Tuesday, February 24, 2015

Cuti2 HatYai - Krabi 14

17.12.2013
SELASA

Pagi tu dah siap2 berkemas...kitorang pun sarapan pagi sekali lagi kat Adam Bungalows. Kemudian misi mengisi 2 tong petrol ke dalam tangki alza dan 2 tong lagi ke tangki avanza. Bermakna...selepas dh isi penoh2 petrol di area Changlun pagi 14hb tu...kat sini laa baru kitorang isi semula dengan menggunakan petrol yg dibawa bekal dari Malaysia, hehe..
**Tapi terlupa bawak corong minyak tu pulak. Guna moncong botol air mineral tak berapa kuat. Ada jgk petrol tertumpah. Kena amek peringatan ni!! 

Dengan Bismillah..kitorang memulakan perjalanan ke Emerald Pool sebelum pulang ke tanahair, hehe. Ikut gps jer. Alhamdulillah, sampai. Dalam perjalanan tu..ada laa pengalaman melalui road block oleh polis Siam. Tapi kereta kitorang lepas aje laa..Alhamdulillah, takde nak check2...

Jauh jugak masuk ke dalam dari jalan besar tu. Tapi yg best Siam ni...walaupun signal liputan cuma E internetnya...tapi leh sampai ke dalam2 hutan tu tau!! Kalo kat Malaysia tu jangan harap lah. Kekadang kat bandar kecik pun dh longlai signalnya. Apakan lagi kalo masuk ke kawasan Air Terjun Chamang..(contoh!!! hehe)..

Dah parking...parking kena bayar ke tidak ye...alamak lupa laa pulak!!
Kitorang pun berjalan kaki ler melenggang lenggok ke pintu masuk Emerald Pool tu. Setiap pelancong luar kena bayar 200 baht sorang woo!!! Jadi, rugi lah kalo dh bayar nilai RM20 tapi tak mandi kat emerald pool tu. Sangat rugi...

Kena jalan kaki dalam satu kilometer lebih baru leh sampai kolam yg indah tu. Dalam 15-20 minit berjalan kaki. Kena jalan kaki atau berlari aje tau!!! Tidak boleh berkenderaan kecuali pihak berkuasa aje.
Ok...berpeluh jugak ler, hehe..
Dah salin baju kat tandas yg disediakan...kitorang pun menghala ke kolam.
Dalam 100 meter jugak kot dari tandas nak ke kolam..
Bergambar kat signboard dan patung gajah...
Sampai2 kawasan kolam...Subhanallah.............tak tergambar kata2 melihat keindahan kat sini. Tengok gambar pun cantek...tengok ngan mata sendiri lagi terlebih2 indahnya..
Luas juga kolamnya...
Kitorang simpan beg kat atas satu bangku ni..
Kena hati2 kat situ...dh ada batu2 dan licin.
Aku tak masuk air lagi. Amek gambar dulu sebab nanti nak simpan semula kamera elok2 dalam beg. Risau jugak kena curi dek orang, kan.
Indahnya alam..
Air yang jernih...walaupun nampak menghijau..
Seronok tengok dorang semua dh masuk air..
Ada tempat dalam sket. Tak sesuai utk ketinggian macam aku yg tak reti berenang ni, hihi..
Rugi kalo tak mandi...
Tergambar kepuasan...
Air kat sini tak sejuk...suam2...
mandi puas2..
Air mengalir dari bukit...tapi air ni tak boleh diminum ye..
Air yg mengalir...kat area sini pun aku ada berendam kejap. Seronok betul!!!
Ni haa...baca laa asal usul emerald pool ni.
Kalo nak detail lagi dalam bahasa Melayu...leh ler google ye.
Tapi bagi aku itu semua tak penting...yg tau...mmg best kat sini.

