Sbb tengok ramai pulak yg masuk nengok satu entry ada gambar anak2 aku kat Pulau Perhentian ari tu, :)..
Ketika air surut... |
Plan nak gi sini dh lama dh ler. Bila dh betul2 konfem tarikh tu baru leh booking. Booking kena bayar 50% dari harga pakej. Abes semua kitorang tanya nak join sekali ke tidak. Termasuk mak dan abah tp mak kata macam tak boleh nak pi, mmm.
Yg konfem nak join sebelum booking tu cuma famili kitorang dan famili Sela/Anas aje. Kitorang kena booking cepat bila aku cuba kol satu pakej bajet ni dh fully booked. Cepat2 aku cari pakej bajet dan murah yg disediakan oleh agen lain. Risau dh penoh jgk...nanti tinggal pakej mahal2 jer. Adoii, tak termampu lak nak pegi, kan.
Aku pegi ni guna Pakej 3h2m dari Remy..
Sorang RM270 dewasa. Utk kanak2 berumur 4-5 tahun ke atas seorang RM240.
Ini laa satu pakej yg paling bajet dan murah sekali utk 3H2M Pulau Perhentian.
Pakej bajet dan paling murah ni meliputi:-
-BOT LAJU PEGI BALIK DARI JETI KUALA BESUT KE PULAU - PULAU KE JETI masa nak balik nanti. Kalo tak ikut pakej...harga tambang bot gi balik ni RM70 jgk, ye.
-PENGINAPAN BILIK CHALET YG PALING SEMPOI UTK 3H2M. Bilik cuma berkipas. Ada katil dan bilik air aje. Almari, tv, peti sejuk, seterika, tuala semua tak disediakan, ye. Ye lah...utk berehat dan tido aje. Lain2 kan kita ada aktiviti. TV kalo nak tengok..leh ler lepak kat cafe chalet tu. Nak air panas pun leh pi mintak kat cafe chalet tu aje. Nak bilik ekon harga lain, ye..
-MAKAN 6X UTK 3H2M. Iaitu...makan tengahari masa hari sampai tu. Makan malam hari pertama di pulau. Sarapan pagi sebelum gi snorkeling hari ke-2. Makan tengahari selepas balik snorkeling tu. Makan malam BBQ hari ke-2 dan sarapan pagi utk hari ke-3 sebelum berangkat balik ke jeti mengakhiri percutian tu, :) .
**Tapi kan, makanan utk pakej ni mmg superb ler, weh!!! Terbaikkk!!!
-SNORKELING pada hari ke-2. Dorang akan bawak ke 5 tempat termasuk satu pantai yg cantik sgt utk dorang ajar dan bagi biasa gunakan peralatan snorkeling pada yg tak pandai mcm aku ni, hehe. Somi ngan anak2 aku semua dikatakan terer dan berani ler. Aku ni jer yg penakut...err, bkn penakut sgt sebenarnya cuma aku rimas tul ngan gogel tu bila disumbat kat mulut aku. Rasa macam nak muntah. Aku ni mmg sensitif ngan mende yg berada dlm mulut aku. Kalo sedap aku telan..kalo tak sedap aku buang. Haha...itu contoh kalau makanan laa. Kalo mende tak leh nak telan ni....lg ler aku rimas...mcm gogel ni la, adoiii. Doktor gigi pun penah komplen aku mcm tu...sensitif sangat ngan sesuatu mende dlm mulut wlpn mende tu cuma pecahan simen tampalan kat gigi geraham aku tu.
Senang jer nak berkomunikasi ngan Remy ni. Aku wassap jer dia. Pastu dia kol aku. Dan lepas2 tu kitorang berkomunikasi menerusi wassap dan sehari sebelum pegi tu...dia kol lagi. Bagus budaknya... :)
Jadi, bila dh booking jer...kitorang kat sini pun berbincang nak bertolak dari Taiping ke Jeti Kuala Besut tu kul brp...dan mcm2 lagi laa.
Mmg mula2 dh konfem dan dh booking nak pegi tu cuma famili kitorang ngan famili Sela/Anas aje. Tp tetiba mak kata...mak tingin jgk nak pi sekali. Aku wassap Remy...Remy kata dh full booked. Tapi ada satu hari tu tetiba Remy bagitau..ada kosong. Mgkn sbb ada yg kensel booking kot. Jadinya, ada laa rezeki mak dan abah pegi sekali ngan kitorang.
Alhamdulillah, akhirnya...13 SEPTEMBER 2014 hari yg ditunggu2 pun sampai, hehe. Walaupun cuti2 ni cuti2 bajet tapi kitorang tetap teruja.
-sambung..
Nota ALONA:-
~Kitorang tau kemampuan kitorang. Bersyukur dgn rezeki yg Allah bagi ni.
No comments:
Post a Comment