Al-kisah...terjumpa semula rakan2 ni ngan lebih ramai setelah sorang kawan yg mmg dh fren fb ngan aku masukkan gambar kelas kitorang dudulu. Tak sangka dari situ...kitorang leh jejak lebih ramai rakan2 SKTF sama batch. Alhamdulillah, rezeki pertemuan semula, kan.
Dari situ...muncul ler grup wassap.
Dan tak sangka jgk..rupa2nya ada yg tinggal dan bekerja di Taiping ni.
Jadi, masa hari nak hantar angah tu...aku bagitau kat wassap nak hantar anak balik Lenggong. Dia pun tanya..Lenggong kat mana? Rupa2nya anak2 dia pun ada belajar kat tempat yg sama tapi masih dalam form 1. Kebetulan pulak waktu menghantar anak tu lebih kurang sama. Tu yg boleh jumpa kejap tu....hihi..
Hafizah...cikgu Hafizah. Skang sdg belajar PJJ ngan UPSI lagi. Muka dia masih sama...cuma mcm biasa laa...wajah lebih dewasa, hehe.. |
Ni pun ehsan kawan2 aku. Aku mmg ada gambar2 ni tapi tak sangka laa pulak album yg aku simpan dlm kotak kat umah ni dh jadi lembab. Abes gambar kena resap dek wap2 lembab tu. Sedih tul. Kalo simpan kat umah Bentong pun ok lagi.....uwaaaa...
5 Kuning, 1986 |
6 Kuning, 1987 |
Ni masa buat persembahan sempena hari guru ni.. |
Tahun kitorang dulu cuma ada 2 kelas utk setiap darjah....Kuning dan Merah..
Hafizah tu dari kelas MERAH. Tapi masa darjah 5 dia dh pindah ke Batu Kurau. Mujur ada sekolah kat situ yg dipilih utk UPSR tahun 1987 tu.
Kitorang kat SKTF ni...UPSR. Tak macam kawan2 sebaya kat sekolah lain. Dorang masih amek Penilaian Darjah 5.
Waktu tu (1982 waktu aku masuk darjah 1)...setiap daerah cuma 2 sekolah yg terpilih utk menjalankan KBSR sebagai percubaan sebelum dilaksanakan sepenuhnya di setiap sekolah kebangsaan bermula tahun 1983.
2-2 kat atas ni gambar kelas Merah. Atas ni ada gambar Hafizah. |
~Ramai nama kawan2 ni aku masih ingat...Alhamdulillah. Sampaikan umah dorang dulu kat mana pun aku ingat lagi, hehe. Dorang pun heran... :p
No comments:
Post a Comment