Drama Keluarga Iskandar musim ke 2 dh abes??
Aduhaii...patut laa aku tunggu ulangan minggu 12hb tu takde. Konon2 tak dapat tengok malam tu sebab sedang dalam perjalanan balik ke Bentong utk tugasan Jumaat 13hb. Tu sebab tunggu ulangan.
Pastu minggu lagi satu..tunggu jugak..Dh takde jugak. Ingatkan sebab CNY ke..
Tapi channel 132 mana ler nak terlibat ngan cuti perayaan cina gini kan. Sendiri pikir...relevan...rupa2nya dh tamat dh utk musim ke-2 ni. Episod last tu sampai abanglong dah terjatuh cinta ngan awek adik dia si Alan dan adik dia yg tetiba diwujudkan watak balik ke pangkuan keluarga pulak...mm..
Jenoh tu nak tunggu musim ke 3, huhu.
Aku pun kebetulan fren fb ngan si pelakon yg pegang watak abang long tu. Aku pun tanya ler dia. Rupa2nya betul ler...musim ke-2 dh abes.
Drama ni mmg benar2 pasal keluarga...hal keluarga yg sememangnya banyak berlaku dalam institusi keluarga. Jika scene bergaduh adik-badik...ianya bukan pergaduhan yg besar2....cuma gaduh manja2 adik beradik, hal tanggungjawab bapa kepada anak2nya, sesama adik beradik...
Takde citer jiwang2, takde citer kekorporatan sangat....sememangnya sangat sesuai ngan tajuknya Keluarga Iskandar. Ia sememangnya berkisar tentang keluarga mereka. Ala-ala drama OPAH tetapi sudah tentu laa jalan ceritanya berkisar keluarga zaman skang, kan....hehe. Drama Opah pun berat jgk kekadang jalan citernya...yg ini ringan aje.
Patut laa citer ni leh menang anugerah drama bersiri kat majlis anugerah. Ianya digarap dgn sebaiknya. Ada lucu dan semuanya berkisar tentang perhubungan kekeluargaan..
Aku mmg dh lama tak layan drama episod. Termasuk ler drama yg diadaptasi dari novel2 yg popular yg aku dh penah baca...ataupun tak penah baca langsung. Tapi aku suka dgn drama Keluarga Iskandar ni sebab ia santai....disampaikan juga dgn lakonan yg santai tapi berkesan. Anak2 aku dalam ketawakan ibu sbb tengok drama ni...akhirnya dorang pun dalam masa yg sama suka menontonnya (termasuk suami aku, tau!!!)....hahaha..
Syabas team drama ni. Semoga musim ke-3 dapat dihasilkan dengan lebih baik.
Nota ALONA:-
~Tak suka tengok drama perasan2 ni, huhu...
No comments:
Post a Comment