Dah sudah...kitorang terus berjalan kaki balik ke parking kereta ikut jalan lain pulak.
Saja lah...dh sampai kat tempat orang ni, kan. Kita kutip pengalaman ni sehabis baik.
Bagus kat sini...dorang sediakan laluan ni yg diperbuat daripada batu. Tak macam kat hutan pelajaran Kuala Sepetang tu. Buat dari kayu...reput..buat laluan lain..reput lagi kayunya. Membahayakan serta merugikan duit.
sambil2 leh tengok pemandangan menarik di hutan siam..
Terdapat lagi kolam yg lain...tapi kat sini tidak dibenarkan mandi..
Jalan mcm ni pun ada yg bersimpang 4. Kalo nak jalan lebih jauh leh ler lalu jalan lain pulak, hehe..
Nampak mcm air tu berlumut. Tapi air jernih jer sebenarnya. Batu2 kat situ yg dh menghijau disebabkan air tu  mengandungi sulfur kot, hehe.
Laluan yg teguh.....diharapkan Perhutanan Negeri Perak leh ler jadikan ini sebagai contoh utk dibina di Kuala Sepetang tu. Kesian tengok laluan kayu yg dah reput tu.
Sampai kat pintu gerbang di pintu masuk emerald pool tu...kitorang turun pulak kat air sungai yg mengalir jernih. Geram tengok bila air tu melalui pokok2 dan akarnya...
Mandi sesuka hati...mmg berbaloi jauh2 datang ke sini.
Batu2 kat dalam sungai ni pun dh menghijau..
Cengkerang siput pun kaler hijau...
Ni laa pintu gerbang tu. Kitorang mandi kat sungai tepi tu aje, hehe..
Kat pondok tu ler tempat pembayaran...
Kemudian kitorang pun gi laa ke tandas yg menyediakan tempat mandi bilas dan bersiap pulak utk pulang. Kat tandas tu pun berbayar jugak. Tapi tak kisah laa berbayar pun asalkan tandas dan tempat mandinya bersih.

Lepas tu berpandukan gps dengan signal E tapi masih ok...kitorang pun bergerak pulang menghala ke HatYai dan ke sempadan Dannok - Bukit Kayu Hitam..

Sampai kat Trang..kitorang singgah di restoran muslim yang sama kitorang singgah 15hb sebelum tu utk menikmati makan tengahari.

Bila dah sampai kat HatYai...macam seriau jgk tengok meter petrol dh tinggal 3 bar...kitorang singgah jugak isi petrol kat sebuah stesen minyak kat situ. Isi tak banyak pun. Agak2 lebih dari cukup utk sampai ke Changlun. Kat Siam kan petrol mahal, huhu. Asal selamat masuk Changlun pun dh ok...leh isi petrol kat situ pulak. Harga petrol kat Malaysia masa tu takde laa murah pun...tapi sebenarnya seganda lebih murah dari harga di Siam...Itu utk ron95 laa ye. Harga ron97 kat Malaysia lagi murah dari harga Ron95 kat Siam waktu tu, huhu. Tu sebab kitorang kitorang bawak bekal petrol tu, ngee..

Kat Dannok...kitorang singgah. Nak makan malam.
Tak tau kat ner ada jual daging bakar yg dorang kata sedap sangat kat situ. Bila dh makan kenyang kat gerai lain...baru nampak ada gerai daging bakar belah2 sana..

Rupa2nya Fadel dah beli masa kitorang pusing2 cari cenderahati utk ayah. Dapat ler rasa sepotong...jadi ler. Tapi serius cakap...takde ler sedap sangat daging bakar kat sana bila aku dh rasa daging bakar (salai) kat Lemang To'ki, Bentong hari tu..

Kat imigresen...aku dh salah paham sebab tak turun cop passport mengatakan dh keluar dari Siam. Kena pusing balik selepas kena melalui sedikit kesesakan di imigresen Malaysia, huhu. Takde apa laa...urusan tetap berjalan sebaiknya. Cuma masa tu dh terbuang laa, kan kena ulang masuk border siam pulak, hehe.
Takpe, itu adalah pengajaran. Pengajaran itu pengalaman. Utk aku dan yg tak tau. Yg dh tau...mereka dh terlebih dahulu mendapat ilmu tersebut.

Dh masuk Changlun...kitorang isi petrol lagi utk sampai ke Taiping.
Alhamdulillah...sampai umah dh tengah malam dengan selamat sejahteranya.

Lega. Setelah setahun 2 bulan pengalaman itu sudah berlalu.....habes jugak akhirnya aku simpan cerita pengalaman berharga kitorang yg berkereta ke HatYai dan Siam buat pertama kali. Alhamdulillah...segalanya berjalan dgn sebaiknya dan dipermudahkan.
Utk setakat ini...ini sajalah cara termampu kitorang membawa anak2 melihat negara orang...melihat keindahan alam milik Allah ini. Semoga ada lebih rezeki utk sampai ke destinasi2 impian kami sekeluarga...

Nota ALONA:-
~Cerita hanya berkaitan dengan aku...

1 comment:

arysha_fayyadh said...

Assalam sis alona,
YaAllah memang santek sangat la kolam ayor tuuuuuuuuuuuuu
tapi jenuh gak yer nak menapak he3