi pool area kanak2 tu, hehe. Seronok ler adik aniss gi berendam...ada laa dlm 10-15 minit kot. Awan dh menggelap.
Kalo kakak2 pun terjun ni...lagi dia seronok, hehe.
Bergambar kat depan cafe chalet kitorang menginap. Chaletnya kat belakang cafe tu aje...
Tu...awan gelap dh datang.
Sela dan Anas...
Tanda2 ujan dh hampir nak turun....di waktu senja..
Ni ada BBQ lauk lain laa dari pakej punya BBQ. Yg ni lauk mahal2, :). Kalo nak boleh oder bayaran lain laa, hehe.....
Blue hour....
Jom balik chalet....sementara menanti waktu makan malam. Malam ni BBQ, yeay!!!
Malam tu...lauk2 BBQ punya laa banyak termasuk ayam dan sosej. Tak terlarat nak makan. Nasik goreng pun sedap. Nak ratah saja lauk pun dh tak larat. Ayam ketul2 besar lak tu....mm. Budak2 dh nampak sosej...pulun jgk ler makan sosej. Ikan pun besar2....Alhamdulillah, pakej kitorang ni mewah tul ngan makanan...walaupun chaletnya tu sangat biasa2, hehe..
Tahap kebersihan cafe ni...A tau. Don play2, huhu. Jiran2 chalet sebelah pun tak mcm ni punya bagus klasifikasi cafe dorang. ARWANA yg ada penginapan selesa tu pun B jer tahap kebersihan cafe nya, hew3..
Ujan mmg dh turun lebat dh sejak senja tadi.
Sampai ke makan malam....sampai kitorang lepak2 kat bilik mak beramai2.
Pekena kopi goncang yg mak buat, hehe..
Abang bermanja2 baring kat abah dia, suwit....hihi..
Malam tu...giliran along lak tido kat bilik opah dia.
Sebelum tido...aku sempat dh kemas2 barang2 nak balik esok pagi.
Malam tu tido mmg lena...sejuk ujan mmg menyamankan dengan sesekali terjaga disebabkan petir berdentum serta angin kuat yg menutup bukak tingkap bilik yg mmg sengaja tak ditutup tu...tido tetap lena, Alhamdulillah.  

**Dh lama tak rasa tido dlm rumah kayu......
***Tepat ramalan cuaca :)

Nota ALONA:-
~Hari ni hari ulangtahun kelahiran abah mentuaku....semoga diberi kesihatan yg baik, Amin

4 comments:

Gieyana said...

Bestnyer kak..nk kena tggu bb esar dulu br best g tpt cmni..:)

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

saya haitu dok perhentian kecil.kat senja bay

ayu Ismail said...

aduhai bestnya...kalau tak bulan dec ni.musim tengkujuh nak gi akak gi sana...

el said...

haha smlah ngan gie..tgu bb besar baru best pergi pulau2 ni