Monday, October 24, 2011

Perjalanan pulang singgah Cameron Highlands lagi & lagi...

16hb Oktober 2011
Ahad

Kitorang keluar dari TDD, Bentong hari tu jam 1 lebih.....melalui bandar Raub, Sg. Koyan, Pos Betau ke arah Cameron Highlands ler lagi (sebelum sampai ke Tepen), hehe...
Budak2 ni tido mcm ni ler selalunya dlm keta. Seat belakang tak bukak..psl dh tau kat Cameron kang ada mende nk dibeli dan bakal memenuhkan kete ler, kan...
Cantek kan jalan dari Sg. Koyan nk ke Cameron ni, hihi..Tp dlm perjalanan tu ternampak ler budak ni naik motor tak berbaju. Ish..ish..tak rasa perit ke kulit badan dia? Pdhal tgh panas terik tu. Tp belakang badan dia mcm ada kesan merah2 aje...luka tak kering lagi ke?? mm..maleh ler nk mandang sangat, kan..ngee
Ni dh nk sampai simpang Ringlet ler ni. Mmg ni ler pemandangan yg bakal dihidangkan setiap kali lalu. Org2 chyna ni...pantang ler ada tanah kosong. Sampai ke rezab jalan dorang buat kebun, aiyooo...mmm...mmg pihak berkuasa wat derkkkk...aje.
Tu atas bukit pun...kalo dpt tang tinggi2 tu pun..abes dorang amek. Tp tu laa...dorang ni kalo buat keje mmg sungguh2. Takde sambil lewa dan takde separuh2 jalan ni. Agak2 ada ke org kita yg mengusahakan kebun2 sayur maju mcm ni kat Cameron tu?? Kat farmville boleh lah.....hahahaha...
Ada ler terselit kampung tersusun utk orang asli kat sini.
Kiri kanan jalan ada jer tanah2 bukit diusahakan. Pemandangan kebun2 dan greenhouse2 dh hampir penuh mcm kat area Kg. Raja tu, dh...
Tp cantik jugak pemandangannya....unik..Susah nk jumpa pemandangan mcm ni (deretan kehijauan sayur-sayuran dan greenhouse milik pekebun2) kat tempat lain, kan?? hehe..
Suka tgk pemandangan mcm ni jgk. Tinggi jgk bukit ni ditarah sampai imej lori tu pun kecikkk aje, mm...Dh semakin hampir ke simpang 3 @ Pekan Ringlet ni.
OTW mendaki ke arah Tanah Rata..singgah dulu kat Cameron Bharat. Sbb sejuk hujan turun walaupun tak lebat sgt....kitorang pun pekena Teh Masala utk 2 org tu tp leh minum 5 orang, ngee...

