Friday, August 28, 2009

Kala Hujan....

Alhamdulillah..musim hujan lagi Ramadhan kali ni. Takde laa teruk bagi kanak2 yg sedang berpuasa menahan dahaga. Kalo lapar diorang leh tahan lagi. Tapi kalo dahaga tu..hmm, org tua pun terkadang tak leh nak tahan, hehe..

Tapi bagi penoreh getah..susah laa jugak nak cari rezeki ye. Dah musim ujan. Tiap2 hari ujan..bila masa diorang nak noreh pasal pokok getah basah..

Ni kat depan umah aku ler ni. Aku snap time2 ujan. Ngan kamera hp aje. Depan tu bekas lombong. Tapi dah penoh ngan semak2 dah. Walaupun cenggitu..jgn ler sewenang2nya masuk situ. Mau terjerlus masuk dlm lombong plak, ish!! Kat situ gak ada ler makhluk Allah yg lain menumpang teduh termasuk ler ular. Pasal..kat situ dah tentu laa katak banyak, kan??

Hmm...ni aje laa antara pokok2 tanaman aku kat depan umah tu. Maleh dah nak bela beriya-iya. Bila ujan tiap2 hari tu..Alhamdulillah laa..segar-bugar pokok2 tu, hehe..

Sampai bunga ni pun mengeluarkan kudupnya, ngeh2..

Pokok kaktus ni aku beli raya tahun lepas. Cenggini ler..pasal tak berjaga sgt pun.

Pokok ni lagi ler. Jenis tahan lasak. Pasu dia ari tu mengereng pun..dia okey aje, huhu..

Hmm..ni ler pasu air utk ikan guppies. Kecik aje pasunya, jadi laa kan? hehe..
Yang ni pun aku bukan jaga sangat pun. Enam bulan baru aku basuh lumut2 yg muncul kat tepi2 pasu tu. Tapi okey gak..pasal guppies mmg suka sgt ler ngan lumut2 tu. Cepat pulak membiaknya kalo keadaan cenggitu. Cuma kalo berlumut sangat..mula laa muncul cacing2 halus, siput2 air jenis halus2 tu..time tu kena laa cuci pasu air tu.

----------------------------------------------------------------------------

Oppss..twitt!! Aku nak citer pasal duit kertas yg rosak pulak..

Pernah ada pengalaman dapat duit baki yg terkoyak sket, duit yg koyak byk tp dah diselotepkan atau duit yg berconteng???
Kalo citer pasal duit kertas terkoyak, duit dh koyak tp diselotepkan, duit berconteng...aku mmg nyampah kat org2 yg telah melakukan perkara camtu kat duit. Cara diorang tu mcm duit tu tak bernilai..tapi akhirnya menggunakan jugak duit tu.

Selalunya duit terkoyak ni terjadi kat not RM10, RM5, RM1 ler..
Selalunya jadi cenggitu bila diorang bagi duit nilai cenggitu kat anak2 kecik. Anak2 kecik yg tahu kertas tu ialah duit (sebab duit ni ada spirit tau!!) tapi anak2 kecik ni tak tau nak wat camne ngan duit tu melainkan dengan mengoyakkannya, hmm..
Selalunya..duit ni dpt kat budak2 kecik tu bila diorang nangis2 nampak mak, pak atau abang dan kakaknya pegang duit..dia pun nak pegang duit. Jadinya..sebab RM10 ke bawah tu nilainya kecik..org2 dewasa ni bagi laa anak kecik diorang tu pegang utk tak bagi nangis.
Masalahnya, bila duit tu anaknya terkoyakkan..mak pak rasa syg ler pulak kat duit tu walaupun nilainya RM1 aje. RM1 tu kalo beli gula2 leh dpt 17bijik. Kalo beli kuih..dpt gak 3 bijik..hah!!
Jadinya..amek laa duit tu dan diselotepkan balik. Pi laa berurusniaga guna duit tu.

