Thursday, October 13, 2011

09hb yg mencemaskan!!!!

09 Oktober 2011
Ahad

Ahad tu seperti biasa kalo tak ke mana2…aku akan masak seperti biasa dan kul 11 dh leh makan nasik. Hari tu aku ada wat kerabu mangga. Wlpn mak baru keluar wad namun aku masih risau ngan keadaan mak yg masih belum pulih sepenuhnya apatah lagi aku belum berkesempatan utk menjenguk emak di sana. Aku dh plan nak balik Bentong masa along pulang bermalam lepas abes peksa ni..iaitu ujung minggu ni 14hb malam. Dapatlah jgk along jengok wan dan atuk dia sekali. Dah laa gi Janda Baik tengah bulan September ri tu dia tak dpt ikut. Tapi tu lah ye…kita merancang..Allah yg menentukan.Kitorang kena balik Bentong awal lagi dari tu.

Petang tu aku dpt sms dari Fadel. Sms yg mengecutkan perut aku, yg menghibakan aku. Aku kol fadel..ckp ngan ayah. Mereka sdg menanti ambulans datang amek mak utk dibawa ke hospital. Jiran2 pun ramai yg datang melawat tgk keadaan mak. Aduhaiii…merembes airmata aku. Terus aku ckp kat abg nk balik Bentong dan abg pun setuju.

Aku pun main hambek aje pakaian luar & dalam terus masuk dlm beg. Angah ngan akiss pun aku ckp kuantiti pakaian yg mgkn diperlukan utk dorang cari sendiri dan taruk dlm beg. Aku terus tutup gas, tutup suis thermopot dan pelbagai langkah2 keselamatan umah sebelum bergerak pulang ke Bentong. Aku cuma sempat tukar t-shirt aje..Abg sempat kol kak nor & mak mentua aku utk memberitahu perkembangan terbaru ni.
Akhirnya, dlm kul 2.45 ptg kitorang bergerak keluar dari umah. Airmata aku dh merembes..risau..takut tak sempat tgk mak. Dalam perjalanan awal…perut aku rasa senak, rasa sakit mcm senggugut tu. Padahal bkn waktu period aku dan aku pun dh lama tak rasa senggugut mcm tu. Perut terpaksa ditekan2..dek kerana kerisauan. Mujur aku ada bawak minyak sapu mustajab Nonaroguy yg aku dh guna sejak kelahiran anak sulung aku lagi..Masa isi petrol kat Caltex Hentian Sebelah Bukit Gantang…sempat aku sapu perut ngan minyak nonaroguy. Alhamdulillah, kat area Simpang Pulai..sakit tu dh beransur hilang.

Fadel pulak sentiasa menghantar sms terkini…khabar & perkembangan mak yg berada di dalam wad kecemasan.
Mak dikhabarkan sangat2 kekurangan gula dlm badan sehingga badan mak seperti sudah nazak. Aku dgr citer ayah dan fadel pun rasa hiba sgt. Sepanjang perjalanan tu..hati aku sentiasa berdoa dan berzikirullah agar mak aku selamat. Kitorang bergegas balik ke Bentong ni bkn nk tgk keadaan mak aku yg tenat…tapi aku sangat berharap mak aku selamat, selamat, sihat…walaupun tak dpt sesihat dulu.

Kat Batang Kali..OTW nk mendaki Genting..fadel sms lagi. Kata mak balik umah. Mak tak mau dh ditahan di wad. Cukuplah lebih dari 10 hari dok di wad dengan air yg dh dimasukkan sebanyak 27 botol!!!
Mak ckp kat aku hari mak keluar wad hari tu.…biarlah mak mati di rumah.

Kitorang sampai kat Bentong hampir jam 7  petang. Alhamdulillah, mak nmpk seperti dulu, sihat dan boleh melipat kain baju. Itu yg aku harapkan. Aku dpt salam mak, cium mak, peluk mak!! Ada makndak tet di rumah..kemudian makcik sara jiran sebelah umah mak ni pun ada datang jengok.
Fadel & Dayah masih ada di rumah. Dorang yg sepatutnya dh nak balik KL jam 2 petang tapi ditangguhkan kerana keadaan mak tadi.
Malam, ayah bawak mak keluar gi umah Pak Lang Jama. Nak usaha jgk ngan perubatan tradisional. Kitorang jgk keluar tp ke restoran MidNight ngan Fadel & Dayah skali.
Lepas makan…dorang pun terus balik ke KL..kitorang balik ke umah mak.

