Sunday, June 21, 2009

Mr. Perak 2009

Disebabkan abang minat sukan bina badan ni..aku pun dpt laa sikit2 minat nak nengok acara sokan cenggini.
Diorang ni seksi ke? Ish..takde laa. Kalo dinamakan sokan..aku tak rasa diorang ni seksi. Sama laa cam acara renang, terjun papan anjal, gymnastik, wrestling, sumo...olahraga pun!

Bagi aku..aku tabik spring ngan ahli2 sokan bina badan ni. Pasal..bukan senang diorang nak dptkan otot2 yg cenggitu. Nak kena disiplin ngan diet2 yg ketat. Semangat kena kental.

Jadinya, Sabtu 20hb Jun ari tu..aku pun ngikut abang ke Ipoh Parade. Hari ini dlm sejarah gak..abang mula2 jumpa salah sorang user hardcore binabadan forumer iaitu Ady aka Dymen. Dia turun dari KL semata-mata tak nak lepaskan peluang tengok acara yg best ni, ngeh2..

Ni kali ke 2 aku tengok acara Mr. Perak ni. Tapi kali ni kitorang tgk abes 8 kategori yg dipertandingkan.
Ramai betul peserta tahun ni. Nampaknya, semakin ramai yg berani beraksi di atas pentas Mr. Perak ni..hehe.

Ni kategori yg paling ramai disertai..iaitu kategori novice. Nak pilih final cuma 6 orang aje.

Gambar kat atas ni lak kategori remaja bawah 21 tahun. Ada laa 2 orang budak dari Simpang yg abang kenal turut masuk bertanding..hehe..Nak aje aku soh abg tanya diorang ni..apa perasaan pakai cenggitu di depan khalayak ramai, yek??


Ni kategori Master..utk yg berusia lebih 45 tahun. Cayalah uncle!!


Ni kategori 'bantam'..bwh 65kg. Tgk tu..ada sorang peserta rambut dia mcm watak Bezita kartun Dragon Ball, hehe.


Ni acara yg dikuasai oleh Navy dari TLDM Lumut iaitu kategori light weight.



Ni lak kategori middle weight. Yang ni ramai laa peserta yg punya muscle hebat2! huhu..


Kat atas ni lak kategori heavy weight. Ramai otai2 yg masuk kategori ni.

-----------------------------------------------------------------------------------
Gambar kat bawah ni adalah 7 pose wajib:-

Front double biceps;

Front lat spread;

Side chest;

Back double biceps + calve;

Back lat spread;

Triceps;

Abs + thighs;
Harap2 korang yg baca ni leh dpt sket panduan, yek!!

Ni laa Mohd Faizal yg menjadi Mr. Perak Champ of Champs 2009..Tahniah!


Abang ngan Dymen tak lepaskan peluang bergambar ngan champion selepas tamat acara.

Ni lak ngan pemenang light weight.


Haa..ni aku lak bergambar ngan pemenang kategori heavy weight.

NOTA KAKI:
Cuma hari ni kitorang tak dpt jumpa along yg tiba2 aje jadik lak mewakili MRSM PH bagi kuiz Maths di MRSM TAIPING. Pasalnya...petang Jumaat tu dia tipon kata tak jadik. Kitorang pun angkat kaki laa gi Ipoh Parade nak nengok Mr. Perak ni.
Tak pe laa..lagi 2 minggu outing..ibu, abah ngan adik2 gi lawat along yek. Lagipun, baru minggu lepas along balik hostel..ngeh2.

21 comments:

Fara_Adura said...

Wahh..berketol2nye..heh. Hubby fara pon ske gak gim2 neh akak..sebot aje..tapi ade kot 2 kali pg gim..kaka.

Seksi oh.. keke.Akak totop mata tak time nengok tuh..ekeke

sue-ab said...

hehe...nape kaler kulit diaorg sume sama jek...aku tak minat tgk badan lelaki cam ni..takut pecah...bersyukur dapat yg seperti depan mata ini...hehhehe...yg tu tak seksi lagi tu...kalau dia pakai gstring baru la...hahahahah!!!!

TokNabe said...