Teh masala secawennn...teh ni sedap tp setengah cawan pun sebenarnya dh cukup dh. Tu pun cawan teh abg ngan along punya dituang penuh. Mcm yg aku citer td ler..oder teh masala utk 2 orang tp leh diminum oleh 5 orang, hihi..
Sedang menikmati teh. Minum air teh kat Cameron Highlands terutama di ladang teh...mmg best!! Sesuaiii...
Pastu, kitorang meneruskan perjalanan...singgah lak kat Pekan Brinchang. Petang Ahad yg bukan cuti sekolah mmg takde ler pasar malam kat situ. Dorang cuma wat pasar pagi aje. Kat Brinchang...kitorang singgah nk makan. Tgk gerai kawan ayah..tutup. Jd, kitorang gi kat satu restoran dekat2 situ gak...sebaris ngan Parkland Hotel.
Disebabkan ada kiosk Mat Salai...maka aku oder Mat Beef...abg oder Mat Chicken. Air seperti biasa..TEH O aje..memang nikmat!! ngee.. Anak2 makan nasik sbb dorang nak makan nasik. Makan burger dorang kata tak kenyang. Masa tgh makan2 tu..kabus mula muncul di luar restoran. Tak lama tu dituruti ngan hujan turun dari renyai2 terus ke lebat. Owh...lama sunggoh aku tak rasa suasana kat Cameron Highlands siang2 mcm tu. Berkabussss....sejukkkk. Kalo waktu tu org pakai sweather aku tak heran lah..mmg sejuk. Kat situ gak..aku sempat beli KOPI PUTIH PERISA STOBERI. Dua kotak RM10. Satu kotak tu nk tau ada berapa tiub?? Ada 5 aje..hihi. Maknanya..satu tiub tu RM1...tp mmg sedap bila dh dibuat kat umah.
Dlm hujan lebat tu..kitorang redah jer utk ke Kea Farm lak. Lambat2 kang...ramai lak peniaga dh tutup gerai, hihi..Mujur ler ramai lagi manusia sopping sini sebelum nk turun dari tanah tinggi ni, ngee..Parking pun susah tambah2 waktu ujan. Skang ni..kat tepi jalan belah luar tu mana leh parking dh..tp dorang wat derkkk aje..parking gak. Takpe ler kan..hari ujan2 ni polis trafik takde jaga. Kalo idak, mesti ada punya kelibat dorang kat situ.
TETAPI...kitorang ni baik tau, ngee. Tak parking kat situ. Kitorang masuk ke sebelah dlm. Rupa2nya dorang ada wat parking lot kat bawah tu. Kena menyusup masuk ke bawah Kea Farm. Tp kitorang tak gi situ pun..cuma parking tepi jalan menghala ke perkampungan Kea Farm sebelah dalam tu. Hujan sudah reda tp masih renyai2. Semua turun...tp berpayung laa. Budak2 ni demam susah ler pulak tambah2 angah ngan akiss nk exam lak esok harinya.

Seperti biasa..aku gi cari sayur kat gerai ujung belah luar ni. Kat gerai tu selalu ada sayur yg happening sket.
Dlm gambar di atas ni..ada ler aku tgh memilih sayur tp tak jelas sgt ler, hehe. Kalo waktu peak season ni...ish..ish..tak nampak jalan ni dh. Nampak manusiaaaa aje, hihi..
Sementara tunggu aku memilih sayur2an yg nk dibeli tu..along sempat snap gambo akiss, angah dan abah dia kat tengah2 jalan tu..maklum ler, berpayung kan....berdiri kat tembok tengah jalan tu tak menghalang org lalu lalang, hahaha..
Sebelum balik tu..sempat ler kitorang ronda2 kejap kat area belah dalam2 Kea Farm tu. Mcm ni ler pemandangan area Equatorials dari sebelah belakang.
Perjalanan kitorang hari tu mmg rileks jer..cuma kalut sikit masa kat Kea Farm tu aje laa..sbb ujan kan. Mmg dlm perjalanan tu..setiap perhentian yg ada gerai2 jualan pasti ramai lagi pengunjung yg berhenti membeli. Cameron Highlands skang adalah antara destinasi paling popular utk bercuti disebabkan byk jalan dari bawah utk ke tanah tinggi ni. Antaranya dh tentulah dari Tapah...ikut jalan asal tu. Kemudian dari Spg. Pulai, dari Gua Musang...dan dari Sg. Koyan.

**Gambar2 ehsan dari kamera hp abg dan 1 je darinya gambar dari kamera along, hihi...

T.A.M.A.T

4 comments:

Hunny Kitty said...

sejuk tak cameron? ngatkan minggu depan nak p naik nih

wantie said...

Cameron memang best. tapi on the way nak pergi tu busuk baja...ngeh ngeh..

Rinna said...

Dah lamanyaa tak pergi CH.. seronok plak tgk uolss jalan2 kat sana sambil beli-belah sayur2an segar.. :)

Anonymous said...

bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri nano microfungus aromaterapi di dunia!