Monday, November 29, 2010

Aku sedang bekerja....

Sejak 14hb hari tu..aku dh mula sebok ngan keje ni. Tp bkn aku sorang..ngan abg sekali ler. Kitorang keje dlm 1 team...saling bekerjasama. Tambah2 jika pengantin pempuan dh bgtau awal2 yg bapa dia tak benarkan lelaki masuk ke kamar pengantin. Bermakna..aku kena handle sorang2 kat dlm...dan abg akan cover majlis kat luar.
Kalau takde apa2 pantang...sememangnya abg yg akan memegang kamera utama. Aku sekadar pembantu menggunakan kamera kedua.
Job kitorang ni takde ler lebat mcm photog2 yg dh otai....biasa2 aje laa.
Skang sebok lak memilih gambo dan sesi suntingan sblm dihantar utk cetakan..(amboi, guna perkataan BM ni, hehe).

Keje sambilan yg kitorang ceburi secara serius sejak Mei 2009 ni..Alhamdulillah, boleh laa jugak sedikit sebanyak menampung perbelanjaan sekeluarga walaupun selalunya permintaan yg kitorang dpt pun ketika musim cuti sekolah aje.
Tak kisah lah jika ada yg mengatakan ianya pendapatan ikut musim tetapi sekurang2nya...ianya boleh laa nak cover2 di saat memerlukan seperti:-
1)-perbelanjaan persekolahan anak akan dtg ni terutamanya Along yg bakal memasuki Ting. 3 dan bakal menduduki PMR 2011 (adeii...dh sampai pun surat dari maktab yg mengandungi yuran2 serta pelbagai perbelanjaan yg perlu dibayar 02/01/2011 nanti. Walupun tgk list nya leh bikin penin tp sekurang2nya takde ler sampai migrain dan gugur rambut sampai botak licin, huhu)
2)-renew roadtax/insurans Alza pd Feb 2011 nanti, hehe..

Alhamdulillah, apa yg kitorang dpt ni adalah rezeki anak2 juga. Berkat doa kedua2 ibubapa dan tak lupa doa dari anak2 bulu dua ekor tu..ngee..

Gambar di atas ni adalah gambar kandid dari pengantin lelaki 21hb hari tu, huhu.
Al-kisah si pengantin lelaki ni baru je beli Nikon D5000, hehe..

Gambar ni dia sendiri yg edit dan kemudian tag aku ngan abg kat fesbuk...ngee..


Sempat lagi Adam tanya psl penggunaan ISO kat abg. Tu ler D5000 milik Adam si pengantin lelaki..hehe.

Adam dan Arey. Semoga kalian berbahagia dunia dan akhirat.
psst; yg gambar paling atas tu...pasangannya org lain, ye..hehe..

Erm..tak sempat nak masukkan citer raya AidilAdha hari tu lagi. Tp takpe ler..ada masa nanti..ada ler kat sini, ngee..

4 comments:

wantie said...

Betul tu kak, walaupun kerja sampingan tapi lumayan. Allah akan memabntu hambanya yang sentiasa berusaha...

Rinna said...

Okey gak tuh..keje yang boleh mendatangkan income.. boleh gak top up apa2 yang kurang kan.. :)

ibuayu said...

tumpang seronok..ibuayu masih guna auto..tak tahu bila nak pandai...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

kak & abg fadzil ada kemahiran kan..apa slhnya gunakan kemahiran tu...gud luck kak...rezki ada di mn2 kan...

pstt; tggu sy nk smbr dslr bila thn la..haha