Tuesday, October 11, 2011

Kehilangan penyanyi kesayangan - Dato' Ahmad Jais..

Pagi ni (11 Okt) aku, abg dan keluarga kami telah kehilangan sorang penyanyi kesayangan...tak lain tak bukan Dato' Ahmad Jais. Beliau telah kembali ke rahmatullah setelah dimasukkan ke hospital ke unit ICU hujung bulan September yg lalu. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir & meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada pukul 9.19 pagi tadi.
Diberitakan jenazah akan dibawa di Masjid Negeri Shah Alam dan akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.
Semoga dicucuri rahmat ke atas roh beliau. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Amin..

2 comments:

atty's said...

al fatihah..semoga rohnya ditmptkan dikalangan org2 yg beriman.amin

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Al-Fatihah..