ISNIN
Pagi tu aku gi eTiQa insurans cawangan di Kamunting.
Mmg sejak 2011 (tahun ke-2)...utk alza ni kitorang sendiri pergi ke cawangan eTiQa utk perbaharui insurans nya. Best nya gi sini sebab kitorang tak yah bayar upah ejen...Dah tengok beza harga yg ejen bagi dengan kitorang gi sendiri selesaikan, banyak jgk bezanya. RM100 lebih jgk tau. Tu belum upah gi JPJ perbaharui cukai jalan lagi.
Orang yg bekerja ni lain...mungkin laa takde masa kot, kan. Tapi macam aku ni...ada masa...aku gi sendiri lah. Bukan susah pun. Tambah pulak ofis eTiQa tu kat Kamunting jer ni, haa. Bukan ramai orang mcm kat pejabat pos atau bank pun nak tunggu giliran lama2 sangat, kan..hehe. Duit yg seratus dh jimat tadi tu leh guna utk perbaharui cukai jalan pulak, kan..kan..
Officer ni cekap kerjanya.. |
Nota ALONA:-
~Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment