Isnin
Citer ni mmg dh lama..dh hampir 5 bulan dh tapi baru hari ni berkesempatan nk simpan kat sini. Antara sebabnya gambar terlalu byk. Wlpn aku dh asing2kan gambar dan di'folderkan tetapi aku tak sempat nk taruk watermark ke hapa terlebih dulu. Jd, aku biarkan terlebih dulu dan mendahulukan kerje2 yg lebih penting. Skang ni mcm ada ruang sket utk aku celah2..maka aku rasa sudah sedia utk terbitkan dan simpan citer ni dlm cintamaniszlite sebagai kenang-kenangan. Bg aku...citer dan peristiwa adalah kenangan. Ia tidak akan basi jika kita tidak membasikan. Semakin lama....kenangan itu semakin indah utk dikenang. Apatah lagi ia membabitkan sebuah kemesraan dalam kekeluargaan.
Seawal pagi kami bertolak ke arah Kuala Terengganu dengan sebijik Alza dan sebijik Saga. Dalam rangka lawatan yg aku dh print..kitorang nk singgah sarapan pagi kat Grik tapi akhirnya tak sampai Grik kitorang singgah kat Restoran Nasi Kandar Al Bayan, Lenggong aje. Senang sket. Sape nk mee mamak, roti canai, nasik lemak...semua ada kat satu tempat, hehe.
Kelihatan abah sedang oder. |
Kemudian, perjalanan diteruskan. Berhenti lagi kat sempadan Grik - Jeli..mmg kat sini suasananya mcm Gunung Inas, Baling, mmm.. |
Tgk dlm gambar tu kak nor wat sign peace ke...nk dua ringgit?? hehehe..Ain dh tinggi sampai tak nampak muka ibu dia bila berdiri kat depan, mm.. |
Kat area Jeli ni mmg aku tau ada satu kawasan mempunyai deretan kedai2 jualan barang2 siam dan buah-buahan. Mmg kat sini kena berhenti. Aku nk beli buah salak!! huhu.. |
Kelihatan mak pun sedang membeli buah-buahan. |
Tak lupa..mak beli buah naga sari yg isi merah tu sambil diperhati oleh pakcik penjual tu.. |
Ada jgk yg membeli kekacang, asam2 kat sini. Semuanya utk dimakan dlm kete dan dijadikan stok kudapan waktu kat homestay nanti, hahaha.. |
Mmg syok beli buah kat sini. Wlpn harga lebih kurang kat Kamunting tapi kat sini lebih byk jenis buah-buahan boleh dibeli. |
Hmm..kat sini takde ler nk menyopping mende2 ni. Penoh kete nanti, huhu. Tu pun alza dh penoh ngan beg2 kitorang aje. Tak cukup ruang..tompang kat kete Anas, ngee.. |
Bergambar jap kat sini. Ntah bila pulak nk sampai sini, ntah...huhu.. |
Dari Besut...disebabkan ada 2 jalan pilihan utk ke Kuala Terengganu..kitorang amek keputusan ikut jalan sepanjang pantai utk sampai ke Kuala Terengganu. Cantekkkk sunggoh pemandangannya, mmm...
-citernya akan bersambung.....
***Kat bawah ni adalah rangka lawatan yg aku buat bersama abang, kemudian dicetak dan diedarkan pada malam sebelum bertolak, hehe..
Rangka perjalanan kembara
5H 4M ke Kuala Terengganu – Kuantan – Bentong – Cameron Highlands
30hb Mei 2011
6.15 pg :Berkumpul di rumah mak.
:Bertolak
:Sarapan pagi di Grik
:Makan tengahari
3.00 ptg** :Check – in homestay di Jalan Airport, Kuala Terengganu.
:Aktiviti spontan
:atau jenjalan ke Pantai Teluk Ketapang @ Pantai Tok Jembal
31hb Mei 2011
Pagi : Sarapan pagi
9.30 pg : Taman Tamadun Islam :- Tiket masuk RM15/ RM8
:- Tiket tren RM3
:- Abah & mak RM36
:- Family Ablg RM83
:- Family Anas/Ella RM47
:- Kak Nor RM18
: Masjid Kristal
: Muzium Terengganu
: Makan tengahari
: Melawat Masjid Terapung
: Nor Arfa Batik Craft
: Pantai Batu Buruk
: Minum petang
: Kedai Besar Payang
: Tempat keropok losong
Petang : Berehat / aktiviti spontan
Malam : Makan malam
01hb Jun 2011
Sarapan pagi
Bersiap2 utk bertolak ke Kuantan
10.00 pg : Check – out
: Singgah makan tengahari di medan selera Cukai, Kemaman
: Singgah Pantai Cherating
2.30 ptg : Check – in homestay di Pantai Balok, Kuantan
: Petang mandi laut..
Malam : Makan malam
02hb Jun 2011
Bersiap2
Sarapan pagi
9.30 pagi :Ke Teluk Cempedak **kalau sempat
2.30 ptg : Deerland, Lanchang: RM6/ RM3
: Mak/abah/kak nor : RM18
: Family Anas/Sela : RM18
: Family Ablg : RM27
5.00 ptg : Di Bentong
: Makan nasik / check - in homestay di Mempaga
03hb Jun 2011
Siap2..
Sarapan pagi
10.00 pagi : Bertolak ke Cameron Highlands
: Makan tengahari di Cameron Highlands
: Singgah membeli-belah
Petang : HOME SWEET HOME!!!
Semoga segalanya selamat & berjalan dengan lancar. Amin
-------------------------------------------------------------------------------------------------***Leh ikuti perkembangan dan sambungannya esok, esok, esok, esok....heheh...
2 comments:
kak Lona..bestnyer trip cmni kan..suka 2! Nnt we all nk g pantai timur gak..jenjalan tp x sure bila dpt p,.:D
buah2an tue mmg cantik jer tersusun...:D
kak, nape bulan jun plak?? typing error eh??
Post a Comment