Saturday, October 11, 2014

Senangnya buat brownies ni..

Aku dpt resepi ni dari satu blog blogger terkenal tu laa. Tgk mcm senang sangat. Tu yg teringin nak buat. Saja gugel2...rupa2nya dh lama ye munculnya resepi mudah ni. Aku jer yg tak tau, hahahaha..

Sebenarnya brownies ni asalnya guna Nutella tapi sebab Nutella tu mahal...jadi aku beli yg jenama yg murah sket ler...dan yg penting ada logo halal jgk.

Brownies ni mmg mudah sgt...semudah ABC katanya.
Kalo bahan2 dh ada...dalam 40 minit dh siap semua.

Bahan yg digunakan cuma 3 aje. Tapi ada jgk yg nak tambah susu tepung sket laa, susu pekat manis laa. Itu terpulang laa. Pada aku 3 bahan asas ni pun dh memadai kesedapannya.
Ok...ni bahan2nya..
Bahan2nya:-
- 1 cawan nutella (tp aku guna brand lain, ngee..maaf)..
- 2 biji telur
- 8 sudu tepung gandum. (ada yg nak guna tepung kek tu pun bagus jgk...tp ngan tepung gandum pun dh memadai dh)..

**Itu jer bahan2nya...senang sangat, kan.

Cara2nya..
Nutella td dikacau ngan 2 biji telur sampai sebati.
Letak pulak tepung gandum. Kacau lagi sampai sebati.
Lepas tu leh ler taruk adunan tadi 3/4 dlm cawan kek comel2 tu..
Bakar 180 darjah 20-25 minit ikut oven masing2..
Dah siap bakar tu...leh ler nak ditoppingkan ngan nutella lebih2 dalam botol tu...
Hehe...comot sket kan. Maklum ler, nak buat cepat2 sbb lepas tu nak kena grilled ikan salmon lak, huhu..
Dah ditoppingkan..
Brownies...nyummm.
Walaupun rupa brownies aku ni tak berapa nak lawa...tapi sedapnya dh taraf brownies kat cafe hotel tu, tau...huhu. Tak caya cuba laa.

Nota ALONA:-
~Ha'ah, aku mmg share resepi yg simple2 jer kat blog ni. Maklum ler, aku bkn pandai memasak pun, huhu....

3 comments:

padieka raccolta said...

online shopping http://www.padieka.com/

ayu Ismail said...

tengah in brownies ni.. belum sempat try lagi

Rinna said...

Wahh nampak sedap..boleh try one day nie.. :)