Ramainya lelaki gagah perkasa tu. Itu memang bina badan, tapi ramai juga orang2 lelaki sekarang ni yang hanya bina perut je.. hahaha.

Mrs Nurul said...

steroid!!!!

steroid!!!!

steroid!!!!

steroid!!!!

steroid!!!!

steroid!!!!

euuuw orang minyak ek ape ni? huhu sgt berketul2...tatotye..

Khas Lysha said...

uii seksinyer... menyucuk mata melihatnyer.. :D

Unknown said...

Salam Hari Isnin, alamak ngerinyer tengok badan2 deme...nasib baik iela tak bawa anak2 g Ipoh Parade minggu lepas...kalau tak mesti banyak mulut bebudak tuh...hahahaha

etomyam said...

fulamak.....ngeri pulak tengok gambor2 ni......machos n perkasa hehehe...mintak izin nak capture sebahagian gambar tu boleh tak?

Unknown said...

fuhh best kak.. MK mmg minat bina2 badan ni.. dulu masa kt u slalu gak gim ni skrg dh keje n dh kawin lagi xda masa hehe cam alasan jer bunyik nye ek..

jebat_durhaka said...

nape le badan aku tak mcm diorang..huhuhuhuh best giler tu

attyfir said...

wow..berketol2. badan ha..

Farasela said...

segan lak nengok diaorg nie...tp ok jer...bdn ketul2 ye...berkilat lak tu...mkn apa le diaorg nie sampai bdn jd camtu...

ALoNa CintamaniszLite said...

Fara; hubby fara tu tak sempat g gym pasal rezeki dtg mencurah2. Fara aje laa jd coach dia, hehe..

Suhaila; sape laa yg bertuah kat dpn mata tu yek?

Tok Nabe; betul laa..ramai yg bina perut seketul besar terus..takde dah 6 ketul kecik2 tu, ngeh2.

Lampu neon; mmg org minyak ni, kilat2 badan diorang. Mgkn ada yg guna steroid..mgkn ada yg tak. Kalo betul2 tau pasal bina badan ni..leh kenal yg guna dan yg tak..

Khas; aduh! dah ok ke mata yg tercucuk tu, hehe..

Miella; ramai budak2 tengok. Yg bg moral support kat bapak diorang pun ramai. Ramai laa kelibat org ketol2 kat ipoh parade semalam, hehe..

etomyam; punya badan perkasa tu dh minat diorang.

MK; dah hang tu sebok dok cari bahan nak kongsi aje, mana ada masa nak gi gym..hehe.

Jebat; tak yah laa. Hang cenggitu pun..wife tetap syg.

Atty; jd pempuan gak best kan?

Farasela; diorang telan telur ayam kampung ngan ayam2 kampung tu sekaligus, wakaka.
Jgn marah ye para ahli bina badan..

Anil said...

ngeee... shekshinyeee.... hikhikk...

Anonymous said...

seksi n seksa mata memandang nie...heheheheh
tak pernah lg tgk live nie..
n tak minat pun...

Rinna said...

Waduh2..ketui2..hehehe..belekuk sana sini..hehehe..berminyak2 ekk.. Wah @lona.. siap gambar ngan Champion lagik..ekk.. :)

Anonymous said...

adoiiiyaiii..not my tes..

anaklaut said...

bestnya...nak masuk jugalah bina badan ni..hehehe.


p/s: CINTAMANISZ Lite,

ya sangat berhemah..saya masa tu agak memang akan kena dah..tapi nasib baik..alhamdulillah..

kalau kena pun saya rela, nak wat macam mana..terima saja..:

dia cool datang berjumpa..memang sangat saya rasa bersalah sangat..!

RunWitMe said...

Hi...

I jumpa blog you masa google pasal Mr. Perak.

Nice pictures tapi apasal gambar kuning2? White balance tak betul tu...

Anyway....kalo nak tengok videonya bolehlah ke http://runwitme.blogspot.com/2009/06/mr-perak-2009.html

Krasz bAtu said...

i ada kat situ masa niii

Suziey Ahmad said...

adoi..ngeri tgk bdan2 depa ni..ishkk...

Lina M Ishan said...

wah gambar pakwe kita pon ada Pemenang Heavy Weight