10 Oktober 2011
Isnin
Angah terpaksa tak ke sekolah lagi. Akiss dh sms cikgu kelas dia OTW nk ke Bentong semalam utk  memaklumkan mengenai perkara ni. Mujurlah belum hari peksa akhir tahun lagi. Angah hari ni (13hb) baru mula peksa. Akiss lak hari Isnin minggu depan. (Mlm 10hb ri tu terus je aku print surat ketidakhadiran tersebut utk angah dan akiss serahkan pada guru kelas masing2. Anak2 aku tak hadir ke sekolah bkn tiada sebab, bkn saja2..Itulah kebiasaannya, tak hadir ke sekolah mmg aku akan buat surat).

Aku bangun pagi tu mak nampak ok lagi. Aku kuar jap ngan akiss gi menapak beli nasik lemak kat depan masjid Taman Desa Damai. Balik dari tu lah aku tgk mak dh mcm kesejukan. Jiran mak...maklong dan isteri pak imam ada dtg melawat. Sambil berbual maklong urut2 dan gosok2 kaki mak. Mak pulak sambil berbual tu dh tertunduk2 dh. Lepas jer jiran mak balik...terus jer mak baring mengerekot. Aku pun amek ler selimut tebal selimutkan mak. Rasa kaki mak mmg sejuk. Aku pun amek minyak angin buah pala...sapu kat kaki mak. Kemudian, aku ngan abg keluar ke bandar Bentong jap. Nak cari kedai Zhulian nk beli gula buah-buahan tu..tp tak jumpa lak. Rasa mcm penah tgk kat deret2 kedai William Optic tu....tp takde lak bila nk gi situ kali ni, aduhaii..Ronda2 kat area bandar Bentong sampai ke deretan kedai baru kat Batu 1 tu kot2 Zhulian tu dh pindah pun.....tak jumpa jgk, mmm..
Sempat gak ler sebelum tu aku ngan abg gi membeli brg2 nk masak tengahari kat Thong Fatt Lido. Maleh dh nk masuk pasar, hehe..

Tapi balik2 dari tu..badan mak panas laa pulak. Mak dh tak pakai selimut dh. Kipas pun dh bergerak..mak panas. Aku masak kat dapur. Elok dh masak...ayah sampai baru balik dari noreh. Mak makan gak wlpn sket jer. Lepas tu mak baring semula. Aku jaram kepala mak ngan air asam jawa. Pastu letak tuala atas kepala. Lama sket...aku gi basahkan balik tuala. Tp badan mak masih panas. Sian mak..Plan nk balik kul 2 ptg & barang2 yg tak banyak dibawak tu aku dh siap2 packing pun. Tapi tak sampai hati nk balik awal...aku tunda lagi sejam, mmm..
Dh kul 3...kitorang kena beransur. Angah & Akiss kena gi sekolah esok, abg lak keje.

Sebelum balik..sempat bergambar ngan ayah. Ayah pun dh 57 thn pada awal November nanti. Kitorang pun mendoakan kesihatan ayah sihat selalu.
Ni laa keadaan mak sebelum kitorang balik. Tak daya nk bangun. Suhu badan pun panas masa tu. Badan mak tak boleh nk kontrol suhu natural. Kalo tak sejuk....panass..
Tiap2 hari aku mesej ayah tanya mak mcm mana..tanya jgk kabar ayah mcm mana..hehe. Kkdg2 ayah yg mesej aku dulu bagitau perkembangan mak camne. Ayah pun ada usaha mengubat mak ngan cara tradisional. Tp bkn makan ubat-ubatan ler...cuma luaran aje. Mandikan mak ngan pokok resam campur ngan bunga2an, barutkan mak ngan daun kelampayan dan jaramkan ngan pucuknya yg dh diramas ngan air dlm mangkuk. Semuanya utk stabilkan suhu badan mak.

Nota:-
-Ayah citer..sepanjang mak seperti tidak sedarkan diri pd 9hb hari tu..Alhamdulillah, mak boleh ikut apa yg ayah sebut, zikirullah di bibirnya tak henti2 termasuk membaca ayat alam nashrah (al-insyirah).
-Timakasih kat mak mentua aku yg sgt memberi perhatian dgn kesihatan mak. Selalu tanya mengenai perkembangan kesihatan mak.
-Hari ni along boleh balik umah setelah melalui exam khas maktab semalam. Katanya 17hb dh kena balik hostel semula.
-Semoga hari ni kesihatan mak lebih memberangsangkan. Amin

5 comments:

Gieyana said...

mak kak Lona pon x sihat gak erk..sama mcm mak sy..moga mak Kak Lona dberikan kesihatan yg baik n cepat sembuh k..

attyfir said...

semoga makcik cepat sembuh.

Suziey Ahmad said...

smga mak kak alona akn sembuh dan sihat speerti dulu...bole g ikut jln2 lagi..

kurus said...

semoga mak akak kembali sihat
patut lama akak x singgah umah saya huhuhu

Unknown said...

Insyallah doakan cepat sembuh yer