Duit yg berconteng;
Aduhai..yg ni lagi laa. Dah tau takde kertas nak tulis no. telepon ke hapa..tulis laa kat tapak tangan ke..koyak kertas sokabar ke. Ni..tulis kat duit. Bila dah bertulis ni..duit sebenarnya dah tak laku. Cashier yg menerimanya pun mesti tak perasan tu. Kot masa duit tu diurusniagakan...duit yg dah berconteng tu dilipatkan agar tak disedari oleh si penerima, kan?? Jadi lepas laa dari tangan ke tangan org lain pulak...
Pastu..ada pulak yg tulis kat duit tu I LOVE U la..AKU RINDU KAMU laa..diorang ni mmg giler betul laa. Tak leh nak luahkan dlm bentuk lain ke?
Yg si penerima tu pulak..kalo betul dah angau..simpan ler duit tu kat album ke hapa. Ni..pandai pulak nak gunakan kat kedai!!!

Yg aku benci tu..pasal..last2 duit tu dapat kat aku lak. Padahal aku ni bukan jenis menconteng2 duit, mengoyakkan duit...merosakkan duit sampai dah takde nilai. Tapi tak pasal2 dapat kat aku (kes tak perasan ler ni!!)...bila aku nak gunakan utk berurusniaga..tak laku la pulak!!
Kat Tabung Haji pun..diorang pun tak mau duit tu tau!!!

Jadi..skang ni senang aje. Bila aku dah berurusniaga kat kedai, dapat balik baki..aku check satu persatu duit kertas tu. Kalo ok..baru aku beredar. Kalo ada jenis2 duit terkoyak, berselotep dan berconteng..aku mintak tukar ngan duit yg elok kat cashier tu.

Pernah laa diorang kata yang diorang pun dpt duit rosak tu dari pelanggan lain..Argh!!! aku tak kira..aku tak nak duit rosak cenggitu. Pasal aku bukan jenis merosakkan mende2 bernilai ni. Aku cakap kat cashier atau tokey tu..lain kali jangan ler diorang amek duit2 cenggitu dah.

Dah ada yg buat camtu..siap tulis kat kaunter..KAMI TIDAK MENERIMA DUIT YG KOYAK DAN BERCONTENG. Ada gak cashier yg dah dipesan oleh tauke diorang agar tidak menerima duit2 yg dicacatkan cenggitu.

NOTA:
Catatan ditaip ngan ayat tunggang langgang sket pasal sambil membina ayat..sambil tengok tv, hehe..

6 comments:

ikiqzana said...

kat sini pun ujan gak sis.. sejuk.. best klu dpt tido lama sikit...

zana ada tersesat jugak dpt duit koyak dn ditampal.. benggang2 bila dpt duit camgini.. huhuhu...

░♥si lampu neon♥░ said...

hujan memang best...

duit tetap duit, koyak cemane pon ianya berharga tuuu

Rinna said...

Yer laaa kat KL nie..pun hari2 ujan. Boleh kata setiap petang mesti ujan ada tuh pepagi dah ujan jugak..

Wah rajin jugak menanam pokok yer.. :)

Ada gak bila membeli belah dapat kat kita duit koyak nie.. tapi nak wat cam na terima je laa.. :)

[-suziey-] said...

emm kl pn ujan kak..sonot btol tido..ekeke:D kak alona..jgn lupe ok..raya ni kita jmpe tau..hehehe..akn sy terjah umah akk utk mkn kuih yg akk buat..ekeke..dasar muka xmalu sy ni..hahaha:p

sy pn pnh dpt duit koyak..koyak ilang trus plak tu..sy guna kt pasr mlm..:D

wirajiwa said...

adoi cateqnyer...

Faridah said...

tumpang sejukkan mata tengok pokok yang akak tanam..rajin akak menanam..

biasanya kat pasar malam la kita dapat duit koyak tu..saya kalo lps dapat duit x elok, terus guna duit tu..x nak simpan lama2