Thursday, October 23, 2014

Ke Jambatan Pulau Bunting...

19.10.2014
AHAD

**Ni BUKAN kat Langkawi ye. Pulau ni kat Yan, Kedah. Yg kat Langkawi tu ada perkataan ekstra 'Dayang', hehe..

Dah singgah minum2 hilangkan dahaga...kitorang pun terus ler cari lokasi jambatan yg nampak dari gunung Jerai tadi tu. Jauh jgk laa...dalam 35 minit kot baru sampai..
Alhamdulillah laa, gps bagi jalan yg betul...kitorang ikut jer arahannya. Akhirnya sampai. Jambatan ni ditutup pada laluan kereta. Kalo motor ngan basikal leh laa lalu situ terutama utk yg hobinya memancing. Jambatan ni dh jadi lokasi mereka2 melayan hobi tersebut.

Kat situ...ada jgk yg buat sewa motor. Alah, motor biasa2 aje...bkn motor lawa2 mcm kat Krabi tu, hihi. RM6 sebijik motor...utk sejam camtu laa kot. Leh laa ronda2 kat atas jambatan tu sampai ke pulau. Tapi kitorang tak sewa laa. Saja nak tengok camtu2 aje. Lain kali laa. Panas tul masa ni. Nasib aku pakai spek itam. Aku ni jenis mata silau kuat jgk....

Jadinya...kitorang cuma dekat2 situ aje laa tengok2 dan bergambar, hehe.
Bergambar kat sini...nak bagi nampak Gunung Jerai kat belakang tu. Dari situ laa kitorang leh terjah lak jambatan ni, hehe..
Terketor jgk nak manjat ni amek gambo, hehe. Risau tetiba angin lintang datang tolak aku jatuh ke bawah tu, (nauzubillah) hahahaha. Perasan badan tu ringan, kan...hehe..
Ok...mengadap ke laut lak, hihi..
Ok...model ni bergambar berlatarbelakangkan pemandangan sebelah sini pulak.
Ni laa jambatan tu. Nak tengok gambo jambatan ni penoh...leh ler gugel tengok. Mesti ada keluar punya. Jambatannya lawo jugak tapi tu ler...macam tak digunakan utk tujuan asal pembinaannya pun, mm..
Lompat mula2...
Lompat lagi sekali.
Badan berat gitu laa...naiknya tak tinggi...dah tu cepat jatuh ke bawah, kehkeh...
Kena kuruskan badan ni. Gemok sangat dh rasanya. Tapi tu laa....semangat tak kuat, hmm..

Dari situ...terus jer laa balik ikut jalan lama aje. Saja lah. Bosan dh lalu hiway. Kitorang lalu ikut jalan persekutuan biasa aje sampai ke Butterworth. Satu pengalaman dan pemandangan baru... Dari Penang baru ler masuk hiway PLUS sampai ke Bukit Merah dan terus ikut jalan biasa sampai ke umah.

Alhamdulillah, kitorang ni mmg suka explore tambah2 somi aku tu. Jadi, kitorang tak kisah pun nak ikut jalan kampung2 ni. Kitorang pun asal mmg dari kampung. Umah kitorang pun kat dalam kawasan kampung.

Nota ALONA:-
~Tiada istilah vogue, suka popular, glamer dalam hidup kitorang. Hidup sederhana adalah lebih baik :)

1 comment:

Kesuma Angsana said...

amboi jauh pginyer tu, mesti best kan !