Sunday, February 1, 2015

Majlis sambutan hari lahir anak buah..

30.01.2015
SABTU

Petang balik dari Penang...petang2 sket...aku sempat kuar sengsorang cari hadiah utk anis dan ain sempena sambutan besday dorang mlm nanti. Sebelum tu dah gi kedai lain...mata ni tak nampak mende menarik. Tak tau nak bagi apa. Masa dh kat umah tu...tingat nak beli buku aje kat kedai buku KINI sebab badan ni sebenarnya letih dah nak gi kedai jauh2 dari rumah. Tapi tetiba otak ni tingat lak kat tapak pasar Ramadhan tu sedang berlangsung satu karnival...dan tingat gerai yg jual t-shirt I AM tu...terus gi situ aje.

Alhamdulillah, jumpa apa yg berkenan dan dirasakan sesuai utk anak buah dua orang ni.
Beli laa sorang selai.. Saiz aku main agak aje, huhu.
Utk Ain..
Ni utk anis. Tempah utk nama anis ni cuma 5 minti aje dh siap.
Balik umah...aku mintak tolong Akiss boh dalam kotak dan balutkan.
Saja ler takmo bagi nampak lembek sgt hadiah tu, hehe..
Akiss dah balut...abang lukis kat komputer dan print kan sebagai pengganti kad, haha.. Semuanya dalam keadaan yg sesegera mungkin sebab lepas Maghrib dh nak gi umah mak dah..
Ni utk ain....
Kat umah mak...dorang dh sebok2 menghidang.
Beberapa orang tetamu dah hadir...Jemputan tak ramai pun. Kita2 aje, hehe. Buat nak bagi besday girl tu seronok2 aje. Ni pun mengejut aje pun...takde perancangan rapi. Belon2 semua takde. Aku pun mmg tak sempat nak nolong apa langsung sebab mmg dah plan nak gi Penang hantar print album urgent jugak!!!
Adek anis..
Kek ni Yui yg buat...utk adek Anis dan kakak Ain..
Ok...stanby...semua nak amek gambo guna kamera hp ni, hihi..
Tiup...tiup...
Dorang ni adik-badik. Elok pulak kakak lahir 26/1, adiknya lahir 27/1...berlainan tahun laa, hihi.
Majlis mengejut ni pun mak ayah dorang ni buat hari ujung minggu laa. Tak kalut ngan hari persekolahan..
Alhamdulillah, kenyang kitorang malam tu. Dapur umah aku mmg tak berasap ler hari tu, hihi..

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...

No comments: