Wednesday, November 12, 2014

Sabtu yg berbagai...

08.11.2014
SABTU

Jumaat petang...menerusi komunikasi hp...angah ada bagitahu sesuatu yg penting. Yg membuatkan aku ngan abang kena layan. Mgkn ini masa depan dia.

Pagi Sabtu tu...gi Red Gym dulu. Exercise. Ni semua gara2 Gym Rakyat tutup pulak sampai bulan Januari 2015. Katanya nak naik taraf. Kalo naik taraf ada penambahan mesin2 baru jgk...syok ler kan. Tp kalo tetiba dijadikan melukut di tepi gantang aje & bahagian fitness yg dilebih2kan...sedih lah.
Rehat dari gi gym rakyat ni buat sementara waktu.
Ok....disebabkan tu...abang ajak gi Red Gym.
RM5 sekali masuk kalo bkn ahli.
Kat sini mcm biasa aku lebih lama buat kardio aje.
Masa2 berbaki sementara tunggu abang abes kan sesi set exercise nya...aku pun gi ler jgk layan mesin2 bahagian weight ni..

Dah selesai...balik umah utk fotostat beberapa dokumen yg angah perlukan.

Lepas Zohor...baru laa keluar utk ke Lenggong lagi sekali. Padahal, minggu lepas baru jer gi sana.
Singgah jap makan nasik ayam hainan kat Simpang tu..
Kenyang...Alhamdulillah.
Kali ni gi jumpa angah kat asrama dia...kitorang tak bawak outing pun. Cuma nak serahkan dokumen yg dia nak tu aje. Antaranya...salinan surat beranak dia, ic ibu dia, ic abah dia, borang BE abah dia, slip gaji abah dia, sijil2 aktiviti dia....
Aku pun nak tengok borang yg dia dpt tu, nak baca syarat2nya. Tarikh tutup 14hb ni. Cuma salinan2 kitorang tu takde cop pengesahan sbb pejabat tok penghulu tutup pd hari Sabtu. Sorang jiran berhampiran rumah kitorang yg merupakan seorang pengetua kolej vokasional pulak takde kat umah hari tu utk mintak cop dia, huhu.
Jadi, mintak angah sendiri laa gi jumpa pengetua dia utk cop pengesahan tersebut.

Sambil2 tu kitorang berborak laa ngan angah dalam kereta yg terpakir di bawah bumbung parking kereta berhampiran asrama tatkala ujan lebat tu.
Tengok ler...abahnya sempat lelap mata tu, adoii.
Tapi bila dh bangun tu...pandai lak selfie purak2 tido, hahaha.
Layankan aje ler.. (gambar tu kat fb abang, kehkeh)..

Macam2 ler berborak ngan angah terutama cerita dia masa periksa. Cerita ada calon luar yg sepatutnya tumpang amek exam kat situ tak datang exam. Ada jgk calon2 exam yg dh kena buang maktab tp meja dorang tetap diadakan jgk dalam dewan tu (dorang amek exam kat sekolah baru)...dan mcm2 ler. Aku ni seorang pendengar yg baik, ye...hehe..

Ni kedudukan exam dalam dewan kat tempat angah. Angah dok kat mana?? hehe...
Bergambar kat depan dewan. Tinggalkan aura semangat utk angah kat sini...hehe. Sambil2 tu tumpang tandas kat luar dewan tu, kehkeh...
Utk angah...buat yg terbaik.
Semoga berjaya apa yg angah impikan.

**Angah bagitau...dia dh hantar dh borang yg telah disempurnakan tu semalam. Skang dia kata cuma perlu berdoa aje laa utk dapat tawaran tu.

Nota ALONA:-
~Doakan yg terbaik utk semua insan2 kesayangan..

3 comments:

mohad said...

salam ziarah

attyfir said...

semoga yg terbaik utk angah .amen

Rinna said...

Moga angah succes jugak macam along.. :)