Friday, October 24, 2014

Sepetang outing bersama angah..

22.10.2014
RABU

Mmg sejak dh tau angah tak leh balik minggu cuti deepavali tu...aku dh plan nak bawak along dan akiss gi lawat angah pada hari cuti perayaan tu. Melawat ataupun outing terus. Tapi angah pulak kata...pagi ada kelas tambahan, petang pun ada test utk add math walaupun hari tu hari cuti. Dia soh lawat dia ujung minggu ni. Tapi tak leh ler pulak sbb 25hb kitorang ada job kat Dewan TM. Ahad 26hb nak kena hantar akiss balik asrama. Along pun nak balik Gombak jgk hari yg sama.
Jadi, aku bgtau...nanti ujung minggu sebelum mula SPM awal November...aku datang ngan abah dia aje laa. Bila dh bgtau gitu...takde ler aku prepare apa2 pun. Padahal...sebelum2 tu aku dh plan dlm kepala otak ni nak buat apa...nak masak apa..

Tetiba malam nak 22hb tu...dia sms bagitau...test add math petang 22hb tu dibatalkan pulak. Tp kelas pagi tetap dijalankan laa nanti. Jadi, sebagai ibu...mesti laa nak bawak abang ngan adik dia jumpa jengok2 angah tu kat asrama. Dah laa tak leh balik, kan. Kitorang ni....memahami perasaan anak2. Kan penah remaja dan dok kat asrama jgk, hehe.

Saja bagi angah bersentuhan listrik ngan orang2 yg menyayangi dia....agar hormon2 bahagia merembes keluar dan senang nak kutip ilmu di saat2 memerlukan ni.

Jadi, pagi tak berapa nak pagi dh tu...aku ngan abang sempat ler gi market Taiping cari bahan2 nak masak bihun goreng selain beli stok ikan utk bbrp hari.
Kul 1 petang aku pun goreng bihun, prepare barang2 nak berkelah. Lepas Zuhur...kitorang keluar umah. Singgah jgk laa kat bakeri milik orang Melayu Islam kita kat Kamunting ni utk beli bbrp jenis roti sebagai makanan tambahan, hehe..

Sejam lebih perjalanan...kitorang pun amek angah dan terus laa ke Lata Kekabu utk berkelah sempoi2 aje. Makan tepi sungai...sambil berborak anak beranak...sambil tenang dgn bunyi air sungai mengalir.
Sampai2 situ, kat area parking...budak2 grup motor ni sedang nak bergambar beramai2 kat situ. Dh nak balik dh dorang ni.
Sebungkus jer bihunnya...cukup utk 5 beranak kebiasaannya. Roti pun ada...mmg mengenyangkan, Alhamdulillah.
Abah dorang ni spoting. Kalo ibu tetiba ajak jengok anak kat asrama...senang jer memberi persetujuan. Yelah, seorang abah ni kalo sayang anak bkn nak tunjuk2 sangat. Camni pun kita dh leh tau, kan :)
Dh selesai dh bekal2an tu. Tapi sesi berborak tak abes lagi...
Ok...masa ni abang dh sebok ngan gambar sungai, akiss pun main games hp, angah lak mencuba main games baru ps vita along...
3 orang kesayangan kami....
Selamat tinggal Lata Kekabu...
Sudah beberapa kali kitorang berpeluang utk ke Lata Kekabu ni walaupun bkn utk bermandi-manda. Tetapi lepas2 ni tak tau laa...bila lagi rezeki utk ke sini. Angah pun dh nak abes pengajiannya kat Lenggong selepas abes exam ujung November nanti..
Alhamdulillah, syukur dgn izinNya...bila angah dpt belajar kat sini.....kitorang dh sampai 2x ke muzium arkeologi, beberapa kali singgah di pekan nya, beberapa kali menjamu selera di restoran tasek raban yg sangat2 berhampiran dgn maktab, beberapa kali melihat tasek raban yg tenang dan indah...pernah explore sampai ke jeti kg. Beng, selalu singgah membeli ikan pekasam Lenggong, ....dan beberapa kali sampai ke Lata Kerabu. Semua tu menjadi kenangan terindah jugak buat kami sebagai ibubapa.

Disebabkan nampak awan berarak kelabu kat atas tu...cepat2 laa kitorang berkemas utk keluar dari situ dan bergerak ke lokasi lain pulak sebelum hantar angah semula ke asramanya.
Pekan Lenggong ujan lebat petang tu....
Semoga pekan Lenggong bertambah maju di sebalik warisannya yg masih boleh dipelihara dan diselenggara sebaiknya oleh mereka2 pihak yg berwajib..

Nota ALONA:-
~Anak2:- Pesan ibu...pesan abah adalah kerana kasih...kerana sayang..

1 comment:

Anonymous said...

biasalah mak2 mesti rindu pada anak2 kan !