Monday, February 2, 2015

Ke Penang - meronda jap..

31.01.2015
SABTU

Malam tu pulun abeskan keje depan komputer...sebab projek ni urgent. Kena siap sebelum cuti CNY. Juga nak amek album yg dh siap kat kilang tu. Ni pun urgent jgk ler. Pengantin nak cepat, weh!!! Dia ni mmg tau nak cepat aje, ler. Dalam ramai2 pelanggan perkhidmatan kitorang...yg ni mmg semacam sket, huhu. Tapi takpe...kitorang sentiasa positif.
Konsepnya senang. Kitorang ni pegang amanah orang. Kalo kena buat cepat pun...tetap kena buat elok2, jaga kualiti. Kesan jangkamasa panjang tu...........nama baik kena jaga. Dorang puas hati...nama kitorang pun terjaga, kan. Dalam perniagaan ni...pelanggan selalu benar, mmm..

Bermula awal Januari...tiap2 hari aku tido lambat...kul 3 pagi...3 pagi. Abang kena tido awal laa sebab esoknya nak kena keje lak. Tapi takde laa awal jgk...dekat2 kul 2 pagi jgk baru tidonya.
Mcm aku ni..kat umah aje. Ngantuk siang2 bila2 aku leh tido, kan..

Tapi nasib baik ler minggu tu along ada balik. Angah pun mmg ada kat umah. Dorang ler teman aku sampai kul 2 lebih camtu. Lepas tu aku sengsorang ler. Masa tu mmg terpikir...mcm ni laa arwah mak aku cari rezeki dulu bila keje shif malam-pagi kat kilang kain selama nak dekat 30 tahun cari rezeki kat situ. Sedihnya bila ingat2, sob..sob..

Ok, berbalik pada cerita..
Pagi tu kitorang keluar...terus gi kilang hantar projek utk dicetak. Kena siap sebelum kilang tutup seminggu sempena cuti CNY.
OTW...yang bujang dua orang tu...dh tertido!!
Atas jambatan lama..
Dah nampak pulau....
Mmg dh janji ngan Miss Isabella...aku nak datang ari ni. Nak hantar projek utk print, nak amek album yg dh siap, nak hantar semula satu album fotografer lain yg dorang dh salah hantar ke aku. Yg poster frame customer aku...dihantarnya ke fotografer tu pulak..bertukar pulak dh, adeii. Pertama kali jadi gini...salah staff yg melekatkan alamat tu ler.

Dah setel kat ofis Isabella...aku ajak abang ronda kat Gurney Drive. Dah alang2 sampai sini kesemua anak2 ada, kan.
Tapi angah lak rasa nak buang air kecik. Jadi, kitorang pun singgah dulu kat Padang Kota ni. Ada tandas awam kat situ. Sementara tunggu angah..posing dulu kat tempat parking, hehe..
Posing ngan anak dara ni tengah2 panas meghelit, hehe..
Lagi...ngan budak masham aku ni, huhu..
Ok...angah dh ada...amek gambar wajah2 kesayangan hamba ni..
Kemudian baru ler ronda2 kat Persiaran Gurney ni. Panas terik!! Turun jap kat tepi jalan. Ikutkan kat situ tak leh parking, hehe.
Guna kamera hp...gelap tak nampak skrin. Dah ler tengah panas, huhu. Main agak aje..

Takde masa nak masuk shopping mall kat2 situ sebab kitorang nak berkejar ke tempat lain pulak. Masa mmg terhad kat Penang ni sebenarnya sebab dh ada temujanji ngan bakal client. Nak tengok contoh album.
Masih di Persiaran Gurney..
Menghala ke Bayan lepas...
Kitorang nak ke PISA...skang dh tukar nama SPICE pulak..huhu.
Ada expo halal. Nak gi jengok2...kot ada barang2 best utk dibeli.

Nota ALONA:-
~Alhamdulillah....

No comments: