Wednesday, November 10, 2010

Kisah anak2..

Amboi..bkn main gembira lagi mana2 ibu dan kakak2 yg anaknya menerima keputusan peperiksaan UPSR pg td, ye.
Penuh wall kat fesbuk aku ngan citer2 kejayaan tersebut, hmm. Sape la yg tak tumpang bangga dan bahagia apabila anak2 atau adik2 sendiri yg mendapat keputusan cemerlang mcm tu??
Aku dh merasai bagaimana perasaannya apabila 2 orang anak melalui episod menerima result UPSR ni. Yg cemerlang pun..perasaannya bercampur baur...malah yg menerima result sederhana pun..perasaannya bercampur baur. Semuanya aku jadikan kenangan terindah kerana semuanya adalah pengalaman sbg seorang ibu yg sangat berharga..
Ibu mana yg tidak mahu melihat kejayaan anak2nya?? Ibu mana yg tidak mendoakan kesejahteraan anak2nya??

Ni aksi si Togey, hehe. Dia hands-up bila abg acukan jari seperti pistol, kahhh...

Along ada kol petang smlm. Saja nak bagitau yg hari ni adalah hari terakhir dia ngadap kertas peperiksaan, hehe..
Alhamdulillah, dari bbrp subjek yg dh selesai...ada 4 yg dah mendapat markah. Along kata..4-4 tu A. Harap2 yg lain pun ok laa jugak. Keputusan penuh...maktab akan pos kemudian nanti. Harap2 masih berpeluang utk menerima sekian kalinya Anugerah Pengetua dgn mengekalkan pointer 3.5 ke atas.

Kata Along lagi, hari ni jugak adalah hari utk pemulangan buku teks.

Esok pagi dorang dh leh balik umah terus bermula cuti semester akhir tahun sebelum bermula tahun 2011 dan bakal menghadapi PMR.
Cepat benar masa berlalu. Anak sulung dan anak kedua aku sedang meningkat remaja. Masuk tempat2 berbayar dh kena tiket harga utk dewasa dh, huhu.
Balqisz aje yg masih kanak2, erm.

Esok, lepas aje hantar Balqisz ke sekolah (pagi) aku ngan abg terus ke Pengkalan Hulu. Amek along dan bawak balik barang2nya sekali.

Tp ralat gak laa sbb Balqisz ada terlibat dlm Hari Anugerah kat sekolahnya. Dia bakal menerima hadiah walaupun cuma Pendidikan Jawi terbaik utk Tahun 4 dan Anugerah Rakan Pembaca.
Dalam kelas 4A, dia dpt no. 6.
Hmm, jadilah kan...usaha lagi bersungguh2 utk kejayaan yg lebih baik ye Akiss.
Di samping tu..kelas dia terlibat dlm persembahan bermain alat muzik semasa majlis tersebut berlangsung. Sebelum2 ni mmg aku tak penah miss utk join aktiviti2 anak2 jika dijemput oleh pihak sekolah. Tp kali ni..mmg tak dapat la. Kesian gak tapi nak wat camne.
Abg gi Pengkalan Hulu tu takkan nak memandu sorang2. Kena ada teman gak.
Akiss balik dari sekolah utk hari esok pun..mgkn dia tumpang ngan ibubapa Dayah.
Aku dh mintak tolong cikgu Yana utk rakamkan sikit visual persembahan Akiss dan kawan2nya nanti, hehe..

Angah pulak..result periksa setakat yg dia dh dpt ni..Alhamdulillah laa. Ada peningkatan yg agak baik. Aku dan abang pun puashati.
Kitorang pun sentiasa memberi dorongan & sokongan moral tak berbelah bahagi.
Tapi aku tak mau laa membanding2kan sangat antara dia, along dan Balqisz. Cuma sesekali tu perlu jugak diingatkan supaya dia leh jadikan yg baik sebagai sumber inspirasi.

Hari Jumaat ni..mmg byk sekolah yg buat Hari Anugerah. Mgkn sebab minggu dpn terhad sgt kerana ada cuti sambutan AidilAdha.
Angah bgtau tadi, sekolah dia cuti Selasa & Rabu. Khamis sekolah semula sehingga hari terakhir iaitu Jumaat nya nanti. Sekolah Akiss aku tak tau ler pulak camne gayanya. Mgkn serupa.

8 comments:

Puan Ninie said...

tahniah tuk mereka2 yg berjaya kan..:)

cikbedahlaser said...

bagi dua la kak..
sorg g amik along sorg tgk akiss...

ok x ok x?

uihh kucing tu mcm kucing yg selalu org post tu la

wantie said...

amboi. 4..4.. dapat A. memang terharukan bila anak buat yg terbaik.

betul kata akak tu, semua parent nak anak dia berjaya. bagi yg kurang berjaya tu jgn sedih. Tak semestinya tak berjaya dalam exam, tak leh berjaya dalam hidup tul tak?

el said...

betul tu kak
bila nk g bayar tiket masok alih2 anak2 dah besor...hahahaha

Anonymous said...

my rebina kids, isnin depan baru anta buku teks..

yg akim jgn ckpla..dah stat cuti panjang awal2 lg..hehe!

Suziey Ahmad said...

comelnye togey ..mcm baby je angkat tgn..hiks:p
tahniah balqisz dpt anugerah cemerlang..eh sudah tukar ka xpanggil akish dh..hehe...

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

betui kan kak...ibu mn yg x mau tgk kjayaan anak2....anak2 kak sy tgk pandai2...mcm ibu & ayah dia la kan...tahu2 je aku...hahaha

Kamsiah yusoff said...

minggu2 akhir persekolahan...anak2 sibuk dgn berbagai jamuan kat sekolah..minta kita masak itu ini...pasni riuh rendah la kat rumah ya...