JUMAAT
Kitorang balik Bentong pada petang hari Khamis 12hb.
Sampai pun mmg tengah malam, laa...Alhamdulillah.
Pagi Jumaat tu...kitorang keluar ke Mahkamah Majistret Bentong. Takde urusan berat laa pun. Cuma nak amek cop pengesahan dari Pesuruhjaya Sumpah utk surat akuan aje. Dah memang syaratnya nak cop pesuruhjaya sumpah yg betul2 di mahkamah. Kena laa ikut. Pihak tersebut tak mau cop pesuruhjaya sumpah jenis yg diberi lesen dan membuat perkhidmatan tu di kedai2 biasa...
Surat akuan tu aku yg taip sendiri...dan print. Dorang dh bagi contoh dah. Jimat RM10 kalo soh jurutaip awam yg buat, kihkih..
Menunggu kejap... |
Kitorang tunggu dalam kereta aje. Nampak ler seseorang ni berjalan seorang nak ke tempat yg sama, huhu.
Dari situ...terus aku ajak ayah gi ziarah pusara mak pulak.. Aku ni...selagi rasa ada masa leh curi2 nak gi ziarah pusara mak...mmg aku akan pergi. Rasanya...selepas arwah mak dah meninggal dunia dalam 2 tahun lebih ni...sekali jer aku tak gi ziarah pusara mak kalo balik Bentong. Iaitu masa kitorang balik nak amek motor along bawak ke Taiping ikut Cameron Highlands tahun 2013. Sebab kitorang kena keluar pagi2 lagi...risau ujan kalo lambat2. Ayah jer sempat bawak mak dan abah (mentua aku) ke situ sekejap pada hari yg sama masa tu.
Malam tadi mmg aku ada mimpikan mak.
Mak senyum....senyuman yg aku rindukan.
Sentiasa berdoa utk kesejahteraan emak di sana... |
Doa dan al-fatihah sentiasa ada utk emak tak kira di mana terdetik...InsyaAllah.. |
Nota ALONA:-
~Kasihlah ibu.....kasihlah ayah...insan yg membawa kita lahirnya ke dunia.
1 comment:
lamanya x gi sini..
Post a Comment