Wednesday, November 24, 2010

Terminal Makanan Negara

Sementelah dh abes lawatan ke Kellie's Castle..kitorang pun konon2 nak gi ke Papan..hehe. Abg tu ler konon2 nak cari bangunan kedai lama, nak shoot gambar...huhu..
OTW nak menghala ke bandar Ipoh tu..ada ler yg menarik perhatian kitorang ni. Tu yg leh masuk ke sini pulak di atas alasan ingin tahu, hahaha..

TEMAN dari singkatan Terminal Makanan Negara. Apa ye ada kat dlm tu??

Telah dibuka pada 2 Ogos 2010. Beroperasi dari jam 2am sehingga 6pm.
Tgk dari luar..mmg bangunan dan kawasan ni mcm best aje. Kalo ada festival makanan ke apa...mesti best. Erm..itu laa yg terbayang di minda aku, hehe..

Tertanya2 gak..apa yg ada kat dalam kawasan ni?? Aku mmg tak tau pun TEMAN ni ada wujud rupa2nya, kahh..
Bila masuk ke dalam...semua sepiiiii aje.
Kawasan mcm pasar borong...bahagian ayam ada satu blok, bahagian daging, bahagian ikannn..semua mempunyai blok masing2.
Ada jugak blok ikan perhiasan...
Dan deretan gerai2 sayur-sayuran dan buah2-an yg kebanyakannya tuan punya gerai beralamatkan Cameron Highlands.
Tapi......semuanya tutup. Bahagian ikan, ayam tu mmg laa diberitahu operasinya tutup awal. Tp bahagian2 lain pun...kenapa tutup?? takde peniaga ke?? Padahal, kitorang gi kul 2.30 pm...bkn 6.30pm???
Aku pun tak tau status TEMAN ni...sukses ke...atau mmg cenggini lah???
Kalo cenggini dh 4bulan dibuka...erm, mgkn boleh dikatakan projek gajah putih aje la. Tp kalo happening di waktu pagi...bagus lah!! Cuma kitorang lah yg takde rezeki nak tgk kerancakan pengoperasian TEMAN pd hari tu, hehe..

4 comments:

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

pestime dgr ni..haha

Suziey Ahmad said...

waaaaa baru tau ni..hmm..

Anonymous said...

alahaiiiii....sayang betol kan!! baru buka dah jd 'gajah putih' pulak dah!
hmmm!

wantie said...

first time dengar nama TEMAN ni. sayangnya dah jadi projek gajah putih. Sayang duit kan.. kan.. kan..